"Ok ok, An tak marah dah ok, tapi nanti jaga binatang tu elok-elok, jangan dekat kan dia dengan An sesekali pun ok." Lembut Andrey memujuk buah hatinya itu, dia membahasakan dirinya An bila bercakap dengan gadis itu dan keluarga nya.

Masa pertama kali gadis itu membahaskan dirinya dengan An, dia agak sedikit terkedu bila gadis itu tau nama manja nya bila ahli keluarganya memanggil dia seperti itu juga. Memang dia tidak benarkan sesiapa memanggil nya dengan nama manjanya itu, tapi kalau dah kesayangan dia yang panggil dia tidak peduli.

Liliana menyeka air mata yang mengalir pada wajah mulusnya kasar. Terus tersenyum gadis itu bila jejaka itu sudah memberi lampu hijau. Dia terus membelai Apollo lembut hingga kan Apollo menjalar di tangan nya dan naik di atas bahu Sebelum mengesel kan kepalanya pada pipi Liliana.

Andrey yang melihat aksi itu menahan geram, patutnya dia yang harus menyentuh pipi Liliana dulu bukan ular tu, dia melihat ular itu dengan pandangan yang tajam sebelum ular itu memandang nya juga. Bagaikan paham dengan pandangan mata helang Andrey, ular itu melebih-lebih lagi mengesel kan kepalanya pada pipi Liliana lagi.

"An jeles ke dengan Apollo? kenapa Adel tengok An pandang Apollo macam nak goreng je?." Tanya ku bersahaja, macamlah aku tidak tau dari pandangan mata dia tu.

"Tak, aku tak jeles pun. Buat apa nak jeles dengan binatang tu, nanti aku boleh dapat lagi lebih dari binatang tu boleh lah, setakat kene belai aku pun akan dapat lebih dari tu nanti. Tunggu jelah." Balas Andrey tegas, dalam ketegasan ayatnya ada nada cemburu juga. Liliana yang dengar hanya mampu tersenyum. Baru tau mamat beku macamni boleh jeles teruk.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Andrey pulang ke rumahnya lepas selesai berkenalan dengan haiwan peliharaan bakal isterinya itu, masuk sahaja ke dalam rumah dia melihat ada dua ekor beruk yang tak di undang berada di sofa depan televisyen rumahnya. Siapa lagi kalau bukan Elvien Allen dan Ryu Cleon.

"Eh eh abe Rey kita dah balik lah guys. Asal lambat balik nyah." Tanya Ryu sambil mengunyah Super ring. Tadi dia menyelongkar dapur Han's Andrey dan dia terjumpa keropok ni, apa lagi dia pun ambil lah. Dah rezeki depan mata kot.

"Pergi rumah Liliana, berkenalan dengan musuh aku." Balas Andrey tenang.

"Uish, kau berkenalan dengan siap mat. Siapa musuh kau tak kan jantan tak guna tu datang kot." Tanya Elvien pula.

"Bukan, Adel dia bela ular."

"What the. Serious lah bro, Liana bela binatang bisa tu." Terkejut mereka bila dengar gadis itu membela haiwan sebegitu, tak takut ke dia.

"Hm, ni pahal korang datang sini." Tanya Andrey mendatar.

"Owh lupa pulak. Kami datang sini sebab." Elvien sengaja menggantung ayat supaya Ryu menyambung pula.

"Sebab tadi anak buah kita bagitau aku yang jantan tak guna tu plan benda bodoh." Balas Ryu serius.

Andrey yang mendengar hanya tersenyum sinis sahaja.

"Kau tak nak buat apa-apa ke Rey?." Tanya Ryu.

"Terlalu awal untuk aku buat sesuatu kat dia. Aku nak tengok juga sejauh mana dia boleh buat tahi dengan aku." Balas Andrey sinis.

"Jadi kau nak kami buat apa je ni. Tengok dia je ke?" Tanya Elvien pula.

"Suruh budak-budak jaga dia je, perhatikan gerak geri dia. Kalau ada apa-apa inform aku."

Ryu dan Elvien hanya mengangguk tanda paham sebelum mereka sambung mengunyah keropok Super ring itu.

Ryu dan Elvien hanya mengangguk tanda paham sebelum mereka sambung mengunyah keropok Super ring itu

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.









Maaflah kalau part ni hambar sikit, saya memang sengaja buat part ni hambar. Taklah gurau je.

Next part saya akan cuba yang the best ok jangan lupa vote ye anak-anak

OG| A True Love (Slow Update)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin