bab 2

123 16 1
                                    

"Apa status mayat itu?" Carim memandang orang ramai yang sedang memandang sesuatu di tepi sungai itu. Matanya tertarik pada seorang wanita yang dari atas sehingga bawah memakai tudung merah lembut dan berbaju kurung merah lembut.

Dia kelihatan cantik dan manis.

"Aku dah buat macam apa yang kau minta. Bagi pada buaya dan campak pada sungai" balas Fayyan.

"Buaya mana kau bagi?"

"Kau macam tak kenal aku, Carim" Fayyan membuat muka loya pada Carim. Memberikan soalan bodoh amat pantang baginya. Carim gelak kecil apabila melihat muka Fayyan yang loya itu.

Persoalannya, buaya mana dia bagi makan? Tak mungkin mereka membela buaya di tengah tengah bandar ini. Kalau bela buaya pasti pasukan JPAM, BOMBA, POLIS dapat aduan dari jiran - jiran tetangga. Mahu campak ke sungai? Tunggu 3 hari pun belum pasti buaya mahu muncul.

Maka jawapannya, buaya di zoo lah.

Mencuri masuk ke dalam sangkar buaya hanya ingin memberikan makan pada buaya zoo itu. Bukannya selalu. Rezeki buaya pada hari itu, buaya itu patut bersyukur kerana ada bidadara dari neraka memberikan makanan padanya.

Carim masih terpaku pada wanita itu. Dia sangat tertarik pada gadis itu kerana dia kenal. Siapa wanita itu? Amira Sofia. Wanita yang meminta untuk membunuh lelaki itu. Apabila melihat pakaian warna baju itu, dia sudah tahu apa maknanya.

Wanita itu gembira dengan kematian itu.

Sebab itu dia memakai baju merah.

Bijak sungguh wanita itu. Memberikan reaksi perasaannya dari segi pakaian warna. Wanita itu memandang ke arah jambatan itu dan memberikan senyuman. Carim membalasnya walaupun dia pasti wanita itu tidak dapat melihat biarpun sudah bermata empat.

"Macam mana kawannya, Fareesha?" Carim menyoal kembali. Kedua bahu Fayyan diangkat menandakan tidak tahu. Carim hanya angguk faham kemudian berjalan menuruni tangga jambatan itu.

Alahai. Kalaulah lelaki itu tidak curang dengan rakan baik Amira, pasti dia tidak menjadi mayat pada waktu malam. Sadis betul.

Bila seseorang memainkan perasaan kita,
Menganggap kepercayaan seseorang itu seperti sampah,
Patut dibalas mati pada orang itu.

Mereka layak.
Mereka tidak layak mendapat kepercayaan.
Hanya layak untuk mendapatkan kematian.

Carim bersiul kerana gembira melihat pelayannya sudah puas dengan kematian itu. Apabila pelayannya sudah gembira, dia pun ikut sama gembira.

Jadi.

Siapakah mangsa seterusnya?

"Carim, aku dapat mesej dari Encik Faizul" Carim menghentikan kakinya. Dia memandang pelik pada Fayyan. Sudah lama lelaki tua itu tidak berhubung dengannya. Kali terakhir dua tahun yang lepas.

"Dia minta untuk datang ke kilang terbiar di Petaling Jaya. Mereka percaya di situ menjadi markas pengedaran dadah dan pemerdagangan manusia"

Carim memandang Fayyan dengan pandangan maut. Pandangannya seperti mahu menikam matanya sehingga tembus. Carim amat pantang dengan perkataan 'pemerdagangan'.

Kerana dia pernah melalui kesengsaraan tersebut.

"Pemerdangan manusia? Apa yang mereka jual?"

"Kanak - kanak dan perempuan. Kanak - kanak diculik dan organ yang segar dijual. Perempuan pula dijadikan bahan nafsu pada pembeli. Paling banyak tempahan, kanak - kanak..."

"SIAL" Fayyan terlompat kecil apabila Carim melepaskan kata - kata kesat. Mukanya berubah beku, gigi diketap dan mukanya berkerut teruk. Dia sudah naik hantu. Habislah.

"Perempuan dan kanak - kanak yang lemah diperlakukan sebegitu? Bodohnya! Mereka tidak bersalah tapi diberikan seksaan sebegitu... mereka tak patut hidup..." Carim mula gigit kukunya dengan kuat. Matanya menjegil sahaja pada jalan tar itu. Fayyan hanya mengeluh.

