Langkah Ayuni turut terhenti apabila Dyra tiba-tiba sahaja berhenti. Ayuni memandang ke hadapan seketika lalu beralihkan pandangannya ke arah Dyra yang sedang berdiri disebelah kanannya, "Eh, Dyra! Saya gurau je la. Awak ni, tak tahu ke beza gurau dengan betul?"

"Sekali sekala. Saya memang nak belanja awak pun cuma selalu tak ada kesempatan. Hari ni hari awak tau, tiba-tiba mood saya baik nak belanja awak Starbucks." Dyra menghadiahkan senyuman manisnya lalu melangkah masuk ke dalam kedai diikuti Ayuni untuk beratur. Dyra terus mengeluarkan dompetnya lalu memesan air Caramel Macchiato dan Cappuccino serta beberapa kek dan roti.

Universiti mereka memang mempunyai makanan yang mahal, salah satunya ialah Starbucks. Pelik? Ia sebenarnya tidak pelik kerana universiti yang mereka hadiri adalah universiti swasta. Dyra dapat menyambung pelajaran dalam Ijazah Perakaunan dengan mendapat biasiswa manakala Ayuni membayar pengajiannya secara persendirian. Selalunya mereka akan makan di luar kerana harga di sana lebih murah berbanding di dalam universiti mereka.

Sementara menunggu makanan dan minuman mereka siap, Dyra memandang wajah Ayuni yang menunjukkan wajah yang sangat bersalah tetapi Dyra hanya tersengih. Memang niat Dyra ikhlas untuk berbelanja kawannya seorang itu kerana Ayuni banyak membantunya dan menemaninya dalam suka dan duka sepanjang mereka mengenali antara satu sama lain.

Selepas nama mereka dipanggil menandakan pesanan mereka sudah siap, mereka membawa makanan dan minuman ke arah meja kosong. Semasa mereka sedang makan, mereka berbual-bual sebelum Ayuni kemudiannya bertanya kepada Dyra, "Itu bukan Sophia?"

Dyra mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan Ayuni. Sekumpulan yang dikenalinya sedang duduk di meja yang agak jauh dari mereka. Mereka adalah kumpulan yang berada di dalam kelas Dyra sebentar tadi yang boleh dikatakan rakan sekelasnya.

"Selepas kes 2 minggu lepas, dia masih bergaul dengan geng Fina ke?" Ayuni mengerutkan dahinya dan menyambung kata-katanya, "Tak faham betul. Kalau Yuni, memang lama dah lari. Kes berkait dengan mahkamah tu. Ini dah semester akhir diaorang masih buat perangai. Kita tinggal lagi berapa bulan je nak habis."

Dyra tekun mendengar kata-kata Ayuni sambil menghirup minumannya menggunakan straw.

Fina.

Fina adalah pelajar biasa seperti pelajar lain tetapi kerana kata-kata dan perbuatannya yang tidak disenangi orang lain seperti menghisap vape, bebas bergaul, menutup aurat sekali-sekala sahaja, menggunakan kata-kata kesat, dan mengajak orang yang tidak bersalah melakukan sesuatu yang tidak baik membuatkan dia dan kumpulannya kelihatan seperti pembuli di universiti itu.

6 bulan lalu, Fina dan kawan-kawannya sering membuli rakan sekelas yang nampak naif. Sophia adalah salah seorang mangsa mereka untuk melepaskan kepuasan. Selepas terjadinya hari dimana mereka memaksa Sophia membeli barang haram seperti rokok, arak, dan dadah, keluarga Sophia mengambil keputusan untuk melibatkan polis dan menyaman Fina. Bagaimanapun, keputusan mahkamah tidak dapat diteruskan selepas didapati keluarga Fina merasuah secara rahsia dan akhirnya keluarga Sophia tidak mendapat keadilan.

Beberapa bulan kemudian selepas kes itu ditutup, Dyra sering menyedari bahawa Sophia masih dipaksa untuk duduk bersama mereka.

"Awak tengoklah cara diaorang bergaul tu, nampak sangat Sophia dipaksa. Itu bukan kehendak dia." Balas Dyra kepada Ayuni. Bukan Dyra tidak perasan semasa di dalam kelas tadi, wajah Sophia kelihatan pucat.

Ayuni yang mendengar hanya mengeluh mengetahui nasib Sophia tidak menyebelahinya. "Haih, kan best kalau One Knight boleh tolong kali ni."

Dyra mengangkat kening, "One Knight?"

"Ala, Hero Campus la awak. Tak kan awak tak tahu yang dia tu famous dalam satu uni kita tau." Kata Ayuni teruja. Dyra hanya menggaru kepalanya yang bertudung.

HYDRA 187Onde histórias criam vida. Descubra agora