Suara dari dapur membuatkan sang manager kelu. Miyoung tetap mengekalkan senyumannya, mungkin masih ada peluang. Tapi sang manager semakin ketakutan. Lelaki-lelaki bertubuh besar itu semakin mendekat.

"Tidak! Kami tak ambil pekerja lagi! Kami cuma ambil orang-orang yang kami kenal! Pergi dari sini kalau tak mahu makan!"

Dia terus berlari ke dapur, tak mahu mendengar jawapan Miyoung.

Miyoung kelu lidah mendengar kemarahan manager. Dia sedikit tertekan kerana sudah dikasari padahal dia bertanya baik-baik.

Saat Miyoung berbalik, orang-orang bertubuh besar tadi menghilang. Dengan langkah yang lesu Miyoung keluar dari kedai ramen, mencari kedai lain.

"Lucky charm dah keluar. Misi pertama berjaya,"

---

"Arghhh! Apa kena-mengena pendek dengan tak layak untuk jadi chef?!"

Miyoung berteriak kuat di tepi sungai, melemparkan kemarahannya pada apa yang telah terjadi sejak dia pertama kali melamar pekerjaan.

Dari kesekian tempat yang dia datangi, mereka semua menolak dengan alasan yang tak munasabah. Katanya dia kurang cantik lah, kurang gizi lah, kurang ketinggian lah. Macam-macam lagi.

Padahal dia bukan mahu menjadi model. Cuma jadi pelayan atau cashier sahaja. Kalau tidak pun, bekerja di bakery kerana dia mahir membuat dessert. Tapi kata chef tadi dia terlalu pendek untuk pandai memasak.

Tak munasabah langsung! Miyoung dah membazir banyak waktu di sini.

Aiskrimnya dihisap dengan kuat sampai pipinya terhisap ke dalam. Marah benar dia kerana hinaan kecil itu. Tunggu lah kalau dia tinggi nanti, ada yang nak kena chef tu nanti.

"Woah~ Hebat!"

Pipi Miyoung ditusuk-tusuk oleh seorang lelaki berwajah cantik. Lelaki itu terkekeh geli melihat pipi Miyoung yang masuk ke dalam saat memakan aiskrim.

"Hei! Apa ni!" Marah Miyoung, terkejut kerana disentuh secara tiba-tiba.

Kerana jerkahan Miyoung, lelaki comel itu menangis. Mulutnya melengkung ke bawah dengan mata yang berkaca-kaca.

"Noona cantik marah Baekhyun! Huaaaa! Takuttt!"

Lelaki yang menggelarkan dirinya Baekhyun terus meraung tanpa henti. Mujurlah mereka bersendirian sekarang. Kalau tidak pasti Miyoung dianggap perempuan jahat.

Apa tadi lelaki itu sebut? Noona? Lelaki tinggi ini lebih muda dari dia kah?

"Aduh! Adik! Jangan nangis! Noona tak marah," pujuk Miyoung. Tangan Baekhyun dipegang dan diusap-usap supaya tangisannya reda.

"Hiks. Tipu! Noona marah Baekhyun sentuh pipi!" Baekhyun tak percaya.

"Hehe. Noona terkejut je tadi. Betul noona tak marah. Cuba tengok muka noona, ada macam marah tak?"

Baekhyun mengelap air matanya, melihat Miyoung yang tersenyum seperti joker. Sedikit ngeri, tapi tertutup dengan wajah cantiknya.

"Kalau noona tak marah, noona benarkan Baekhyun pegang pipi."

Miyoung sebenarnya tak mahu, tapi melihat Baekhyun semacam ingin menangis lagi, dia mengangguk. Lelaki itu terkekeh.

(C)His Possession (Wenhun)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt