"Baik. Baekhyun turun dulu. Noona nak buat susu," ujar Miyoung. Baekhyun mengikut perintah dan menunggu Miyoung di hujung katil sambil memainkan patung itiknya.

Sesekali dia meniru muncung itik itu sampai terkekeh sendiri.

Miyoung kembali dengan susu panas di tangannya. Namun hal itu justeru membuatkan Baekhyun protes.

"Nak dalam botol susu, noona!" Rengeknya. Baekhyun tak pandai meminum susu daripada gelas. Baekhyun mencapai botol susu kosong yang berada di dalam laci berdekatan.

Kemudian, ianya diserahkan kepada Miyoung.

"Botol? Dah besar pun masih minum pakai boto susu?" Gerutu Miyoung. Ingatnya dah perlahan suaranya waktu mengatakan hal itu, namun suara protes Baekhyun membuatkan Miyoung kalut.

"Noona ejek Baekhyun?" Soalnya. Dia sudah bersiap-sedia untuk menitiskan air mata sampai membuat Miyoung kelelahan.

"Ehhh tak ada tak ada! Baekhyun salah dengar. Kejap-kejap noona siapkan dalam botol susu ya. Alololo bayi besar noona..."

Miyoung dengan kalut memindahkan cecair tersebut ke dalam botol. Sementara Baekhyun sudah kembali normal. Dia tersipu malu mendengar dirinya disebut bayi besar oleh kakak cantik itu.

Miyoung dengan menyumbat botol susu ke dalam mulut Baekhyun agar lelaki itu diam. Baekhyun menggigit puting botol dan mengisyaratkan Miyoung supaya menyandar pada katil.

Setelah itu, Baekhyun berbaring diatas paha Miyoung dan menarik tangan gadis itu menyentuh punggungnya.

"Tepuk."

Sejujurnya, ini amat kekok. Miyoung mendodoikan bayi besar tersebut sementara Baekhyun meminum susu sampai berbunyi suara sedutannya. Tak lama, Baekhyun tertidur.

Miyoung jadi berfikir semula keputusannya menjadi pengasuh Baekhyun. Sanggupkah dia tahan sampai tiga atau empat minggu ke depannya? Miyoung memerlukan gaji yang tinggi itu, tapi kerja ini sangat menguras tenaganya.

Andai ada penyelamat yang boleh membantunya, dia pasti akan berterima kasih.

---

"Huh. Arkk—"

Miyoung meringis kesakitan di depan pintu unit, menepuk-nepuk lehernya saat menggeliat. Bekerja untuk Baekhyun membuat Miyoung tak dapat rehat yang secukupnya sampai badannya lenguh-lenguh.

Gadis itu menggerakkan semula lehernya secara perlahan-lahan. Kalau beginilah sakitnya, tak jadi dia menggeliat tadi.

"Hiiih. Nak berhenti tapi tak boleh," keluh Miyoung sambil menyandarkan kepalanya pada pintu. Sedang dia mengurut lehernya, matanya sedikit melirik pada Sehun yang keluar daripada lif.

Nampaknya lelaki itu sudah pulang.

"Hai?" Sapa Miyoung, kekok. Sehun mengangguk.

Dia tak mengatakan apa-apa dan terus memasukkan password untuk masuk ke dalam apartment. Pelik juga lelaki itu. Sekejap okey, sekejap tak okey. Nampak macam Miyoung pula terhegeh-hegeh nak berkawan.

Tak mahu terlihat aneh, Miyoung pun turut sama membuka pintu untuk masuk. Tapi terjeda sebentar kala suara Sehun memanggilnya kedengaran.

"Nak tea?" Tawarnya.

"Wah aku tak tahu kau suka bergosip? Kenapa? Siapa yang buat hal?"

"What?"

"Ingat kau nak spill the tea? You know, gosip? Tumpahkan teh?" Dengan polosnya Miyoung berkata sementara Sehun diam tak berkutik, tak faham apa yang dimaksudkan Miyoung.

Sepatutnya dia aktifkan saja mod sipapasipaga semasa Miyoung bercakap supaya dirinya tak dibuat pening.

"I mean, teh biasa. Teh yang dibancuh. Green tea, red tea, dan segala teh yang ada."

Hening. Miyoung dan Sehun saling berbalas eye contact sehinggalah Miyoung tersenyum seperti kambing.

"Hahahaha! Kenapa tak cakap awal-awal? Buat susah-susah je," Miyoung menepuk bahu Sehun dengan kuat untuk menutup malunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hahahaha! Kenapa tak cakap awal-awal? Buat susah-susah je," Miyoung menepuk bahu Sehun dengan kuat untuk menutup malunya. "Kan aku jadi segan nak tolak. Lain kali la tapi kalau dah memaksa. Tumpang lalu!"

Sehun menatap terpinga-pinga pada tingkah Miyoung yang aneh itu. Secara tak sedar, dia hampir tergelak. Pasti Miyoung menahan malu kerana tersalah cakap. Mujurlah Sehun tak faham langsung apa yang Miyoung malukan itu. Kalau tidak lagi malu Miyoung ada lah.

Gadis itu terus berceloteh tanpa henti masuk ke dalam apartment Sehun. Sehun tergeleng kecil dan terus membawanya ke dapur, menyediakan teh panas buat Miyoung.

"Sankyuu," Miyoung menghirup teh panas itu dengan berhati-hati sementara Sehun sibuk memutar sudu teh sambil menatapnya.

"Kenapa?" Tanya Miyoung.

"Kau nampak penat. Apa jadi selama aku tak ada ni?" Tanya Sehun, berhati-hati.

Miyoung terus bercerita tentang dirinya yang menjadi pengasuh untuk seorang lelaki berusia 20 tahun. Dari bagaimana dia bertemu Baekhyun sampailah akhirnya sedekat nadi dengan lelaki itu.

Hiperbola, tak lah sampai sedekat nadi. Cumanya Baekhyun tak boleh berpisah dari Miyoung walau sedetik pun. Tidak sehingga dia tertidur pulas.

"Kau nak berhenti?"

Miyoung menggeleng. Dia melepaskan keluhan berat sambil menambah lagi teh manis itu. Rasanya sedikit ketagihan merasai air tangan Sehun.

"Kalau ikut hati, dah buat. Tapi gajinya lumayan. Tak ada kerja yang tak penat. Cuma kalau dapat bebas dari jadi pengasuh dia, mesti bagus. Aku ingatkan kerja macam ni simple, tak perlu fikir banyak. Rupa-rupanya jaga anak orang susah juga ya? Baik aku hadap bater dan uli doh."

Miyoung terkekeh perlahan. Mengadu pada Sehun ternyata sedikit-sebanyak meringankan beban fikirannya.

"Ada caranya kalau kau nak hilangkan rasa penat tu."

Sehun tersenyum.

"Caranya?"

To be continued

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now