"Betul betul betul." Sampuk Elvien Allen pula.

"Ok good, nanti aku naikkan gaji korang."

"Cantikk." Terus Ryu dan Elvien menepuk tangan sesama sendiri.

Andrey hanya geleng kepala melihat telatah mereka berdua, pantang dengar gaji naik sikit mesti gembira. Sapa je tak suka gaji up kan?.

Ralit mereka bermain telefon pintar masing-masing, Elvien terperasan ada tiga sosok tubuh yang dia kenali. Terus Elvien menyiku lengan Ryu.

"Ryu tu bukan ke Liana dan abang dia."

"Nampak macam ye."

"Jom kita pergi usya sikit nak." Ajak Ryu.

"Jom-jom."

"Abe Rey kami nak usya orang jap, abe duk sini diam-diam eh." Kata Elvien.

Tanpa balasan dari Andrey terus mereka mencari tempat untuk melihat tiga sosok tubuh tersebut.

"Kan betul aku cakap tu Liana dengan abang dia."

"Haah lah jom tegur depa nak."

"Jap jap..kau tengok Liana gelak, comel doh."

"Haah lah comel, kalau dia jadi girlfriend aku ni, tiada mata yang boleh lihat dia senyum aku je boleh." Kata Ryu. Gatal betul mamat ni.

"Berangan jelah kau, kalau kau nak kene bunuh dengan Rey kau ambik lah Liana."

"Buduh lah kau ni saja nak takut kan aku kan." Marah Ryu.

"Dah lah jom tegur mereka."

Ryu dan Elvien terus keluar dari tempat penyembunyian mereka dan terus menuju ke arah Liliana berada.

"Hi everything." Sapa Ryu dan Elvien serentak.

"Ehh tenuk-tenuk, korang buat apa kat sini, mana Rey." Tanya Lienz Ryan.

"Walaikumsalam." Sengaja Lienza Razeen menjawab salam walaupun mereka tidak beri salam.

"Adu Zeen nak kutuk kami tak bagi salam pun agak-agaklah." Cemberut terus muka Elvien.

"Tah Zeen ni, menci lah gini." Kata Ryu pula.

Terus sahaja ketiga-tiga manusia tadi ketawa kan mereka.

"Owh ye kami datang sini nak makan-makan, lepas tu nampak korang pula sebab tu kami tegur. Kan bagus tegur sesama sendiri." Kata Ryu.

"Rey pun ada ikut juga tu dia duduk kat sana." Elvien menunjuk ke arah Andrey yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.

Liliana turut melihat ke arah yang di tunjukkan oleh Elvien itu. Tanpa disedari mereka berdua saling memandang satu sama lain.

Andrey bagai terpukau dengan kecantikan asli milik Liliana ketika ini. Dari kulit nya yang putih mulus dan rambut yang separas bawah bahu itu separuh putih serta mata yang berwarna biru laut itu, sangat cantik dan unik sekali gadis ini.

"Ehem ehem.. dik nak tenung anak teruna orang pun agak-agaklah, jangan lah nak pandang macam nak tembus." Lienz Ryan memerhatikan lamunan Liliana.

Terus Liliana tersedar dari lamunan nya, dia mengalih kan pandangan ke arah empat jejaka itu. Dia memberi kan senyum halus pada mereka berempat.

"Owh kami pergi dulu lah nak makan, nanti kita borak lagi ok, cau." Ryu dan Elvien meminta diri ke meja makan mereka.

"Ok bro, ada apa-apa roger kami." Kata Lienza Razeen. Dan mereka terus bersalam cara lelaki giteww.

Terus mereka berdua hilang dari pandangan Liliana dan abang-abangnya. Dan tanpa disedari Andrey masih melihat raut wajah bersih mulus milik Liliana. Bibirnya ternaik sedikit. Sinis.

"presto Adel. Sarai mia per sempre e nessuno toglierà i miei diritti."
Translate: Tak lama lagi Adel. Kau akan jadi milik aku selamanya dan tiada sesiapa akan ambil hak aku.

 Kau akan jadi milik aku selamanya dan tiada sesiapa akan ambil hak aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








Get ready yualls untuk beberapa chptr akan datang, maybe saya akan buat bunga api terbang tau.

Vote ok.🫂

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now