P R O L O G I

569 29 6
                                    

PROLOG

MATANYA dipejam saat lelaki itu mengucup hidungnya. Nafas Ariana terasa semakin sesak.

“Ti proteggo io.” (Aku akan lindungi kau.)

Ariana menggeleng. Dia tidak faham dan dia tidak mahu faham! Dia hanya mahu lelaki itu selalu ada di sisinya.

“Jangan tinggalkan saya.”

“Aku jarang bercerita sesuatu kepada kau tapi malam ini, aku mahu mendengarkan kau sesuatu cerita.”

“Cerita?” Suara Ariana kedengaran separa berbisik. Masih sebak.

“Tentang seorang bidadari. Bidadari yang wujud dalam neraka aku. Bidadari yang pernah dipandang lemah oleh orang lain. Tapi aku tahu, dia yang paling kuat.”

Air mata Ariana mengalir sekali lagi. Dia benci rasa ini!

“Bagaimana jika bidadari itu sebenarnya lemah? Dia hanya berpura-pura?” Ariana terus menyoal.

“Jika dia lemah, dia tak akan bertahan mampu bertahan dalam dunia aku.”

Kelopak mata Ariana dikucup.

“Apapun berlaku, lindungi diri kau dahulu. Aku akan hukum kau jika sesuatu berlaku pada diri kau.”

THE SICILIAN MANWhere stories live. Discover now