𝒁𝒂𝒓𝒓𝒆𝒍'𝒔 // 𝟐𝟏

Começar do início
                                    

"Mengadalah kau ni Dayang, yang kau couple tu tak fikir haram!" celah Syu tiba-tiba datang entah dari arah mana

"Hahaha kena setepek member"

"Kau sama Dina 2 × 5. Semenjak bucin, kau lupa member sampai berabad. Bila nak keluar lagi? Kau jangan asyik berkepit macam belangkas dengan Zarrel je. Aku pun nak berkepit" rungut Syu

"Nilah masalah kita. Kau pun sama tak ada lebih, Kau pun couple kan" hashtag sekumpulan bff saling memberikan setepek kepada satu sama lain

"A-aku bercinta jarak jauh. Pakwe aku dekat Pahang"

"Itu Zina juga namanya kak. Kita semua sama, tegur satu sama lain tapi sama goblok. Bak kata orang Indo, kita tuh nggak ada perbedaannya"

"Ya, Dina" kata Syu dan Dayang serentak tapi Adam sekali lagi mencelah

"Chop! Aku berbeza, aku tak bercinta dengan bucin macam korang"

"Senyap Adam! 2×5!" lagi sekali Dina, Syu dan Dayang berkata serentak. Mana Azi? Azi dah dipindahkan sekolah ke sekolah khas, ibu bapanya dah mengetahui anaknya ada masalah mental

(Btw, sorry Azi. Bukan apa aku nak matikan watak kau. Sebab dalam real life ada orang request dekat aku)

Tiba-tiba Zarrel dan Reyhan terpandang satu sama lain, Zarrel terus mengingatkan momen dimana hubungan persahabatan yang kuat antara Zarrel dan Reyhan. Tipulah kalau diorang tak ada rasa sayang sikit pun dekat satu sama lain. Bukan 7 bulan persahabatan diorang, tapi 7 tahun. Sebab ego, semuanya hancur sekelip mata

(Cakap pasal sayang antara Zarrel dan Reyhan, jangan over thinking pasal GAY pula. Kasih sayang sebagai sahabat ya. Bukan benda lain)

╭──────༺➴♡➶༻──────╮
- 𝑍𝑎𝑟𝑟𝑒𝑙 𝐷𝑎𝑛𝑖𝑒𝑙 -
╰──────༺➴♡➶༻──────╯

"Awak, awak tahu tak harini hari apa?" tanya Dina dengan mata yang berbinar

"Jumaat. Kenapa?" jawab Zarrel dengan dingin kerana dia sibuk membuka helmet di kepala Dina. Mereka baru sahaja sampai di sekolah dan ingin masuk ke sekolah

"Awak cuba fikir lagi, harini berapa haribulan?"

"Hari ni hari terakhir percubaan SPM. Harini 28 Jun. Kenapa?"

"Tak ada apalah! Ish!" merengek Dina dibuatnya dan melipatkan tangannya di dada, Zarrel tahu harini adalah genap hari Dina berumur 17 tahun. Dah meningkat umur Dina, tapi makin manja dengannya. Zarrel saja nak bersikap biasa. Suprise katanya. Dia berkomplot dengan kawan-kawan Dina yang lain

Semua dah tahu yang Zarrel dan Reyhan dah tak berkawan. Tapi diorang tak tahu punca dia apa. Dina pun tak berniat untuk bertanya sebab dia tahu Zarrel tak akan berniat nak berkongsi cerita dengannya

"Dah turun sayang sampai bila nak duduk dekat sini? Dah nak hujan sekarang ni" Dina be like. Pagi-pagi dah nak hujan! Nak tak nak Dina turun juga dari motor Zarrel dan berjalan mendahului Zarrel

"Comel lah..." ucap Zarrel dari belakang Dina

Dina masuk ke dalam kelas tanpa ada seorang pun yang mengucapkan perkataan Selamat Hari Jadi. Kecewa betul hatinya. Tak ada siapa pun mengingatinya, Syu, Adam, Dayang sama je. Nyanyuk mengalahkan nenek tua

"Aku memang senang dilupakan. Bff aku pun tak ingat hari birthday aku. Harini, Jefrey seorang je dah wish"

Dengan mata yang berkaca-kaca, Dina melihat ke luar jendela. Air matanya jatuh membasahi pipi. Setelah itu, dia meletakkan kepalanya dia atas meje. Dia menangis tanpa suara

Syu, Adam, Zarrel, Dayang dan Ameer berkumpul di satu meja di hujung belakang. Syu berbisik kepada mereka

"Tak rasa macam kejam sangat ke kita buat macam ni? Kesian aku tengok Dina tu"

"Dah nama pun kejutan, memanglah. Kalau tak nanti tak menjadi"

"Entah, betul cakap Adam"

"Nanti, waktu aku dan Dina balik. Aku nak Syu suruh mama dan papa Dina pegang kek tu. Syu pula pegang pisau pemotong. Adam, aku nak kau luangkan kuat-kuat Happy Birthday waktu aku dan Dina masuk dalam rumah"

"Okey" Syu dan Adam menyahut

"Aku, Ameer dengan abang Heykal buat apa?"

"Buat bodoh, mestilah korang ada tugas. Dayang, aku nak kau meletupkan belon. Ameer, kau taburkan blink-blink besar warna-warni. Make sure tak kena kek"

"Tugas Heykal pula, dia bertugas bahagian lampu kelip-kelip dan lampu utama ruang tamu. Nanti ada Jefrey dan Vina. Kita buat majlis yang tak banyak tetamu"

"Siapa Vina dan Jefrey?" tanya Syu

"Vina girlfriend Heykal. Jefrey pula abang sepupu Dina. Vina datang dari Sarawak, baru couple dula bulan dengan Heykal. Dia datang bukan semata-mata nak jumpa Heykal, tapi untuk kerja. Jefrey dia datang ke Malaysia untuk belajar"

"Melepas aku dengan abang Dina"

"Syu! Aku bagi tahu pakwe kau" tegur Adam

"Dahlah, ingat jangan rosakkan rancangan kita. Ingat tugas masing-masing. Dan sembunyi sampailah aku dan Dina masuk dalam rumah. Lepas kitorang masuk cepat keluar dan jalankan tugas masing-masing. Faham?"

"Faham"

"Okey bersurai" mereka semua pun bersurai dan kembali ke tempat masing-masing

To Be Continued

Kalau suprise tu muncul betul dalam real life kan best -_-. Lagi² buat dengan orang tersayang. Saya double up sebab saya dapat ramalkan yang saya macam akan lama tak up dalam masa yang akan datang

[𝐂]-𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐎𝐅 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄Onde histórias criam vida. Descubra agora