Bab 13

150 18 4
                                    

Raisha tak lepas tengok Cristy mendemah kepala dan kaki Dez dengan tuala basah. Dalam diam, Cristy caring jugak dekat Dez.

"Tak nak buat dekat abdomen ke?" Usik Raisha.

Senyumnya nakal sekali saat muka cantik Cristy telah berubah warna.

"Tak naklah, malu."

Entah kenapa, mukanya terasa sangat panas. Tak betah rasanya andai terusan diusik begini.

"Kenapa tak nak? Tubuh seksi tu, bukan selalu dapat rezeki tengok benda macam ni kan? Dez bukannya sedar pun." Alis diangkat gaya menyakat.

"Ish! Sudahlah! Tak naklah!" Spontan bantal ada depan mata dilempar pada  Raisha. Berlari anak perempuan itu keluar dari kamar.

"Ish! Menyakitkan hati!"

Sangkaannya Raisha dah hilang, namun kepala terjulur sedikit di sebalik pintu.

"Hati-hati, jangan jatuh hati...."

"Shhh....Ica!"

Tak sempat serang, pintu telah ditutup. Nafas ditarik panjang dan perlahan dilepasnya. Punggung dilabuh semula di birai katil. Raut wajah kacak Dez ditatap tidak jemu.

"Babydoll... babydol..." Racau Dez menyeru nama kekasih hatinya.

"I know this girl her name is Cristy." Cristy telan air liur payah. Debaran muncul tika namanya diseru.

"She's my everything."

Cristy tak terkata. Kelopak matanya juga tidak bergerak, terkejut sangat-sangat. Bukankah itu namanya?

"Being away from her only makes me want her back," Dez ketawa sayu.

"I know, i hurt Ris a lot...." Suara itu bertukar nada. Sedih, teramat sedih.

"But....it wasn’t intentional."

Dez menggeleng.

"It was accidental..."

Jeda,

"It wasn’t purposeful...."

Dahi itu dah mula berkerut seribu. Tak faham langsung apa yang cuba disampaikan lelaki itu.

Tok! Tok! Tok!

"Ris...." Raisha juih bibir pada bawah tangga.

"Firdaus nak jumpa kau, aku dah halau dia keluar tapi dia keras kepala tak nak balik selagi tak jumpa kau." Cristy angguk.

Langkahnya dihayun keluar dari bilik turun ke tingkat bawah. Kelihatan tubuh kurus kering Firdaus membelakangi dirinya.

"You buat apa dekat sini?" Kedua tangannya disilang pada dada.

"Kita tak putus kan?" Tanpa malu Firdaus mengujar ayat itu.

"You dah gila ke? You jugak yang cakap kita dua dah tak ada apa-apa kan? Kenapa sekarang nak get back balik? You ada otak ke tak sebenarnya?"

Firdaus gempal penumbuk. Amarahnya terjentik begitu saja. Mukanya juga dah naik merah menyala kerana terlalu marah.

"I minta maaf, i tak ada niat langsung nak putuskan hubungan kita berdua."

"Alasan!" Lantang suara Cristy. Betul-betul marah pada Firdaus.

"Ris...." Tangan Cristy dipegangnya.

"Apa pegang-pegang ni?" Kasar tangan Firdaus direntapnya.

"You please...."

"Get out of my house!"

The Dez (COMPLETE) ✅Where stories live. Discover now