BAB 3

271 21 1
                                    

BAB 3

KELOPAK mata Ariana terkelip-kelip menahan pedih cahaya yang memancar ke retina. Perkara pertama yang memenuhi layar pandangan saat dia buka mata adalah siling bilik yang dia berada sekarang.
Mengingati sesuatu, mata Ariana langsung terbuka luas. Bilik?

Ariana mengangkat tubuh separuh.

'Where am I?'

Setiap inci sudut bilik dipandang. Bilik ini sangat asing bagi Ariana. Ini bukan biliknya.

Bilik yang Ariana berada sekarang seperti lebih luas dari biliknya.

Pintu kedengaran ditolak dari luar. Seorang wanita muncul dengan satu dulang makanan di tangan. Ariana pandang wanita asing itu. Riak wajah wanita seakan turut terkejut melihat Ariana namun tidak lama riak wanita itu berubah. Senyum terlihat di bibir wanita itu.

"Cik dah bangun?"

"Awak siapa?"

"Saya ada bawakan sesuatu untuk Cik Ariana sebagai alas perut. Cik Ariana perlu makan untuk tambah tenaga."

"Tunggu! Bagaimana awak tahu nama saya? Bagaimana awak kenal saya?" Ariana semakin terpinga. Seingatnya, tiada langsung cebisan memori mengenai wanita ini di ingatan.

"Saya hanya pekerja di rumah agam ini. Don't worry. You will..."

"Rumah agam?" Ayat wanita itu dipangkas. Tangan Ariana naik memicit kepala.

Apa yang telah berlaku pada dirinya?
Kedua kelopak mata terpejam. Sesuatu imbasan memori bermain di layar kepala.

'Bang!'

Bunyi tembakan itu...

'Mummy, daddy, kakak...'

'Don't close your eyes!'

'Bang!'

Nafas Ariana sesak. Mata terbuka kembali.

"Mummy, daddy, kakak!"

Dengan dada yang berombak, Ariana pandang wanita itu kembali.

"Mana keluarga saya?"

Bisu. Wanita itu sekadar mendiamkan diri kepada soalan Ariana.

"Bagitahu saya! Where are my family?"

Tangan Ariana memegang erat tangan wanita asing itu.

"Mi dispiace. Saya tak tahu..." (Saya minta maaf.)

Dahi Ariana berkerut halus ketika mendengar Bahasa Itali yang diungkapkan wanita itu.

'Till we meet again, cara.'

Muka lelaki bertatu yang pernah dia terserempak sebelum ini menjelma di ingatan. Lelaki Itali itu... Segera tangan wanita itu dipegang oleh Ariana.

"Mana lelaki itu? Dia pasti tahu tentang keluarga saya! Dia ada bersama saya pada malam itu!"

"You mean, sottocapo? Bos tak ada sekarang."
Ternyata wanita ini bekerja di bawah lelaki itu.

"No, I don't care! Saya mahu jumpa dia sekarang. Tolong beritahu dia, saya mahu jumpa dia..." Tangan wanita itu diraih. Air mata semakin ligat mencucuri wajah Ariana. Hanya lelaki bertatu itu yang boleh beritahu di mana keluarganya.

"I'm sorry, miss..." Wanita itu menggeleng. Tipu dia tidak terkesan dengan air mata Ariana tapi dia tiada kuasa untuk menunaikan permintaan Ariana. Dia hanya pekerja di rumah agam itu.

"I want to know about my family... I want to know if they are safe... Saya nak jumpa lelaki itu. Dia pasti tahu."

"Cik..."

THE SICILIAN MANحيث تعيش القصص. اكتشف الآن