Bab 2

60 7 2
                                    

"INA gembira dan terharu sangat sebab mak dan ayah datang jemput Ina hari ni."

Amalina menggenggam kemas tangan Mak Tam dan melentokkan kepalanya ke bahu emaknya itu. Sungguh tidak dia sangka kepulangannya disambut oleh kedua orang tuanya. Sedar akan kesusahan yang dialami, dia sudah sedia berlapang dada jika kepulangannya hari ini sendiri.

"Mujur ada Achbar yang bawa mak dan ayah ke sana. Kalau tidak kami tunggu Ina dekat rumah pak lang sajalah." Pak Tam yang duduk di kerusi penumpang hadapan berpaling memandang anak dan isteri yang masih belum puas melepaskan rindu.

Serentak itu Amalina menegakkan badan. "Terima kasih Abang Achbar bawa mak dan ayah ke lapangan terbang. Maaf sebab susahkan abang."

Achbar yang sedang fokus pada pemanduan terus tersenyum. "Tak ada yang susah pun Ina. Kebetulan abang ada dekat KL, abang bantu mana yang mampu."

"Mak dan ayah datang KL dengan abang ke?" Amalina pandang Pak Tam dan Mak Tam bersilih ganti dengan Achbar yang sedang memandu.

"Taklah, abang memang dah ada dekat KL waktu mak dan ayah Ina datang sini."

"Betul tu. Ayah dan mak baru sampai semalam, tapi Achbar dah beberapa hari dekat sini. Kebetulan waktu mak dan ayah sampai semalam pak lang kamu kena berangkat ke Johor, hantar barang. Mak lang kamu tu pula tak boleh tinggal rumah sebab anak-anak sekolah. Jadi, ayah terus hubungi Achbar minta tolong dia bawa kami jemput kamu dekat sana." Panjang lebar Pak tam bercerita manakala Mak Tam pula hanya angguk mengiyakan cerita suaminya itu.

Wajah Amalina berubah meredup. Sebak rasa hati bila mendengar kesusahan ayah dan emaknya untuk menyambut kepulangan dia.

"Ina minta maaf sebab dah susahkan ayah dan mak. Kalau ayah dan mak tak datang jemput Ina dekat lapangan terbang pun tak mengapa, Ina faham. Tak perlulah kita susahkan Abang Achbar dan mak lang semua."

Kekura tangan Amalina diusap lembut oleh Mak Tam.

"Mak dan ayah bangga dengan Ina, kerana itu kami tidak sabar untuk menjemput kamu pulang. Lagi pula, sudah lama mak dan ayah tak jumpa Ina. Kami rindu."

Amalina memandang ke dalam mata emaknya yang kelihatan berkaca. Mengerti akan rasa hati emak yang merindui dirinya, Amalina terus menerkam ke dalam pelukan Mak Tam.

"Ina pun rindukan mak dan ayah. Rindu sangat. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan Ina untuk pulang ke pangkuan mak dan ayah." Mata dipejam rapat bagi mengusir cecair jernih yang hampir keluar.

Dia tidak mahu menangis di hadapan emak dan ayahnya. Bukan di sini, yang ada Achbar bersama mereka.

Achbar yang sejak tadi diam, terus diam mendengar butir bicara tiga beranak itu.

ACHBAR membantu Pak Tam membawa bagasi milik Amalina ke dalam rumah sepupu Mak Tam yang dipanggil mak lang sementara Amalina sedang berpelukan dengan mak lang setelah bertahun tidak berjumpa.

"Makin cantik kamu sekarang ya Ina. Makin putih sejak duduk negara orang putih. Penampilan pun semakin up to date orang kata."

Terlepas tawa halus di bibir Amalina bila mendengar pujian mak langnya.

"Mana adalah mak lang, Ina biasa-biasa saja. Terima kasih mak lang bagi mak dan ayah tumpang bermalam dekat sini."

"Ish kamu ni Ina, tak ada apalah. Kita semua kan saudara. Lagipun bukannya selalu mak dan ayah kamu nak sampai ke sini, mestilah mak lang sambut dengan tangan yang terbuka."

ENCIK ACHBAR & MISS BWhere stories live. Discover now