"Berapa harganya, cik adik?" Kapten Papa mengeluarkan dompetnya, bersedia untuk membayar.

"5 ringgit sahaja, Encik" kata akak Caisher itu.

Kapten Papa pun mengeluarkan sehelai lembar duit sepuluh ringgit.

"Nah, Cik adik. Keep the change" Kapten Papa mengeyitkan matanya kepada akak Caisher itu.

Wah wah, ngorat anak dara nampak.

Akak Caisher itu hanya terketawa sopan sambil mengambil duit itu daripada tangan Kapten Papa.

Kelihatan Akak Caisher itu melihat lihat keadaan dua bebudak itu di luar kedainya.

"Anak Encik ke?" Akak Caisher itu tiba tiba bertanya.

"Hm? Oh, haah. Tapi mereka bukan anak sebenar saya" kata Kapten Papa sambil menyimpan dompetnya ke dalam saku seluarnya.

"Anak angkat?" tanya Akak Caisher itu lagi.

"Ya. Walaupun bukan anak sebenar, tapi mereka terasa seperti keluarga sebenar saya"

Kapten Papa mengatakan perkara itu dengan nada lembut, seperti maksudkannya.

"Anak angkat ke, anak tiri ke, anak kandung ke, kalau dah bergelar anak, memang akan jadi anak sebenar kita"

Kapten Papa terdiam sementara mendengar apa yang gadis di depan matanya itu katakan.

"Ehehe...."

Ah sudah, dah bau nasi minyak dah ni, uhuk-

"Isteri Encik macam mana?" Akak Caisher itu bertanya lagi.

"Oh, saya belum kahwin lagi" jawap Kapten Papa tanpa teragak agak.

Kalau nak tipu pun tak ada guna, memang kenyataan dia single, uhuk-

"Oh~ayah tunggal lah ni?"

Senyuman gadis itu membuat Kapten Papa hampir kehilangan coolnya.

"E-ehem! Nama cik apa? Bagi nombor telefon ke apa? Boleh lah kita berbual bila bila"

Akak Caisher itu sedar apa yang Kapten Papa cuba lakukan, tetapi dia ikut sahaja dengan perkara itu.

"Nama saya Zila" jawap Akak Caisher itu.

"Wow, memang takdir ya? Nama saya pun mula dengan Z juga! Zola"

Mama Zila hanya ketawa melihat kelakuan Kapten Papa itu.

Mereka pun saling bertukar nombor.

.
.
.

Di luar, sementara Kapten Papa tengah cari jodoh di dalam sana//plak!!!//, kelihatan budak berdua itu sudah membuka kertas pada ais krim mereka.

Masing masing pun menikmati ais krim mereka.

"Hmmm! Sedapnya! Apa nama makanan ni lagi sekali Ocho?" Boboiboy kelihatan suka dengan makanan itu.

"Ais krim. Kenapa? Aku tak pernah rasa benda ni sebelum ni ke?" Ochobot memandang kawannya itu pelik.

Tak kan ais krim pun tak tahu?

"Entahlah. Biasanya pencuci mulut yang aku dapat biasanya cekodok coklat, kalau tak pun kek. Kenapa aku tak pernah tahu kewujudan makanan ni?! Sedap betul!"

Semakin banyak benda yang dia belajar bila dia keluar daripada istananya itu.

Ochobot hanya mampu menggeleng sambil tersenyum melihat putera mudanya itu makan dengan comot.

"Haih kau ni. Kalau suka pun, makan lah elok elok sikit" Ochobot mengeluarkan satu sapu tangan, dan mengelap sisa ais krim itu daripada pipi Boboiboy.

"Ehehe....."

A Royalty In Citizens SchoolWhere stories live. Discover now