Bab 3

50 5 2
                                    

SEBAIK sahaja kereta yang dipandu oleh Fawwaz berhenti di bawah garaj, Sabreena terus menolak pintu untuk keluar. Tetapi perbuatannya itu dihalang oleh Fawwaz yang turut pantas menarik lengannya tanpa rasa bersalah.

"Jangan salahkan mama dan jangan marah mama. She's innocent."

Sabreena pandang tangan Fawwaz yang memegang kemas lengannya. Kemas pegangan lelaki itu mungkin turut melempiaskan rasa tidak puas hati bila bicaranya sepanjang perjalanan pulang dibiarkan sepi olehnya. Fawwaz dibiarkan berbicara sendiri sedangkan dia terus melemparkan pandangan ke luar kereta sehingga tiba di hadapan rumah mereka.

"Let. Go. Of. Me." Kata Sabreena sepatah demi sepatah menunjukkan dia sedang menahan geram di atas kelakuan Fawwaz itu.

"Janji dengan abang dulu yang Bree tak akan gaduh dengan mama."

"Gaduh atau tidak, itu semua bukan kerana saya patuh dengan arahan awak. Awak tak ada hak untuk kawal hidup dan kelakuan saya. Lepaskan saya sekarang."

Perlahan-lahan Fawwaz melepaskan pegangannya pada lengan Sabreena bila melihat ketegangan pada wajah itu. Take it slow, Fawwaz. Dia tidak boleh terlalu menekan Sabreena, dia tahu itu.

Tanpa membuang masa Sabreena terus melolos keluar. Kemudian dia bergerak ke belakang kereta untuk mengambil bagasi miliknya. Tetapi sekali lagi Fawwaz bergerak pantas dengan keluar dari kereta dan bergerak ke belakang untuk mengambil bagasi Sabreena.

"Bree masuk dulu, bagasi ni nanti abang bawa masuk."

Sabreena menarik nafas dalam. Rimas dan geram, akhirnya dia tinggalkan Fawwaz sendirian di situ. Dah teringin sangat nak tunjuk baik kan, lantak kau la. Dengan laju Sabreena menuju ke pintu utama dan belum sempat pintu itu ditolak, ia terlebih dahulu dibuka dari dalam.

"Bree? My princess!"

Sekelip mata badan Sabreena didakap erat oleh Puan Mastura. Kemudian pipinya dikucup bertalu-talu oleh mamanya itu setelah pelukan dileraikan.

"You can stop now ma."

Tergelak Puan Mastura yang sedang memegang kedua belah pipi Sabreena.

"Mama rindu Bree..." Belum sempat Puan Mastura menghabiskan kata keningnya mula berkerut melihat Fawwaz yang muncul dari belakang Sabreena dengan membawa bagasi milik anaknya itu.

"Eh, balik dengan Fawwaz ke?"

Sabreena menjeling ke belakang dengan kedua belah tangan naik memeluk badan sendiri.

"Ya ma, Fawwaz jemput Bree dekat airport tadi."

Wajah Puan Mastura terus berubah. Terpamer keceriaan pada wajahnya bila Sabreena pulang dengan dijemput oleh Fawwaz.

"Patut la tak bagi mama jemput, dah ada yang menjemput rupanya."

"Ma, Bree lapar dan mengantuk. Mama masak apa?" Tangan Puan Mastura terus ditarik masuk ke dalam. Kalau dibiarkan, entah tanggapan liar apa lagi yang akan terbit dari bibir mamanya itu.

"Ah, mama masak nasi arab kegemaran kita sekeluarga. Sekejap lagi papa balik boleh kita makan sama-sama."

Fawwaz hanya mengekori dari belakang bersama bagasi milik Sabreena.

"Kalau Bree nak makan sekarang boleh? Lepas tu nak naik ke atas, berehat."

Puan Mastura memegang kemas kedua belah tangan Bree. "Kita tunggu papa la sekejap sayang, tak lama lagi dah papa nak sampai."

ENCIK ACHBAR & MISS BWhere stories live. Discover now