Kami bersama-sama membawa hidangan yang sudah disiap ke meja makan, semua sudah menunggu di meja makan itu. Andrey melihat wajah isterinya yang sedang menyusun lauk pauk yang telah dimasak tadi. Matanya tidak lepas memandang wajah Liliana.

"Dah, Liana pergi je duduk dulu, nanti biar bik Markonah yang menyeduk nasi ye." Kata Melina pada menantu itu. Liliana hanya menurut kan sahaja.

Kami makan bersama-sama sambil berborak, riuh keadaan di meja makan itu dengan gelak ketawa Elvien dan Ryu, ada kala suara Daddy yang memecahkan suasana.

"Ni daddy nak tanya. An dengan Liana tak ada apa-apa rancangan nak pergi honeymoon ke." Tanya Hugo Alex kepada pasangan itu. Tersedak Liliana mendengar nya, dengan cepat Andrey menghulurkan air kepada isterinya itu. Air diteguk rakus.

"Are you ok Dolcezza?" Tanya Andrey risau bila melihat wajah merah isteri nya itu. Liliana hanya mengangguk tanda ok sahaja.

"Tak tau lagi." Balas Andrey ringkas. Yang lain hanya mengangguk faham.

"Kau nak pergi honeymoon bawa kami tau Rey, aku nak ikut juga." Sampuk Ryu.

"Aku pun." Kata Elvien pula.

"Eh sibuk je kamu berdua ni, kalau nak honeymoon juga pergilah kahwin sana. Jangan nak mengada ye ikut Liana dengan An nanti." Kata Melina pada kedua-dua jejaka itu. Ada-ada sahaja perangai anak angkat dia ni.

"Alah, bukan tak nak kahwin tapi papa dengan mama tak bagi Ryu kahwin lah." Kata Ryu sengaja ingin mengelak.

"Vien pun, abi dengan umi tak bagi Vien kahwin nanti depa rindu Vien." Ada sahaja alasan kedua-dua jejaka itu.

"Banyak lah tak boleh kau orang berdua. Daddy dah tanya kat abi dan papa korang. Dorang kata kamu berdua kena kahwin juga nanti daddy tolong carikan." Usik Hugo Alex. Terus cemberut wajah Elvien dan Ryu.

Aku hanya tergelak kecil bila melihat telatah kedua-dua jejaka itu. Tidak usah kata aku bahagia atau tidak tika ini. Aku sungguh gembira dikurniakan keluarga mertua ku yang baik-baik ini.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Sebelum masuk tidur, aku akan mengambil wudhuk dahulu. Biar lebih selesa dan tenang nak tidur. Lagi pun kalau ambil wudhuk sebelum tidurkan bagus. Usai sahaja ambil wudhuk aku keluar dari bilik air dan menuju ke arah katil bersaiz king yang empuk itu. Melihat Andrey yang sedang duduk bersandar di kepala katil itu sambil membuat kerjanya. Aku mencuba curi-curi tengok sedikit.

"Banyak lagi ke kerja abang?" Tanya ku. Andrey mengalihkan pandangan ke arah isterinya, senyum manis diukir.

"Tak adalah banyak mana lagi. Sayang nak tidur dah ke, kalau nak tidur dah abang padam lampu ni." Tanya Andrey pada isterinya.

"Tak apalah, Adel tunggu abang siap kerja, abang nak air apa-apa ke biar Adel buatkan." Tanya ku bila nampak jejaka itu sudah menguap.

"Tak naklah. Nanti abang tak boleh nak tidur pula kalau minum air nanti. Sekarang ni kita tidur ye, tak elok pengantin baru tidur lewat." Andrey meletakkan laptop kerjanya di atas meja kopi bersebelahan dengan katil mereka. Kerjanya nanti aja dia akan buat yang penting sekarang ni kena layan cik kesayangan nya dahulu.

"Kerja abang tu macam mana, nanti tertangguh banyak pula kena buat nanti." Balas Liliana rasa bersalah. Rasa bersalah pula bila jejaka itu melayannya dahulu daripada kerja yang tertunggak itu.

"Tak apa, abang kan boss. Kerja ni abang boleh suruh PA abang buat. Sekarang ni kita tidur dulu ya."

"Dah ambil wudhuk sebelum tidur?" Tanya Andrey pada Liliana, Liliana hanya mengangguk sahaja. Baru je tadi ambil.

"Ok, abang ambil wudhuk dulu ye." Andrey melabuhkan satu ciuman hangat di ubun-ubun isterinya sebelum berlalu pergi ke bilik air. Selesai sahaja dia berwudhuk dia kembali lagi ke arah katil.

"Abang.. kalau abang nak honeymoon kat mana." Tetiba terlintas pula apa yang daddy cakap tadi.

"Kalau abang tak kesah kat mana-mana pun sweetheart. Asalkan buah hati abang ni sentiasa dengan abang." Andrey mencium hidung isterinya itu, ketawa kecil bila jejaka itu mencium hidungnya.

"Betul ni abang tak kesah nak honeymoon kat mana-mana je."

"Ye sayang, abang tak kesah pun, kalau boleh dalam bilik ni sekarang juga kita honeymoon." Terlorek wajah nakal Andrey.

"Ish abang ni, oklah kalau abang tak kesah nak honeymoon kat mana-mana. Sebab Adel dah cadang nak pergi Turki." Kata ku teruja. Ada juga hajat lain untuk aku pergi ke sana.

"Turki eh.. ok boleh je tapi lepas kita tidur kat rumah keluarga sayang pula ye. Lepas tu baru kita gerak pergi Turki." Kata Andrey sambil mengelus lembut rambut separuh putih isterinya itu.

"Yeayy, terima kasih encik suami yang tercinta muah." Liliana menghadiahkan dua ciuman di pipi kanan dan kiri suaminya itu. Tersenyum suka jejaka itu dibuatnya.

"Haih kat pipi je ke, kat sini tak nak." Andrey menunjuk ke arah bibir pink nya tu. Naik merah muka Liliana tika ini. Malu.

Cupp..

Terus tersenyum bahagia Andrey bila dapat satu ciuman dari isterinya itu.

"Abang anggap tu sebagai night kiss abang, esok abang nak morning kiss pula." Andrey mengenyit mata sebelah acah mengoda gadis itu. Liliana tersenyum malu.

"Ok, dah jom tidur." Ajak Liliana pada suaminya itu. Andrey memeluk pinggang Liliana lembut. Dia akan memeluk gadis itu setiap hari, baginya itu ialah rutin baru dia.

"Goodnight hubby." Lembut Liliana berkata sambil mencium rahang suaminya.

"Goodnight too cinta hati abang." Andrey juga melabuhkan satu ciuman di ubun-ubun isterinya sebelum mereka dijemput lena.

" Andrey juga melabuhkan satu ciuman di ubun-ubun isterinya sebelum mereka dijemput lena

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

















Cuba suggest tempat yang best kat Turki nanti. Manalah tau kita boleh sama ii melancong dengan Liliana dan Andrey dalam chptr seterusnya nanti....

OG| A True Love (Slow Update)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt