" HEY! " Pantas kolar Haechan dicekak Jihoon. Rahang tegas lelaki ini membalas pandangan tajam Haechan. Keduanya saling memandang, dan sepertinya mereka sudah pun membunuh diri masing-masing dalam hati.

Jihoon tercabar.

Disini dia ketuanya. Erti sebenar, segala harus dijalankan dibawah penelitiannya.

Dan dalam erti kata lain, Jihoon hanya rasa tercabar. Kerana Heeso memberitahu Haechan segalanya. Jihoon seperti orang bodoh yang tidak mengetahui apa-apa.

" Dahlah. Kau tak malu ke, Ji? Kau tengah gaduh dengan pasukan medic, kalau ketua tahu, mati kita. " Tegur Jeno, mengendurkan cekak Jihoon dikolar Haechan. Lelaki ini mendengus kuat.

" Maksud Jihoon baik. Sini ramai orang kita tak tahu baik ke tak. Apa-apa jadi, Jihoon bertanggungjawab. Sebab tu lah, dia marah Heeso keluar tak beritahu. " Terang Jeno. Haechan tersenyum sinis.

" Berdalih lah macam mana pun, masih tak boleh sembunyikan kat riak wajah yang sebenarnya... "

Haechan mendekatkan bibirnya ke telinga Jihoon.

Sebelum suaranya keras menegur.

" Captain Park Jihoon rasa tercabar dengan Doktor Haechan. "

Bahu Jihoon ditepuk, dan Haechan menapak pergi. Meninggalkan keadaan hati Jihoon yang berbara.

Jika dia jujur, jawapannya iya.

Dia cemburu, dia tercabar, bahkan dia takut. Dia cuma takut kehilangan Heeso.

Nafas diatur perlahan. Jihoon memandang Jeno, sebelum Jeno menggeleng.

" Kita tunggu je kat sini. Jangan gelabah mencari, Jihoon. Jangan butakan rasa cinta dengan sikap tergopoh gapah kau. "

---------------------------

Hampir satu jam menunggu, akhirnya jip askar yang ditunggu, kembali memasuki kawasan mereka. Pantas Jihoon menghampiri sebaik sahaja menyakini pemandu itu ialah Heeso.

" Hey, awak pergi mana? Awak sedar tak saya yang berkuasa kat sini? " Terjah Jihoon, ingin meleteri sang gadis, sebelum wajah Heeso yang gelabah mencuri pandangannya.

" Ji! "

" Eh Heeso? Kenapa ni? Kenapa tangan awak berdarah? " Soal Jihoon, keliru. Segera menyentuh tangan gadis kesukaannya yang basah dengan darah.

Lantas Jeno juga menghampiri tempat duduk penumpang disebelah Heeso, yang diduduki Eunjeong. Gadis itu juga turut dibasahi darah, bersama seseorang yang terbaring dipangkuannya.

" Eunjeong.. kenapa? "

" Jeno, Jihoon, tolong kitorang. Budak ni, kitorang jumpa accident tadi. " Kaget Eunjeong. Jeno membulatkan mata, pantas memapah tubuh si kecil yang berdarah teruk untuk menyandar dibelakangnya.

Segera Jeno membawanya lari ke bilik perubatan pihak medic.

" Apa terjadi ni, Heeso? " Soal Jihoon, memegang tangan Heeso yang mulai menggigil.

" Tadi depan mata kitorang, kereta tu hilang kawalan dan terjatuh. Saya dan Eunjeong cuba selamatkan semua, tapi sempat keluarkan budak tu je sebelum kereta meletup. Ma--maaf. " Geleng Heeso. Jihoon pantas memeluk erat tubuh si gadis.

Dia faham perasaan takut Heeso.

Tapi yang menimbulkan tanda tanya, siapa kanak-kanak itu?

" Heeso, jom! Kita kena rawat dia cepat! " Tegas Eunjeong menyedari kelewatan Heeso. Gadis itu mengangguk patuh, ingin berlalu pergi, lantas tangannya ditahan kuat oleh Jihoon.

1437 / pjhWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu