----------------

Kukuh menunggu, Booji meraup wajahnya, bersama Ji dan Hea disisi yang sudah lama melelapkan mata. Riak resah tidak dapat disembunyikan, sejujurnya Booji letih.

Namun, hatinya juga tidak senang. Dia mahu tahu keadaan Heena kini.

Isterinya.. akan selamat.

Dia pasti.

" Mana cucu aku? "

Dan sosok tubuh itu tiba. Memandang Booji yang kepenatan dengan tajam.

" Heena.. masih kat dalam. Apa Puan buat kat sini? Nak saksikan Heena tersiksa? "

" Tu cucu aku, Booji! Aku tahu apa aku buat! "

Teriakan nenek, menyentak tidur Ji dan Hea. Keduanya tergamam, sebelum menenyeh mata yang masih mamai.

Terus menciut ketakutan keduanya sebaik sahaja wajah nenek menyapa pandangan.

" Anak-anak saya sampai takut dengan Puan. Ini ke digelar tahu? Tak nak berubah ke, Puan? Ni dah lebih. Sampai mencederakan isteri saya. "

" Isteri? Hahahahahaha! Kau lupa ke? Dia tu bekas isteri! "

" Saya ceraikan dia sebab Puan yang mintak dulu! "

" Tetap pengecut, Booji. "

" Puan, saya bersab-- "

Klek!

Pantas perhatian Booji teralih kepada tubuh yang baru menapak keluar. Menunduk dan menghela nafas kasar. Melupakan pergaduhan tadi, Booji menapak menghampiri.

" Do--doktor.. isteri saya? "

" Maafkan kami. Puan Heena, gagal kami selamatkan. "

A--apa.

Gagal?

Booji kaku. Kakinya seakan lemah mahu berdiri, sebelum perlahan tubuh lelaki ini melorot jatuh. Ji dan Hea yang seakan memahami, berteriak keras. Berlari memeluk tubuh sang ayah yang kaku dilantai.

" Puan Heena mengalami pendarahan teruk dikepala akibat terhentak sesuatu yang tajam. Dia boleh diselamatkan andai sahaja kalian cepat hantar dia kesini. Maaf, saya minta diri dahulu. "

Booji seakan hilang nyawanya. Tiada tangisan yang jatuh, kerana seluruh tubuhnya seakan tidak menerima berita ini.

Heena dah tiada?

Isterinya dah tiada?

" Papa! Mama mati ke? " Soal Ji, tersedu. Booji memandang wajah anak lelakinya sebelum tangannya meraih kedua tubuh si kembar mendekati.

Dipeluk kuat dan dikucup.

Ya Tuhan, anak anak papa...

Kenapa semudah itu kalian bergelar anak yatim?

Heena...

Kenapa semudah itu awak pergi?

Baru tadi saya dapat peluk tubuh awak, sayang.

" Apa kau dah buat kat cucu aku?! "

" Eh orang tua! Kau yang tolak cucu kau sendiri jatuh! Kau sedar tak?! "

Booji membalas. Kali ini, dia tidak berdiam. Isterinya mati kerana mengikut kebodohan nenek. Dan kali ini, Booji tidak akan berdiam.

Dia akan melindungi Ji serta Hea daripada kekejaman wanita ini.

" Aku? Kau salahkan aku, Booji? " Bernyalang mata nenek, membalas tajam pandangan Booji.

" Nenek pembunuh! Nenek bunuh mama! "

1437 / pjhМесто, где живут истории. Откройте их для себя