Bab 25

20.4K 668 30
                                    

Matanya cuba dibuka meski terasa berat. Tangannya memegang kepala yang sedikit terasa berpinar. Dia cuba mengecam bilik tersebut. Oh, masih di hospital rupanya. Badannya cuba diangkat, namun terasa payah.

"Alhamdulillah, akhirnya Puan Aisyah sedar. Minum air ni, Puan," ujar seseorang. Aisyah tersenyum hambar dan mengangkat kepalanya sedikit dan meneguk air yang disuakan itu.

"Saya panggil ahli keluarga Puan ya? Mereka risau sebab Puan pengsan tadi," ujar Doktor Zahrah.

"Err, sebelum tu doktor, boleh tak saya nak minta tolong sikit?" soal Aisyah. Dahi doctor muda itu berkerut.

"Ya, apa dia?" soalnya.

"Tolong buat ujian DNA antara bayi saya dan suami saya?" pinta Aisyah. Puan Zahrah sedikit terkejut namun mengangguk. Selepas iu, dia melangkah membuka pintu wad memerhatikan wajah-wajah yang masih gusar itu.

"Alhamdulillah, Puan Aisyah dah sedar. Tadi tu, beliau pengsan kerana tekanan terlalu kuat yang digunakan untuk mengeluarkan bayinya." Bicaranya mebuatkan semua orang mengucapkan rasa syukur.

"Jadi, boleh kami masuk, doktor?" soal Adam tidak sabar.

"Boleh, tapi Encik Adam tolong ikut saya sekejap? Ada sesuatu yang perlu saya uruskan tentang awak," balas Doktor Zahrah dan melangkah ke wad lain. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Yang lain, semuanya cepat serbu masuk ke dalam wad Aisyah termasuklah Usman dan Syakirah yang baru sahaja sampai. Adam membuntuti doktor itu masuk ke sebuah bilik. Kelihatan doktor itu embisikkan sesuatu pada seorang jururawat dan jururawat itu mengangguk faham.

"Tangan encik?" pinta Doktor Zahrah. Adam menghulurkan tangannya. Jarum suntikan itu masuk ke bahagian belakang telapak tangan. Adam mengetap bibir menahan rasa yang tidaklah berapa sakit buatnya.

"Untuk apa ni doctor? Bukannya saya yang beranak pun," soalnya membuatkan doctor itu tergelak.

"Awak akan tahu nanti," balasnya dan mengemas peralatan yang digunakan tadi dan menyuruh jururawat tadi menyambung kerjanya.

"Mari, saya tunjukkan baby girl awak," tutur doktor itu pula membuatkan hati Adam berbunga bahagia. Baby girl! Mereka memasuki bilik yang menempatkan ramai bayi. Mereka mendekati satu bayi yang berbalut dengan kain berwarna merah jambu. Adam tersenyum.

"Anak papa..." dia mengangkat perlahan tubuh kecil itu. Doktor Zahrah tersenyum.

"Encik iqamatkan dia dululah. Lepas tu, serah pada Puan Aisyah untuk disusukan. Saya minta diri dulu". Doktor Zahrah berlalu pergi setelah melihat anggukan Adam. Adam mengiqamatkannya di situ dengan titisan air mata terharu dan penuh kegembiraan. Inilah rasanya apabila mendapat anak sulung. Dia mengendong bayinya itu penuh berhati-hati dan membawanya masuk ke bilik Aisyah. Semuanya kelihatan teruja, terutamanya Puan Suraya.

"Comel macam neneknya!" ujarnya membuatkan semua orang tergelak termasuk Aisyah. Aisyah tersenyum sebaik sahaja bayi itu diletakkan di dalam lengannya untuk disusukan. Dia menyusukan bayinya yang masih enak tidur itu. Adam tersenyum mengusap pipi kecil itu. Kasihnya jelas tertumpah di situ.

"Comel macam umminya," tutur Adam membuatkan Aisyah tersenyum.

"Hidung dia macam abanglah," balas Aisyah. Adam tergelak. Oh, inilah bahagia. Dan moga berkekalan.

"Wah wah, nampaknya Hariz dah ada kawan ni," ujar Usman yang sedang mengendong anaknya yang baru menginjak empat bulan. Syakirah di sampingnya hanya tersenyum.

"Aah, nanti Hariz kawan dengan Damia," ujar Aisyah menarik perhatian semua orang.

"Wah, cepatnya bagi nama," ujar Tengku Imran.

Setegar Aisyah Humaira [COMPLETED]Where stories live. Discover now