"Terima kasih abang sebab terima Adel, walaupun Adel tak sesempurna macam orang lain tapi abang tetap cintakan Adel." Ujar Liliana jujur.

"Seteruk mana pun sayang, abang sentiasa terima kekurangan sayang faham. Dah jom kita turun bawah, makan." Andrey mengajak Liliana bangun dari duduk bersila di atas sejadah itu. Sebelum turun mereka mengemas apa yang patut dulu.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"Haa turun pun pengantin baru kita, ingatkan nak duk berkurung je dalam bilik tadi." Sempat lagi Lienz Ryan menyindir adiknya itu. Liliana menghadiahkan satu jelingan tajam pada abang keduanya sebelum wajahnya berubah manis bila melihat abang sulungnya itu.

Kami berdua mengambil tempat bertentangan dengan kedua-dua abangku itu. Manakala mama dan papa di sebelah kiri dan kanan kami. Pembantu rumah yang dikenali sebagai makcik Suzie itu mencedok nasi kami kedalam pinggan kaca berwarna black gold itu. Selesai sahaja kerjanya dia kembali ke dapur semula, keadaan di meja makan sedikit tegang. Masing lebih selesa mendiamkan diri. Hingga lah suara Lienz Ryan memecahkan kesunyian ini.

Dia berdehem Sebelum membuka mulut. "Jadi, korang tak ada plan nak pergi honeymoon ke?" Tanya Lienz Ryan. Nasib aku tidak tersedak untuk kali kedua dibuatnya.

"Ada, lepas kami bermalam kat sini kami pergilah honeymoon tu." Ujar ku tenang.

"Korang pergi mana nanti?" Sekian lama Lienza Razeen berdiam diri akhirnya bersuara juga.

"Kami pergi Turki nanti, saja jalan kat sana." Dengan itu mata James Rayden terarah kepada anak gadisnya itu.

"Buat apa kau pergi negara tu, tak ada negara lain dah ke nak pergi." Tegas tuan James berkata. Liliana hanya tersenyum hambar.

"Saja papa, Lana dah lama tak balik sana. Lagipun bolehlah Lana kenalkan suami Lana dengan Nene nanti." Ujar ku tenang. Aku memandang sedikit wajah mama tiriku itu, jelas wajahnya kelihatan menyampah.

"Buat apa kau nak jumpa orang tua tu lagi, tah tah dia pun dah mampus agaknya. Buang masa je lawat dia." Sinis nada puan Ila berkata. Liliana meletakkan sudu dan garfu nya kasar di atas pinggan itu. Dia paling pantang kalau orang kutuk ahli keluarga umi nya.

"Mama please, kalau mama tak suka Lana takpa tapi jangan keluarga umi, mereka tak bersalah." Kata ku masih tenang tapi tidak setenang hati ku sekarang ini.

"Jangan lawan cakap mama kamu Lana, sambung makan." Arah James Rayden kata.

"Lana tak ada selera nak makan dah."

"Sambung makan Liliana, jangan membazir." Suara James Rayden sudah naik seoktaf .

"No papa."

"Aku kata makan Liliana Radella!" James Rayden bangun dari tempat duduknya meja di hentak dengan kuat. Terkejut semua orang di meja makan itu. Kecuali aku. Andrey memandang wajah isterinya kesian.

"Aku tak pernah ajar kau degil macam ni. Ni mesti keturunan bodoh tu mewarisi ke kau kan." Marah James Rayden berkata.

"Papa memang tak ajar Lana untuk berdegil tapi cara papa didik Lana yang buat Lana jadi macam ni. Aptal politika." Balas Liliana geram, dihujung ayat di memperlahan suara nya.
Translate: Dasar bodoh.

James Rayden sudah datang mendekati ke arah anak gadisnya itu, Lienz Ryan dan Lienza Razeen bangun dari tempat duduknya ingin menghalang perbuatan melulu papanya itu, tapi di tengking oleh papanya pula.

"Jangan masuk campur Zeen, Ayan. Duduk" Mereka tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh lelaki separuh umur itu.

"Aku kata duduk di tempat kamu berdua balik." Marah James Rayden pada kedua-dua anak lelakinya itu. Kerana tidak mau ditambah api yang kian marak mereka terpaksa turut kan saja. Hati sudah tidak senang duduk.

"Apa, papa nak tampar Lana ke, tampar lah. Kalau tak cukup kurung Lana macam dulu." Cabar gadis itu pada papanya. Mata James Rayden sudah merah menahan marah.

"Kurang ajar." James Rayden sudah menaikan tangannya untuk dilayangkan dia pipi mulus Liliana tapi ditahan oleh satu tangan.

"Maaf papa, Rey tak ada niat nak masuk campur tapi kalau berkaitan dengan isteri Rey. Rey tak izinkan apalagi papa nak cederakan dia." Ujar Andrey tenang. Dia agak sedikit terkejut dengan tindakan papa mertua nya itu. Tidak dia sangka sebegini sekali cara dia marah isterinya itu.

"Rey jangan masuk campur, kamu duduk dan diam." Marah puan Ila.

"Maaf mama, papa. Rey dengan Liliana naik atas dulu." Andrey terus menarik tangan isterinya untuk naik ke atas. Sempat lagi abang iparnya menitipkan pesan.

"Walaupun apa pun terjadi kejap lagi, aku harap kau dapat handle nanti, jangan lupa bagi dia ubat dalam laci nombor satu sebelah katil." Pesan Lienza Razeen pada adik iparnya itu. Andrey mengangguk faham.

Mereka berdua terus naik ke atas, Liliana bagai lembu dicucuk hidung hanya mengikuti sahaja mana suaminya bawa. Ingin sahaja dia menangis sekarang ini tapi mengapa air matanya tidak boleh keluar....

 Ingin sahaja dia menangis sekarang ini tapi mengapa air matanya tidak boleh keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.














Alah tak sedih langsung part ni kan?...

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now