"Malam ini kita gerak... jangan lupa panggil dia..." Carim menarik mukanya dna berjalan pergi meninggalkan Fayyan di belakang.

"Baik Carim..."







"Apa kau nak buat, sundal!" Lelaki gemuk cina pelahan - pelahan mengundur kebelakang sehingga jatuh kerana takut. Carim hanya pandang dengan pandangan maut, spanar ditangan digenggam kuat dan dihayun ke arah lelaki itu.

SPLASHHH!!

Darah merecik di lantai sehingga ke kasutnya. Matanya masih dalam tetapan maut. Dia memandang ke arah lelaki yang lain. Mereka sudah lunyai dipukul oleh Carim dan Fayyan. Kali ini Carim campak spanar ke tepi dan mengambil kapak. Fayyan sudah sedar perubahan Carim.

"Carim... dia bukan kita punya target. Jangan bunuh diaorang Carim... polis mahukan mereka" Fayyan menarik bahu Carim dengan kuat.

"Jangan halang aku, bangsat" Carim memberikan nada datar. Fayyan mengetap giginya dan cuba menghalang buat kali kedua tapi dihalang oleh seorang lelaki.

"Undur kebelakang Fay kalau tak mahu mati seperti lelaki cina ini" tangannya menolak dada Fayyan dengan pelahan.

"Jangan cederakan dia"

"Your wish is my command" Mikko  menoleh dengan senyuman. Dia berjalan untuk mendapatkan Carim. Kakinya terus belari laju kemudian tangannya dibuka besar. Terus dia menerkam muka Carim speerti harimau kumbang.

Apabila badan Carim sudah jatuh ke lantai kaki Mikko diletakkan di leher Carim kemudian ditekan. "Dude, duduk diam - diam" suaranya lembut sahaja. Mukanya menandang ke arah lelaki yang duduk berkomplok itu dengan air muka ketakutan.

"Mana budak - budak dengan perempuan yang kauorang culik?" Mikko menyoal. Salah seorang lelaki menunjuk ke arah pintu yang terletak di arah jam 12. Mikko hanya angguk secara tiba - tiba salah seoarang lelaki belari sambil membawa kayu panjang. Badan Mikko tidak dapat begerak kerana sedang mengunci tubuh badan Carim.

"Kau memang cari mati, jantan" Carim mengeluarkan tangannya kemudian cengkam kayu itu sehingga kukunya menumbusi dalam kayu itu. Kaget lelaki itu apabila melihat Carim yang sudah naik gila itu.

"Aku cuma mintak kau duduk diam - diam lelaki tak guna. Tapi kau sendiri mintak mati" Mikko mengeluh. Dia sudah tahu apa akan jadi padanya. Carim menjerit meminta dilepaskan tapi Mikko masih kekal meletakkan kakinya dibawah leher Carim dan kaki keduanya memijak tangan Carim dan tangan kanannya menekan tangan kanan Carim.

"Fay. Kau urus" Fayyan kembali muncul selepas dia berjaya melepaskan semua mangsa itu. Lelaki itu belari dan melepaskan gerakkan tendangan yang dinamakan slap kick. Tapak kaki akan diangkat hingga ke atas dan menampar muka lelaki itu.

Kesakitan : 100/10
Kelajuan : 1000/10

Gigi yang ada pada lelaki itu terpelanting keluar dari mulutnya akibat ditampar oleh Fayyan. Auch. Amat menyakitkan. Badan lelaki itu terhuyung - hayang kemudian jatuh.

"Macam mana dengan mangsa semua?"

"Mereka keadaan baik dan tiada kesan pukulan atau luka. Cuma... salah seoarang dari mereka... Carim amat kenal... dia dalam keadaan teruk, rasanya dalam keadaan trauma kalau lihat rupanya..." Carim mula meronta meminta dilepaskan kemudian Mikko melepaskannya.

"Siapa?" Carim menyoal sejurus dilepaskan. Fayyan menoleh ke tepi tidak mahu menjawab. Carim mendengus geram kemudian belari ke arah pintu itu. Dia menolak pintu itu dengan kuat.

Mukanya menoleh ke arah kiri dan kanan. Matanya memandang terkejut apabila dia berjaya menangkap muka itu.

"K... kau? Kenapa engkau..."

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now