"Haah, ye weh. Dalam beberapa hari ni memang ya aku perasan!" Tambah seorang lagi dengan teruja.

Ah sudah! Nuhal sudah tercengang.

"Aku dengan Mira pun nampak semalam. Setiap kali dia datang kat Nuhal je mesti kena tarik dengan cikgu Hafiz!"

"Ya wei, lawak gila aku tengok semalam!"

Mereka yang lain sudah melepaskan tawa, namun sebaliknya Nuhal hanya mendiamkan diri.

"Eee... Comel gila diorang dua! Memang aku ship sungguh!"

"Ship do'oh! Aku suka effort Asyraf, susah nak nampak dia gitu."

"Ha, Nuhal. Kami approve dah ni, untung tu Asyraf layan gitu ke aok." Bahu Nuhal pula ditepuk Qilah di sebelah.

"Ha, dengar tu Nuhal..."

Kali ni mereka menepuk bahu Nuhal beramai-ramai dan ada juga yang menggoyang-goyangkan bahunya itu sambil mengusik nakal.

Nuhal sudah tidak keruan melihat tingkah laku mereka itu.

"Eee... Tak mboh..." Rengek Nuhal dengan wajah yang betul-betul menafikan semua itu.

"Elele..." Lagi sakan mereka menyakat gadis itu dibuatnya.










......



Kini setiap harinya, Nuhal akan ke surau pada waktu rehat untuk solat dhuha. Di situlah dia akan melepaskan rasa yang dipendamnya.

Solat tahajjud juga tetap didirikan walaupun masih jarang dilakukan.

Kini, sedikit demi sedikit dia mula menerima takdir yang telah tertulis untuknya.


"Nuhal!"

Suara yang memanggilnya itu hanya diendahkan. Dia mempercepatkan langkahnya.

"Nuhal!"

Sekali lagi, suara yang sama dan yang sememangnya dikenalinya itu, memanggilnya. Bunyi langkah kaki yang mengejar langkahnya turut kedengaran.

'Aduh, tolonglah. Nak apa lagi ni?'

Nuhal sudah merungut di dalam hati. Dia melajukan lagi langkahnya. Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia membuka langkah seribu. Namun, lain pula yang jadinya nanti.

Jadi drama Hindustan pula nanti main kejar-kejar.

"Hah, Nuhal. Stop!"

Langkah Nuhal terhenti apabila susuk tubuh tersebut sudah berada betul-betul di hadapannya bersama nafas yang tercungap-cungap. Badannya dibongkokkan dan kedua-dua tangannya memegang lutut.

Nuhal hanya tercegat memandang lelaki itu.

Tak lama selepas itu, dia menegakkan badannya memandang Nuhal. Nafas kembali dikawal. Bibirnya kembali mengukir senyuman.

"Nuhal, Nuhal... Sejauh mana pun kau lari, aku tetap akan kejar kau sampai dapat..." Asyraf berkata dengan penuh miang di mata Nuhal. Senyumannya yang penuh makna dan nakal, sengaja menyakat Nuhal yang sememangnya berasa geli-geliman dengan kata-kata tersebut.

"Eee, tolonglah..." Nuhal menjeling menyampah.

Asyraf ketawa lepas. Geli hatinya dengan riaksi Nuhal. Menyerlahkan barisan giginya yang tersusun rapi di sebalik mulutnya itu.

NUHAL IMANIWhere stories live. Discover now