"Okay kalau abang lewat satu minit, abang tidur luar. Jangan tidur dengan Lia malam ni."

"Sure nak suruh abang tidur luar ni? Mampu ke sayang nak tidur tanpa pelukan abang? Silap-silap Lia yang mengigau cari abang nanti." Bukan tak tahu yang isterinya tak akan boleh tidur tanpa pelukannya. Makin hari makin manja Aulia ni.

Alamak tak boleh ugut cara macam tu. Sebab nanti dia sendiri yang merana Harraz tak ada kat sebelah. "Okay Lia denda cara lain. No kiss for one week."

"Mana boleh macam tu!" Harraz bentak kecil.

"Kalau tak nak denda macam tu, jangan lah balik lambat. Sharp at 10 o'clock you must be at home."

"Baiklah sayangku, bidadariku. Sebelum pukul 10 abang dah terpacak depan sayang. Okaylah abang nak pergi dah ni. Sian pula diaorang tunggu abang lama nanti. Bye, love." Dahi Aulia dikucup.

"Take care husband." Pesan Aulia. Tangan suaminya disalam dan dikucup.


                   *****************


"Whats up bro!" Harraz menyapa dua sahabatnya itu.

"Eh jadi juga kau datang Haz, ingat Lia dah ikat kaki kau." Hakim mengusik.

"Alah tahu lah kau hidup single tu yang tak ada siapa nak larang kau keluar malam." Harraz perli balik.

"Ish korang ni selalu jumpa kat office pun ada je nak membahan sama sendiri." Roslan melambungkan 2 botol air mineral. Hakim dan Harraz cepat-cepat menyambut.

"Thanks Lan."

"Ni Mira kan dah tengah sarat kan Lan? Asal kau tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Bahayalah. Buatnya dia nak apa-apa ke lepastu nak terberanak ke? Kan susah tu Lan." Baru teringat yang isteri Roslan dah menanti hari nak bersalin je tu.

"Mak mentua aku ada kat rumah kami. Tu yang aku boleh datang jumpa korang ni
sekejap. Kau ingat aku sanggup ke nak biarkan isteri aku sorang-sorang kat rumah tu. Lagi pun due date dia lagi 2 minggu."

"Patutlah." Harraz meneguk air. Bergerak-gerak halkumnya.

"Wei Haz, Razif apa cerita? Lama tak dengar cerita dia. Dia pun dah lama tak lepak dengan kau kan?" Hakim menyoal tiba-tiba.

Harraz tersedak. Memang dua orang sahabatnya tak tahu apa yang dah jadi pada lelaki itu. Dia langsung tak buka cerita.

"Entah. Dia busy kot. Dah lah aku nak pergi treadmill dulu." Harraz nak lari dari topik itu.

Setengah jam dia dah berlari atas treadmill tu. Bajunya dah lencun dengan peluh.

"Harraz Danial long time no see." Tegur satu suara.

Button stop terus ditekan. Dia kenal suara tu. Suara yang dah berbulan tak singgah di cuping telinganya. Suara siapa lagi kalau bukan suara sepupunya Razif.

Harraz sambung balik berlari. Sikit pun Razif tak dipandang.

"Wow dah sombong eh dengan aku." Razif berdiri atas treadmill lain tanpa dinyalakan.

"Kau nak apa sekarang ni? Aku tak ada apa-apa urusan lagi dengan kau."

"Aku cuma nak cakap yang aku rindukan tubuh isteri kau. Haritu aku tak sempat nak..." Razif sengaja mahu cetuskan amarah Harraz.

"Jahanam kau Razif. Kau memang dah lama teringin nak mati kan!" Harraz terus mencengkam leher sepupunya dan dibawa baring ke lantai. Semua mata yang memandangnya sikit pun dia tak ambil kesah.

Dia Pemilik Hati [C]Where stories live. Discover now