"Aku tahu Yana.. tapi aku tak tahu macam mana nak terangkan semuanya, semalam dia dah pesan awal-awal dekat aku.. kalau nak keluar rumah bagitahu dia. Tapi aku tak bagitahu dia pun, telefon aku habis bateri." Sayu aku berkata membuatkan Yana mengeluh

"Kau pun satu! Dah tahu perangai Rayyan tu macam mana, kau masih lagi keluar jumpa dia dah kenapa? Ya Allah Maya, kalau aku jadi kau.. memang tak lah aku keluar semalam. Kau tu perempuan Maya, kau isteri orang dan kau mengandung sekarang. Kalau Darren salah faham, kau rasa apa yang jadi?" Yana menyoal

"Gaduh.." Jawabku perlahan, gadis itu memetik jarinya kuat

"Tepat sekali! Jadi, tolonglah aku minta sangat dengan kau.. cakap perkara sebenar dekat suami kau. Aku takut perkara tak baik terjadi pada rumah tangga kau dengan Darren, aku sayang kau Maya" Ujarnya prihatin, pantas aku memeluk tubuh gadis itu dengan erat. Menangus teresak-esak didalam pelukannya

Aku tahu aku bodoh sebab percayakan Rayyan semalam, tapi aku tak sangka yang dia akan bertindak sejauh itu. Aku tak sangka yang dia akan buat benda yang bukan-bukan pada aku ditempat awam, sedangkan dia tahu yang aku mengandung sekarang ni..

Kau jahat Rayyan, sampai mati pun aku tak akan maafkan kau!

"Shh dah lah, tak ada gunanya kalau kau menangis sekarang ni Maya. Sekarang ni, kau telefon Darren dan cakap perkara yang sebenar pada dia" Nasihat Yana lembut, aku mengangguk lalu mencapai telefon untuk menelefon Tengku Darren

Beberapa kali juga aku cuba untuk menelefon lelaki itu, namun panggilan tidak dijawab. Mungkin dia tengah mesyuarat dengan pelanggan kut.. kan?

Atau mungkin.. argh tak mungkin lah, Rayyan tak ada bukti. Jadi tak mungkin suami aku tahu benda tu kan? "Dia tak jawablah, macam mana ni" Soalku. Silap-silap murung aku kalau macam ni, Yana mengeluh perlahan

Beberapa minit kemudian, kedengaran seseorang memberi salam. Serta merta aku menarik senyuman apabila pemilik suara itu ialah Tengku Darren, eh tapi bukan ke sepatutnya dia balik esok ke? Tak apa lah, terlompat-lompat aku bangun mendekati pintu. Pintu dibuka lalu aku mengukir senyuman pada lelaki itu

"Welcome home, abang! I miss you so much." Ujarku lalu memeluk tubuh sasa Tengku Darren, namun yang buat aku hairan.. lelaki itu tidak membalas pelukan aku sebaliknya dia hanya diam

Aku mengangkat wajah memandang sang suami yang seolah-olah kaku, dia menundukkan wajah. "Maya dengan anak sihat?" Soalnya, langsung tidak membalas sapaan aku tadi. Berkerut dahi aku, namun aku tetap mengangguk kepala

"Awak sihat?" Tanya aku mesra, lelaki itu menepis tangan aku perlahan lalu dia masuk kedalam rumah. Terkebil-kebil aku memandangnya dari belakang, kenapa dengan suami aku ni?

Datang bulan ke?

Yana mendekati aku, dia mencuit bahu aku. "Kenapa dengan suami kau tu? Muka masam aje, tak ramah macam selalu pun?" Yana bertanya, aku hanya menjongket bahu

"Aku tak fahamlah, kenapa setiap kali aku nak bahagia.. mesti ada aje benda yang Allah nak uji?" Sayu aku berkata sambil menunduk, aku bukan mempersoalkan takdir Allah.. tapi aku pun ada perasaan penat.

"Just keep trusting Allah, even sometimes you don't understand." Ujar Yana, aku hanya diam

"Haih.. tak apa lah, aku balik dulu tau? Jangan lupa cerita perkara sebenar dekat dia, jangan biarkan dia tahu perkara yang tak sepatutnya"

"Okey. Bawa kereta elok-elok" Aku menghantar Yana hingga depan pintu paga, sebaik saja bayangan keretanya hilang daripada pengelihatan. Aku terus masuk kedalam rumah untuk mendekati Tengku Darren

****

Ke hulu ke hilir, Tengku Darren langsung tidak memperdulikan aku yang mengikutinya. Bila aku tanya dia jawab sepatah aje, kenapa dengan suami aku ni? Baru saja Tengku Darren ingin masuk kedalam bilik air, aku menghalangnya. Dapat aku lihat wajah bengang dimuka kacak itu

"Kenapa dengan awak ni? Cakaplah dengan saya, jangan diam macam ni aje!" Marah aku, mula lah aku nak menangis.. emosi aku ni betul-betul tak stabil sekarang. Terjongket sebelah kening Tengku Darren

"Maya nak abang cakap apa?" Dingin dia menyoal membuatkan tiba-tiba air mata aku berlinang, pantas aku memeluk tubuhnya

"Cakaplah dengan saya macam dulu lagi, kenapa tiba-tiba awak berubah macam ni? Saya ada buat salah ke, kalau saya ada buat salah.. beritahu saya. Jangan diamkan saya macam ni" Tak semena-mena air mata aku mengalir, tubuhnya kaku seolah-olah sekarang aku sedang memeluk patung

"I have nothing to say, Maya Darena" Suaranya yang dingin tadi berubah menjadi sedikit lembut apabila melihat air mata aku yang mengalir membasahi pipi, namun itu bukan yang aku mahukan!

"Awak tipu! Selama kita kahwin awak tak pernah pun sedingin ini dengan saya, kenapa? Cakaplah kenapa, jangan buat saya macam ni" Sekali lagi aku menangis teresak-esak, Tengku Darren memegang tangan aku yang memeluk tubuhnya lalu dia meletakkan tangan aku disisi

Jelas wajahnya simpati dengan aku, namun lelaki itu tetap mendiamkan diri dan berlalu masuk kedalam bilik air. Aku menangis semahu-mahunya, adakah semuanya sudah terbongkar?

Aku benci kau Rayyan!

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 06/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Jangan lupa vote🤍✨

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now