bab 13

53 14 0
                                    

Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku
Fikiranku dipenuhi dengan jeritanmu...

Selamba dia menukar lirik lagu. Betullah, setiap kali dia dibayar, dia buat kerja dan mangsanya menjerit. Bukannya tersenyum.

Tangan sebelahnya mengangkat tubuh badan manusia yang tidak bergerak. Tangannya bergerak ke kiri dan ke kanan.

Darah menitik - nitik jatuh ke lantai. Dia menolak pintu besi itu. Dia memandang bilik itu yang gelap. Dah gelap kenalah pasang lampu baru boleh buat kerja.

Suis lampu ditekan, badan mauat diletakkan di atas meja besi. Segala alatan untuk memotong sudah tersedia di atas meja itu.

Badan mayat lelaki itu dibaringkan dengan elok. Mukanya hadap ke lampu, tangan diletakkan di kiri dan kanan, bagi muka kacaknya senang nak dilihat.

Muka aku lagi hensem.

Cleaver Knife diambil. Dia memandang pada pisau itu memastikan pisau itu tajam. Dah tajam apa lagi dia potonglah.

Leher dikerat dengan berhati - hati, takut - takutlah terpotong jari. Darah merecik terkena di apron plastik. Darah itu tidak diharaukan, dia masih teruskan memotong.

Selepas dia memotong dibahagian tangan dan kaki, dia mengambil bahagian kaki dan tangan untuk diletakkan di tepi.

Akhirnya bahagian organ. Pisau itu mula diletakkan di bahagian atas dada, kemudian ditekan lalu ditarik hingga ke hujung badan tersebut.

Darah mengalir keluar. Habis sahaja dia memotong kulit mayat itu, dia mengeluarkan organ dalamnnya. Usus ditariknya. Panjang dan besar. Kemudian paru - parunya... dan organ yang lain.

Apa dia mahu buat dengan organ semua itu?

Jual?

Sedekah dekat orang?

Oh semuanya tidak.

Carim meletakkan semua organ dalam plastik kemudian diletakkan lagi kedalam bekas khas. Untuk pastikan lagi organ itu dalam keadaan segar, dia meletakakn ais dalamnya.

Selesai urusannya, dia memanggil Fayyan. Mestilah lelaki ini akan membantunya untuk bersihkan tempat ini.

"Kau nak join aku makan sekali?"

"No" dia hanya ketawa. Siapa sahaja mahu memgikut dan temannya makan daging manusia ini?

Hanya dia seorang sahaja makan makanan manusia. "Have fun with your food" Fayyan sempat berkata sebelum Carim menutup pintu.

Lelaki itu bersiul lama dan gembira. Maklumlah dapat makanan.

"I nak you bunuh dia" dia menghirup air arak dalam cawan kecil sambil memberikan gambar poloraid.

Carim hanya melihat sahaja gambar itu. Sudah kenapa perempuan ini mencarinya untuk lelaki ini?

Muka sudan kacak, rupawan.
Kaya - raya.
Badan tak adalah sado kalau makan pun kenyanglah juga.

"Reason?"

Carim menghirup air jus epal dengan tenang. Jangan ingat dia kat club dia minum arak pula, dia dah siap - siap beli air just epal di luar untuk dibawa masuk.

Air haram dia tak minum, cuma kerja haram sahaja dia buat.

"Dia rogol I"

UHUKK!!

Tersedak Carim dibuatnya. Dia mengesat kesan air di bibirnya. Ini kali pertama dia dapat kes begini. Sebelum ini kes curang kali ini kes rogol?

"Kitaorang boyfriend girlfriend, but you know, i tak gila lagi nak bagi badan I kat lelaki, lagi - lagi bukan suamikan? I still ada maruah!"

Dia mendengus geram sambil menggenggam kuat cawan kaca itu bagaikan mahu campak sahaja cawan itu ke dinding.

"Tapi boleh dia bagi I minum ubat tidur!? Seriesly!? That all bullshit, bro! Dia rogol i tanpa kerelaan I! And now i mengandung lepas itu dia tak mahu tanggung!!"

Dia melepaskan amarah pada Carim. Lelaki itu pula hanya mendengar sahaja luahan perempuan itu.

