Razif gelak sinis. Sikit pun dia tak rasa gerun dengan Harraz. Dia puas tengok amarah lelaki itu.

"Belasah lah aku, aku tak kesah. Biar esok terpampang muka kau kat surat khabar sebab CEO The Legacy belasah sepupu sendiri di gym. Biar nama kau membusuk."

Harraz makin kuatkan cengkamannya. Razif terbatuk-batuk. "Kau jangan uji kesabaran aku Razif. Jangan sampai kau jadi orang pertama yang aku bunuh." Dia ludah tepat pada muka Razif.

"Harraz kenapa dengan kau ni?" Hakim dan Roslan terus mahu menghalang sahabatnya. Ingatkan siapa lah yang buat onar tadi rupanya sahabat mereka sendiri.

"Korang jangan masuk campur! Aku nak habisnya nyawa jahanam ni malam ni juga!" Harraz menepis dua lelaki itu. Dia menumbuk muka Razif bertalu-talu.

Razif dah batuk berdarah. Harraz bangun dari terus menindih lelaki itu.

"Apa yang kau nak lagi dari aku ni Zif? Kenapa kau tak habis-habis nak kacau isteri aku. Kenapa kau masih tak boleh terima kenyataan yang Aulia dah jadi isteri aku! Kenapa kau terus nak rosakkan diri kau hanya disebabkan perempuan."

"Sebab Aulia tu hak aku. Aku yang sepatutnya jadi suami dia bukan kau setan! Kalau kau tak datang malam tu, mesti aku dah rasa tubuh dia dan nak tak nak dia akan terima aku sebab nak aku bertanggungjawab."

Harraz makin bengang. Dia makin kuatkan penumbuk. Dadanya berombak laju. Razif ditenung macam singa kelaparan.

"Kau memang binatang Zif! Patutnya malam tu juga aku sumbat kau dalam lokap!" Harraz menyepak muka lelaki itu. Tubuh Razif melambung ke belakang.

"Sudah Harraz! Orang macam ni tak payah layan. Dia memang nak tengok kau hilang waras macam ni." Hakim memeluk Harraz dari belakang. Gerun tengok Harraz yang mahu menerkam Razif lagi.

Hakim beristighfar di cuping telinga Harraz. Dengan harapan amarah lelaki itu akan surut. "Kau balik dulu Haz. Jangan kotorkan tangan kau untuk sampah macam dia tu." Walaupun dia tak tahu hujung pangkal cerita sebenar, tapi dia dah boleh agak apa yang berlaku.

Harraz akur. Betul cakap Hakim, tak guna pun dia layan perangai gila Razif tu.

"Kau sedar tak yang kau sebenarnya hanya bertuhan kan dendam. Kau dah tak cintakan Aulia. Kau cuma berdendam je dengan aku sekarang ni Zif."

"Tak semua benda yang kita nak dalam dunia ni, kita boleh dapat Zif. Tolong hidup dalam dunia nyata."

Razif hanya membatukan diri.

"Kau jangan berani nak muncul depan aku lagi. Jangan sampai tangan aku sendiri yang cabut nyawa kau." Sambung Harraz lagi.

Harraz terus keluar dari gym tu. Kereta dibawa macam peleset. Amarahnya masih membuak-buak.

Aulia baring malas atas katil sambil belek majalah. Kerja dah habis so dia tengah bosan sekarang ni. Kalau Harraz ada boleh juga dia mengacau lelaki itu.

Tiba-tiba pintu dikuak kasar. Aulia terus pusingkan tubuhnya. Airpod dicabut dari telinga dan dilempar ke tepi. Ada sikit rasa ketakutan dalam dirinya. Nasib baik yang muncul adalah wajah kacak suaminya.

"Eh awal pula abang balik. Tak sampai sejam pun abang keluar. Rindu Lia la tu." Bantal ditegakkan di kepala katil. Aulia berbaring sambil bersandar di situ.

Harraz diam. Dia terus berbaring di sebelah sang isteri. Kepalanya dilentokkan di dada Aulia. Tangan kekarnya memeluk perut wanita itu.

Dia Pemilik Hati [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin