5

8 0 0
                                    

"Asyraf, mana janji kau yang dulu? Kau dah janji..."


Hari ni, dia balik ke rumah seperti hari-hari sebelum ni. Setiap dua kali seminggu.

"Awak balik pukul berapa Nuhal?" Qaira menyoal sambil memandang Nuhal yang elok terlentang di atas katil.

"Pukul 2"

"Lah, awalnya." Yusya menyampuk.

Nuhal tersenyum.

"Takde lah, saya rindu rumah sangat sebab tu nak balik awal." Berlakon.

Tipu. Kau tipu Nuhal, kau tak rindu rumah. Kau tak nak balik rumah... Hati Nuhal menafikan.

Ya, biarpun banyak masalah yang perlu ditanggungya di sini, namun lebih banyak masalah yang perlu dia hadapi di rumah nanti.

Dia tersenyum palsu.

_____

Malam itu, Nuhal makan bersama-sama keluarganya.

Ruang makan tersebut hanya dipenuhi dengan suara adik-adiknya yang riuh rendah. Manakala mak dan ayahnya berbual bersama adiknya yang kedua.

Hanya dia sahaja yang diam menikmati makanan yang di hadapannya.

"Bulan depan Angah periksa awal tahun. Dua minggu selepas habis sukan." Nuhal yang sedang mengunyah terus terhenti apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adiknya, Nuha. Soal peperiksaan.

"Oh, lepas habis sukan ni?" Ayahnya hanya tanya berbasa-basi.

"Insha Allah Angah boleh jawab dengan mudah... Kakak pula bila?" Soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut emaknya itu membuatkan Nuhal hampir tersedak.

Dia diam sejenak.

"Bulan depan juga." Jawabnya pendek. Tangan menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

"Ouh, takpe. Kakak pun Insha Allah boleh. Aamiin..."

Nuhal tersenyum palsu dengan kata-kata maknya itu sebelum dia berdiri dari kerusinya bersama pinggan dan cawan ditangan.

"Eh, kakak dah siap makan?" Soalan dari Nuha hanya dibiarkan sepi. Dia berjalan menuju ke dapur dan membasuh pinggan dan cawannya tadi.

Selesai sahaja, dia berjalan melintasi meja makan mahu menaiki tangga. Namun kata-kata yang keluar dari mulut ayahnya membuatkan langkahnya serta merta terhenti.

"Masuk bilik semula, lepas tu tak keluar-keluar dah. Macam tu lah awak, balik je rumah duduk terperap dalam bilik 24 jam. Bila nak makan je keluar. Elok lah tu, dah dapat pindah sekolah pun perangai tak berubah-ubah. Tak kenang budi." Perlian dari ayahnya menusuk tajam ke dalam hatinya.

Semua hanya diam. Masing-masing takut untuk campur tangan apabila kakak dan ayah mereka sudah mula mahu mencetuskan pergaduhan.

Nuhal menghela nafas kasar. Dia hanya mengendahkan kata-kata tersebut dan meneruskan langkahnya ke atas. Dia malas mahu bertikam lidah.

Seperti inilah dia sejak 3 bulan lepas. Tidak bercakap sepatah apa pun dengan ayahnya sendiri dan hadap perkara yang sama setiap kali balik ke rumah. Dipukul, diperli dan diherdik oleh bapa sendiri. Namun dia tetap memilih untuk berdiam diri dan tidak seperti sebelum ini yang selalu melawan dan berbalah mulut melawan ayahnya.

Namun, dia sedar yang dia tidak lagi mampu melawan seperti sebelum ini disebabkan ayahnya sudah kira baik untuk memberinya pindah sekolah. Itupun kerana maknya yang beria-ria memujuk ayahnya sewaktu dia merayu dahulu.

NUHAL IMANIWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu