CHAPTER 10 -DD-

1.6K 72 0
                                    

' Ayah , ayahh , mana ayahh , ayahh tolong Mayra , Mayra takut ayahh , semua orang buat Mayra , semua dah tak nak kat Mayra lagi ayah , ayahhh , Mayra rinduu ayahhh '

Berdebar hati Mayra apabila tersedar dari mimpi itu.Wajah nya pucat , berpeluh , badan nya menggigil, bercampur juga dengan perasaan takut.Kepala dia terasa berat teramat , badan nya sedikit panas.

"Eh Mayra, bangun, eh kau kenapa nih, okay ke tak?"tanya Iris dengan terkejut disebabkan Mayra tersedar dari tidur nya itu secara mengejut.

"A..aku kat mana nih"tanya Mayra.

"Kau kat rumah lah , kau tak sihat sikit, demam panas"balas Iris.

"Owh rumah..haaa rumah?"tanya Mayra sekali lagi, kali ini dengan nada yang terkejut.

"Macam mana aku boleh ada kat sini!?, bukan malam semalam aku kat-"sambung Mayra tapi percakapan dia sudah di potong oleh Iris.

"Er..kau pengsann, haa kau pengsan malam tu, then Zyn tolong angkat bawak masuk dalam kereta , yelah kau bukan sedar pape un"pantas Iris memotong percakapan Mayra supaya dia tidak ingin Mayra tahu apa yang sudah berlaku.

"Owh Zyn tolong , eh tapi seingat aku dia ada tarik aku kat sat-"

"Dah Mayra , kau tu tak sihat , jangan banyak berfikir boleh tak , nanti lagi pening kau"balas Iris dengan pantas.

"Hm iyelah"kata Mayra

Walaupun perasaan Mayra sekarang rasa amat curiga dengan cara percakapan Iris tadi tapi dia cuba berfikiran positive sahaja.

Iris mula melangkah keluar dari bilik Mayra lalu menuju ke ruang tamu.Tangan nya mencapai telephone milik nya sendiri lalu nama Zyn dicari.

*Hello Zyn*
*Haa Hello, asal nii , dia dah sedar ke*
*Dahh , tapi..*
*Tapi apee*
*Dia macam ingat apa yang jadi time kat club tu*
*Ishh susah lah cani*
*Hm , takpe nanti aku try cover*
*Ha yelah , make sure jangan bagi satu benda pon terbongka , aku tak nak dengar and tak nak masuk campur , owh lagi satu if dia cari aku , err pepandai lah jawab , aku jauh ni okay bye.

Zyn terus mematikan panggilan telephone itu dengan cepat kerana ada hal yang tertentu.

Hati Iris berasa gelisah kerana dia takut kalau Mayra tahu perkara sebenar , dia akan cuba sedaya upaya dia untuk menipu Mayra sekiranya Mayra menanyakan soalan yang berkaitan Zyn.

✧\>o<ノ✧

Malam yang diterangi bulan dan bintang itu dilihat Mayra.Pada malam itu dia berasa agak lain , mungkin kerana dia tidak sihat , tapi bagi Mayra bukan , lain daripada yang lain , perasaan? tidak mungkin , dia cuba untuk mencari posisi yang selese , sudah banyak cara tapi masih tidak jumpa.Tiba tiba Mayra rasa tekaknya ingin mengeluarkan sesuatu , dia cuba menahan tetapi tidak boleh , benda itu memaksa Mayra untuk keluarkan.Mayra tidak dapat lagi menahan terus berlari ke bilik air.

"Bluekkk..bluekkk...uhukk huhh"

Mayra muntah kan segala sisa makanan yang dia makan tadi , lama juga dia dalam bilik air itu kerana muntah nya tidak berhenti keluar.Dia memegang kepalanya yang terasa berat itu lalu keluar dari bilik air tersebut.

"Aduhh sakit nya kepala , aku makan benda bukan bukan ke , tak kann haih"kata Mayra lalu tangan dia beralih memegang perutnya.

Mayra cuba berfikiran positive sahaja , mungkin dia tersalah makan , atau muntah itu kerana dia demam.

Mayra mula melangkah menuju ke katil tidur nya , selepas sahaja dia sapu kan minyak angin di dahi dan perut nya , dia berasa agak lega sedikit.Dalam beberapa minit , Mayra sudah dibuai mimpi.

✧\>o<ノ✧

Tidak senang duduk dibuat nya , bercelaru fikiran , walaupun sudah duduk jauh tetapi perasaan nya seolah olah mereka masih berdekatan.Takut juga sekiranya apa apa berlaku , melibatkan diri dia , walaupun memang terang terang salah diri sendiri , tetapi apa yang di fikirkan ialah selamat , dia cuba pentingkan diri nya sendiri untuk selamat.

"Ishh , serabut lahh , buat nya dia tahu cana , ehh no no no , dia tu bodoh , tak kan tahu punya lah huahahaha" kata Zyn sambil gelak jahat.

"Eh tapi.. kalau dia pregnant cana ?!! , shit no!" sambung Zyn.

Apa yang berlaku pada malam itu mengimbas di fikirkan Zyn , dia sudah lama menjejak kan kaki di tempat itu , banyak benda dia sudah tahu , ramai perempuan tertipu dengan helah dia , cara dia dan percakapan dia membuat kan orang tertarik.Dia bukan berniat untuk enjoy disitu malah niat dia ingin enjoy dari segi lain , dia tidak mahu ada hubungan dengan sesiapa di situ , apa yang dia mahu iyelah memuaskan nafsu nya sahaja , sudah puas bla lah.
Jangan harapkan muka sahaja hensem , kalau perangai dengan bab1 sama 2x5 je.

to be continued •

OG | DEVIL DAYYAN |Where stories live. Discover now