Bab 4

311 21 0
                                    

SELEPAS kembali sihat, Alfhia masuk ke pejabat seperti biasa. Aliff ada pelawa untuk ke pejabat bersama-sama namun ditolak mentah-mentah dengan alasan yang digunakan selama setahun dia bekerja.

Namun, perbualan dia bersama Aliff pagi tadi masih terngiang-ngiang.

"Aku dah bagi kau banyak masa. Kau kata nak mula dari bawah, sebab nak cari pengalaman. Dah setahun ni, tak cukup ke? Kali ni aku tak bagi kau pilihan tapi satu arahan."

"Along, Fhia bukan tak nak, tapi..."

"Takde tapi, Fhia. Lagipun, aku nak kau belajar juga uruskan semua ni. Dengar cakap aku..."

"Tapi, nanti orang tahu la yang aku ni..."

"Biar la diorang tahu. Tak payah nak fikir apa orang cakap."

Alfhia mengeluh lemah. Dia tak boleh mengelak lagi daripada semua ini. Dia tahu, cepat atau lambat dia tetap kena hadapi juga.

"Haih, jauh termenung. Teringatkan siapa?" tegur Kak Milah.

Alfhia tersenyum lebar. "Mana ada sesiapa."

"Ya ke? Bukan teringatkan buah hati?"

Meletus tawa Alfhia. Buah hati? Cis, tak ada langsung.

Tiba-tiba satu wajah terlintas di fikirannya. Walaupun sudah beberapa hari namun wajah itu cukup jelas dan masih tersemat di kotak memorinya.

"Aariz," gumam Alfhia.

"Hah, siapa tu?"

"Ha? Kak Milah cakap apa?"

Kak Milah geleng kepala. "Kau tu la sebut nama siapa tadi?"

"Tak... tak ada sesiapa..."

"Yalah tu. Ni, lepas siap fail ni terus hantar ke Puan Mona." Beberapa buah fail diletakkan ke atas meja Alfhia.

Alfhia mengganggukkan kepalanya. "Baik."

Hilang saja bayangan Kak Milah, Alfhia mengetuk kepalanya berkali-kali. "Eee... apa ni teringatkan orang yang tak kenal? Fokus, Fhia. Fokus."

Selepas buang wajah Aariz dari fikirannya, Alfhia terus menyambung kerjanya yang tergendala.




NASI goreng kampung menjadi santapannya untuk makan tengah hari. Langsung tak peduli dengan keadaan sekeliling. Kak Milah dan Yasmin rancak berbual pelbagai topik. Biasa la hal perempuan.

"Tadi aku terserempak dengan Tuan Aliff. Segak betul! Nak gugur buah jantung hempedu pankreas ni bila nampak. Nasib tak pengsan kat situ." Dengan perasan teruja Yasmin bercerita.

"Untung la. Aku ni nak tengok dia pun kena sedar diri dah ada dua orang anak. Kau bujang lagi, boleh la tatap sampai pengsan," balas Kak Milah.

Alfhia hanya memasang telinga tapi dalam hati hanya Tuhan saja tahu betapa loya tekak dia saat ini. Tapi tak dinafikan, kebanyakan staf perempuan di syarikat ini minat kat abangnya yang satu itu. Ini kalau Aliff tahu orang asyik memuji dia, mahu kembang kempis hidung tu.

"Fhia, senyap je. Fikir apa?"

"Topik tak best, malas nak masuk."

Yasmin tarik muka masam. "Habistu nak topik budak despatch suka kau tu?"

Just One Night | TERBITWhere stories live. Discover now