" Aku cakap benda betul. Lagipun ni arahan Marie juga. "

" Huh? "

Keliru.

Jaemin sungguh runsing.

" Aku tak faham, Hyunjoo. Cuba kau terang apa sebenarnya kau nak beritahu ni? "

" Marie dah tak ada kat Korea, Jaemin. Jangan cari dia lagi. "

" Hyunjoo, aku-- "

" Marie dah balik ke pangkuan keluarga dia. So, eloklah kau lupakan Marie. "

" Kenapa pula? Keluarga? Hyunjoo, keluarga dia kan semua terkorban sebab pengganas bunuh. "

" Kat Afrika tu bukan keluarga dia. "

" Huh? "

Bertambah hairan Na Jaemin. Satu persatu kenyataan berkenaan Marie menghadirkan kerutan Jaemin.

" Kau tak pelik ke kenapa dia putih sedangkan dia duduk Afrika? Kenapa accent dia bagus, tak sepekat Afrika? And kenapa.. dia dicederakan? "

Damn. Benar.

Jaemin tidak pernah berfikir sejauh itu.

Satu persatu rangkaian mengetuk Jaemin. Seperti puzzle yang perlu Jaemin hubungkan.

" Aku tahu Marie sayangkan kau. Sangat sayang. Tapi dia tu merbahaya, Jaemin. Sangat bahaya yang kau tak boleh imagine. Janganlah cari dia. Lupakan dia. "

" Lupakan Marie Elyn. "

---------------------------

Nafas panas dihembus. Sesekali matanya mengerjap, kerana pening yang mendadak mencucuk kepala. Gadis ini cuba melorekkan senyuman sebaik sahaja suara anak-anak mengetuk pendengaran.

" Yeay! Jumpa papa! "

Suara ceria Hea.

" Ji rindu papa! "

Dan ditemani Ji.

Ah kedua anaknya ini, Ji dan Hea. Permata yang sungguh Heena mahu lindungi daripada kekejaman dunia.

Meskipun kini dia ingin mengalah, tapi dia tahu masih banyak bahu boleh dia jadikan sandaran.

Usai tiba, wajah Booji menyapa pandangan. Senyuman lebar itu dilempar sebelum matanya memandang tepat ke wajah Heena yang pucat itu.

" Mama tak nak join kami ke? " Soal Hea, menelengkan kepalanya sedikit.

Heena yang masih bernafas panas, menggeleng lembut.

Suhunya sungguh tinggi kini, hampir sahaja dia pengsan jika tidak difikirkan hari ini dia mahu menghantar Ji dan Hea berjumpa ayah mereka.

" Tak apa, sayang. Mama nak rest. "

" Awak okay? " Suara Booji menyoal. Heena memandang mata bekas suaminya itu.

Yang masih dia cintai.

" Okay. Awak jaga anak-anak ya? "

Booji berdehem, memandang Ji dan Hea disisi sebelum dibisikkan sesuatu ketelinga.

Dan begitu sahaja, Ji dan Hea mengerti dan menapak sedikit menjauhi mama papa mereka.

" Heena.. awak okay? "

" Okay je. Pergilah main dengan anak-- "

" Awak tahu kan saya boleh tahu kalau awak menipu. "

Tersentak, mata Heena bergetar memandang Booji sebelum tubir matanya mulai dipenuhi cecair.

" Awak... "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now