"Sayang tengok apa kat muka abang?" Tanya Andrey lembut, dari tadi duk belek muka dia ni naik malu sedikit bila sang isteri tak lepas padang wajahnya.

"Mata abang cantik." Ternaik kening Andrey bila mendengar luahan isterinya itu.

"Mata abang cantik sangat, Adel suka tengok mata abang warna hijau tu."

"Yeke, abang rasa warna mata isteri abang ni lagi cantik. Warna biru laut. Tenang je abang tengok mata sayang tau." Ujar Andrey pula. Memang dia jujur. Dia lebih suka melihat mata isterinya itu.

Andrey membaringkan badannya di atas sejadah milik Liliana. Kepala beralaskan dengan peha isterinya itu. Liliana mengusap lembut rambut suaminya, lembut sahaja rambut jejaka itu. Andrey memandang wajah Liliana dari bawah, mereka bertentangan mata. Berdegup laju jantung Liliana bila pandangan mata jejaka itu redup sahaja melihat nya.
Terukir sedikit senyuman di wajah kacak jejaka itu.

"Are you blushing love? Kenapa abang tengok muka sayang jadi merah ni." Sengaja ingin menegur Liliana, bertambah merah padam muka nya itu.

"M..mana ada, Adel ok je lah nak blushing buat apa." Nafi ku. Malu lah kantoi pula.

Han's Andrey ketawa macho, suka dia melihat wajah merah milik isterinya itu, rasa nak gigit je bila tengok muka merah macam tomato. Secara automatik tangan Andrey mengusap lembut pipi gebu Liliana dari bawah. Liliana terbuai dengan usapan lembut milik Andrey itu. Selesa dan rasa selamat, dia suka lelaki itu mengusap pipinya. Terasa sudah lama tidak dapat belaian seperti ini.

"Abang." Panggil ku meleret.

"Yes Dolcezza, why?"

"Adel nak cakap yang, abang atapu more more." Dengan cepat dia mencium dahi jejaka itu, terkedu Andrey seketika sebelum dahinya berkerut heran.

"Apa tepung sayang? Ulang balik." Dengar sahaja perkataan tepung keluar dari mulut jejaka itu, terus pecah ketawa Liliana dibuat nya. Tepung pun boleh lah.

"Bukan tepung hubby, atapu lah." Ujar Liliana membetulkan ayat suaminya itu.

Andrey menarik senyum sinis, dia seperti terdengar perkataan 'hubby' tadi. " Sayang panggil abang apa tadi, cuba ulang balik abang tak dengar lah." Sengaja dia ingin gadis itu mengulang kembali ayat tadi.

Liliana terasa wajahnya panas akibat di usik oleh jejaka itu, dia mengalihkan pandangan nya ke arah lain. Andrey tersenyum suka.

"Pandang apa tu sayang, cuba pandang sini." Liliana masih tidak mendengar permintaan suaminya itu.

Andrey terus bangun dari perbaringan, dia mencengkam lembut pipi gadis itu untuk menghala kan pandangan nya. "Pandang sini love, abang tak ada kat situ abang kat sini, jadi pandang sini." Tutur Andrey tenang. Dengan perlahan Liliana membuka matanya.

"I love you too darling, I love you more than you love me. Abang sayang sangat-sangat dekat dolcezza kerana dolcezza lah satu-satunya bidadari dunia dan syurga abang nanti." Dengan itu dia mengucup lembut bibir merah Liliana, Liliana bagai terkedu seketika sebelum dia kembali seperti biasa. Kucupan dibalas oleh nya.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now