CHAPTER 22 -DD-

1.1K 66 1
                                    

Flashback

Tit..tit..tit..

"Sayang , bawa bersabar ye , saya selalu ada dekat dengan awak , saya akan jaga awak sampai hujung nyawa saya , awak kuat kan" wajah isteri ditenung , tangan kasarnya perlahan mengusap kepala isterinya.

"A..abang jangan r..risau dekat Dhara ye , Dhara nak abang doakan y..yang baik baik je buat D..Dhara" perlahan isteri mengambil tangan Danny lalu digenggam kuat.

"Ye sayang , abang sentiasa doakan sayang , jangan fikir bukan bukan sayang , kita sama sama balik nanti , abang bawak sayang balik ye , jangan risau!" mata Danny mula berkaca , sayu mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya.

"Kalau D..Dhara tak balik , abang-"

"No sayang!! , awak akan balik , percaya cakap saya , kita sama sama usahakan okay  , saya bawak awak balik sayang , anak kita tunggu mama dia balik , Elesya tunggu sayang" pantas Danny memotong percakapan isterinya , dia sudah tahu apa yang isterinya ingin sampai kan.

Dhara mula mengalirkan air mata , tangan suaminya diambil lalu dikucup perlahan. Mata mereka bertentangan , seakan akan ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh Dhara.

"Abang , k..kalau Dhara tak b..balik , tolong sayang Elesya , jaga dia , jaga anak k..kita , awak nak t.. tengok dia membesar kan.." Dhara menarik nafas panjang.

"...kalau awak tak d..dapat nak jaga dia , usahakan c..cari mama baru buat Elesya ye , Dhara sayang abang , D..Dhara sayang Elesya , you are my happy place " ujar Dhara , matanya tertumpu pada mata Danny , dia sayang suaminya.

"Hey sayang!! , no no no , awak cakap apa ni , no please , awak kuat kan , saya ada dengan awak Dhara , awak ada saya , ada Elesya , kita sama sama usahakan , please jangan tinggalkan saya Dhara" air mata mula membasahi pipi Danny.

"Abang , saya selalu ada dengan abang , di mana sahaja abang berada , kat s..situ ada Dhara , abang jangan risau ye.."

"..jaga Elesya , D..D..Dhaaa..."

"DHARA!! DHARA??! , DOCTOR!!" jerit Danny sekuat hati apabila melihat isterinya dalam keadaan sesak nafas.

"DHARA BERSABAR YE SAYANG ! , ABANG ADA DENGAN DHARA , PLEASE JANGAN TINGGALKAN ABANG DHARA!!" rayu Danny , teresak resak tangisan yang dikeluarkan. Tanganya menggenggam kuat tangan halus isterinya.

"D..Dhha..ra sa..saya..ng ab..abang"

"DOCTOR!! , DOCTOR!!"

Terlihat seorang doctor dan beberapa nurse laju memasuki ke dalam bilik rawatan itu , mereka dengan pantasnya menyedia barang barang rawatan lalu satu per satu dirawat.

"Encik boleh tunggu di luar sekarang!" nurse itu mengarah Danny untuk keluar.

Sambil dia melangkah keluar , sempat dia toleh ke arah Dhara , terlihat mata isterinya tertumpu pada Danny. Sayu pandangan itu. Keluar air mata jantannya.

"Danny!"

"Darrel! , kau buat apa kat sini"

"Aku call kau tak angkat , mommy risau , Dhara macam mana!?" soal abangnya.

"Dia kat dalam Darrel , a..aku risau , kalau dia tinggalkan aku macam mana Darrel , aku t..tak sanggup.." keluar tangisan Danny lalu dia terus memeluk abangnya.

"Shh sabar Danny , kita doa supaya Dhara kembali sihat , aku pasti dia akan balik"

"Tak Darrel , macam mana aku nak sabar! , penyakit dia sekarang teruk Darrel , penyakit yang tak boleh hidup lam-"

"Danny stop Danny , bawak bersabar , kau sebagai seorang suami kena sabar apa yang jadi kat isteri kau , kau kena kuat , Dhara nak kau kuat! , sebab dia sayang kan kau" ujar panjang lebar abangnya itu.

Kesabaran seorang suami kita tak boleh nak jangka , lagi lagi dengan keadaan yang dia hadapi , isterinya itu salah satu nyawa buat dia juga.

"Aku sayang Dhara , tak ada siapa boleh ganti tempat dia! , anak aku nak tengok mama dia balik!"

"Sabar Danny , aku tahu Dhara akan selamat , dia pon nak balik tengok anak dia" Darrel cuba untuk tenangkan adiknya.

"Aku sayang Dhara , aku sanggup jaga dia daripada hilang dia , aku tak kuat Darrel , aku tak kuat untuk hilang dia"

✧\>o<ノ✧

Adhara Isabell
10/10/----

Nama itu ditenung , sebak hati bila mengingatkan semula detik detik saat kehilangan orang yang tersayang. Nak tak nak kita harus terima dengan hati yang terbuka. Tuhan lebih sayangkan mereka.

"Dhara sayang , dah janji nak balik sama sama kan , tetapi sayang tinggalkan abang , abang minta maaf sangat dekat sayang , abang gagal jaga sayang , abang janji akan jaga Elesya sampai hujung nyawa abang , abang tak kan cari mama baru buat Elesya , cukuplah sayang yang terakhir , tunggu abang dengan anak kita kat sana ye sayang...

"...rehat ye Adhara sayang , abang tahu awak penat , selamat tinggal.

Itu kata terakhir yang keluar dari mulut Danny di tempat kebumian isterinya , bayi yang digendong sudah lena tidur. Kesian kepada anak perempuannya kerana tidak dapat melihat ibunya buat masa sekarang kerana dia masih kecil. Tak apa lah , ini semua ujian. Yang pergi akan tetap pergi , biarlah , walaupun berat hati ini tetapi percayalah melepas lebih melegakan daripada memaksa.

End flashback

✧\>o<ノ✧

"Sekarang hidup saya hanya focus pada Elesya , salah satu anak perempuan saya , walaupun dia tidak mempunyai kasih sayang seorang mak , dia tetap nampak happy depan mata saya" ujar Danny.

"Maaf Danny , saya tak tahu pulak benda macam ni boleh jadi dekat awak"

"It's okay Mayra , bukan salah awak pun , apa salahnya kalau awak nak tahu , tak apalah , benda dah lepas , tak elok kalau dikenang" balas Danny , dia pon masih terkedu dengan pertemuan antara mereka.

"Eh Mayra , saya nak tanya awak pulak lah , dah lama ke duduk sini?" soal Danny.

"Err , yee , lama dah , sebab.." Mayra melihat telephonenya yang mengeluarkan beberapa notification.

Ma Hubby

                   - 36 missed call.
                   - Where are you sayang?
                   - Answer me.

"Ohmy!" bisik Mayra , terkejut dia melihat missed call pada screen telephonenya.

"Kenapa Mayra?" soal Danny.

"Emn tak ada apa apa lahh , saya just-"

"MAYRA!" tiba tiba seorang jejaka memanggil namanya.

"Eh Adrian! , awak buat apa kat sini?"

Wah baru tengok missed call , terus muncul depan mata.

"Awak tu buat apa kat sini , dah nak malam sayang , jom balik!"

"Em baiklah , Danny saya-"

"I said BALIK" Adrian memandang Mayra , perkataan 'balik' itu disebut dengan kasar.

Mayra terus menarik tangan Adrian untuk beredar dari situ tetapi mata Adrian memandang tajam ke arah Danny yang terkedu dengan perbualan antara dua insan di hadapannya ini.

"Em hai bro" sapa Danny.

"Apa bro bro , ingat aku ni abang kau ke" balas Adrian dengan muka seriousnya.

"Ish Adrian stop lah sakat orang , jom balik" mereka terus menuju ke kereta milik si Adrian.

to be continued •

OG | DEVIL DAYYAN |Where stories live. Discover now