"Anak itu kau nak gugurkan ke?"

Mata perempuan itu menajam seperti helang.

"Jahat - jahat I pun, I takkan bunuh orang yang tak pernah berdosa dengan I. Budak dalam rahim I ini tak layak kena bunuh punlah"

Carim garu kepalanya sebentar. Dia kata tak nak bunuh, tapi dia minum air arak?

"Dah itu, kau minum apa?"

"Ini? Ini jus anggur lah"

Carim tersenyum pahit. Dia minum jus anggur dalam cawan arak. Mana orang tak terfikir dia minum air arak. Air anggur pun hampir serupa dengan air arak.

"Tapi apa yang penting, tolonglah bunuh lelaki itu. You nak bakar ke apa ke lantaklah. But! Jangan bocorkan pasal ini"

Carim membuat muka menjengkalkan. Dia cakap macam dia ini tak boleh simpan rahsia. Kalau dia heboh, memang lehernya sudah dijerut dengan tali gantung.

"Lambat lagi" dia menjawab malas.






"Mangsa bernama Zhi Ruo dipercayai hilang pada malam kemarin. Mangsa dipercayai hilang selepas..."

Carim mendengar sahaja suara pembaca berita yang sedang menyampaikan berita di siaran televisyen TV32. Sambil dia mendengar tangannya gerak memasak daging di atas kuali.

Habis sahaja dia masak, apa lagi dia hidanglah untuk dimakan. Dia ada tiga biji rumah, rumah pertama didudukki oleh Aulia dengan dia. Rumah kedua yang tidaklah besar dan tidaklah kecil disedekahkan pada Julia.

Rumah ketiga iaitu rumah agam didiami oleh pembantu rumahnya. Rumah agam ini selalunya bila dia ada projek sahaja dia akan duduk.

Projek apakah itu? Projek nak simpan mayat, nak simpan stok makanan dia. Daging manusialah takkan daging haiwan.

Pembantu rumahnya bukanlah calang - calang. Mereka semua sudah dilatih dengan latihan untuk menembak, membunuh dan penyelidikkan.

Mahukan isteri gengster? Boleh membuat temu janji bersama Encik Carim Haidar.

Dia menikmati makanannya dengan gembira. Matanya melihat pada skrin televisyen itu. Terpapar drama korea yang bertajuk tale of the nine tale yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook dan barisan pelakon yang lain.

Drama yang penuh romantis!!

"Tuan mahu saya tuangkan lagi ke air?"

"Eh it's okay! Apa kata kau ajak yang lain makan sekali? Aku ada masak lebih" dia bertanya.

Perempuan yang lengkap berpakaian hitam dari kepalanya hingga ke kakinya hanya menunduk sedikit sebagai tanda hormat dan berjalan meninggalkan Carim.

Bibiknya istimewa.

Tak sampai 20 minit, pembantu rumahnya yang lain muncul. Semua berpakaian hitam kecuali seorang wanita yang tinggi 170 memakai pakaian putih. Itu menandanya dialah ketua pembantu rumah.

"Jemput makan semua"

"Terima kasih tuan" semua serentak berkata dan semua serentak menjamu makanan itu tanpa ada masalah. Tiada sesiapa tanya daging itu daging manusia atau haiwan.

Kerana mereka sudah tahu. Apabila tuannya muncul bermaknan hari itu mereka akan makan daging manusia.

Semua menikmati dengan berselera. Mata Carim tertumpu pada wanita yang berpakaian putih itu.

"Aurora, I need your help" dia berkata.

"Tuan nak saya bantu apa?"

"Ingat lagi Julia?" Aurora termenung sebentar sebelum menjawab. Otaknya cuma untuk mengingatinya kembali.

"Oh dia, perempuan yang saya jaga 6 bulan lepas kan?"

Carim tersenyum kecil lalu dia angguk menandakan benar.

"Lagi dua minggu saya kena hadir satu majlis. Tak tahulah majlis apa, mungkin majlis kematian. Saya nak you tolong Julia"

"Untuk makeup dan pakaian dia ke?" Carim anggukkan kepalanya.

"Baik tuan"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now