"Maaf dah marah kau tadi, maaf aku tukar nama panggilan kau." Ujar Andrey lembut. Liliana yang dengar suara lembut jejaka itu hanya senyum.

"Is okaylah, memang salah Adel pun. Adel yang degil tak dengar cakap An, tapi Ryu dengan Elvien yang culik Adel tau." Balas Liliana jujur. Andrey yang mendengar hanya tersenyum suka. Dia suka bila gadis itu bercakap. Dia suka mendengar suara merdu gadis itu.

"Ok. Dah pergi tidur sana, dah pukul 2:00 ni, esok ingat bawa baju sekali sebelum pergi." Pesan Andrey untuk mengingati gadis itu.

Liliana hanya membalas iya sahaja. Usai sahaja percakapan mereka tamat. Andrey meletakkan panggilan telefon tersebut. Dia membetulkan posisi baring nya kepada yang lebih selesa. Dia harus tidur untuk esok harinya. Hatinya rasa sungguh berbunga-bunga, tidak sabar untuk dia menunggu hari esok.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Hari yang bersejarah dalam hidup dua pasangan sejoli itu, Liliana Radella dan Han's Andrey. Mereka bakal menjadi pasangan hidup semati selamanya. Liliana akan menjadi hak milik mutlak Han's Andrey D'Azeglio.

Siap sahaja di solek oleh jurusolek profesional itu. Liliana menilik mukanya didepan cermin besar itu. Sungguh cantik, menambahkan seri wajah nya lagi. Dia mengucapkan terima kasih sebelum jurusolek itu meminta diri. Keluar sahaja jurusolek itu, Lienz Ryan dan Lienz Ryan masuk ke dalam bilik tidur Liliana.

"Huaa adikkk." Lienz Ryan terus berlari ke arah adik kesayangan nya. Dia memeluk Liliana erat seperti tidak mau di lepaskan gadis itu. Air mata jantannya terus mengalir akibat melihat adik perempuan kesayangan nya akan meninggalkan mereka berdua nanti. Alah macamlah tak dapat jumpa lagi.

"Dah lah tu Ayan, habis baju dia berkedut nanti sebab drama sepuluh sen kau tu. Macamlah tak dapat jumpa dia lagi." Pujuk Lienza Razeen. Dia menepuk bahu adik lelakinya lembut.

"Huhuhu, jaga diri elok-elok tau nanti, jangan lupa makan ubat. Kalau Rey buat macam-macam kat kau. Bagi tau kami." Pesan Lienza Razeen tegas, sayang betul dia kat gadis ini.

"Ye Ayan, adik tau lah. Lana bukan budak kecik lagi."

"Bagi kami kau budak kecik yang nak gula-gula je." Liliana terus menepuk tangan abang keduanya bila mendengar kenyataan tersebut.

"Dah jom turun bawah, tok imam dengan lain dah tunggu lama tu." Ujar Lienza Razeen. Mereka bertiga turun ke bawah bersama-sama, Lienz Ryan dan Lienza Razeen memimpin tangan Liliana erat. Lienza Razeen melirik ke arah Liliana, tersenyum bahagia dia bila gadis itu akan digelar isteri orang nanti.

Dia sangat bersyukur adiknya telah menjumpai lelaki setulus Han's Andrey. Dia amanah kan jejaka itu menjaga Liliana dengan seikhlas hati. Kalau tidak mampu menjaga gadis ini. Pulangkan lah semula padanya.

Liliana mengambil tempat di atas pelamin putih itu bersebelahan dengan ibu mertua nya itu. Puan Melina mengengam tangan ku. Aku tersenyum manis pada wanita separuh usia itu.

"Rasanya dah boleh mula ni, saya tengok pun pengantin lelaki macam tak sabar juga ni." Ujar tok kadi itu sekadar jenaka biasa. Para tetamu di situ ketawa bila mendengar apa yang tok kadi cakap tadi. Wajah Andrey sedikit memerah akibat malu.

"Sedia ye." Tok kadi memberi sedikit khutbah nikah pada pasangan itu dahulu. Tok kadi mula berjabat tangan dengan Andrey sebelum membaca kan lafaz nikah.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now