Terdiam, bibir Heeso kelu untuk berbicara. Memandang Haechan yang kini memandang hadapan, menyaksikan helikopter besar berlabuh dihadapan mereka.

Angin mulai melintang akibat arus kuat dihasilkan kipas helikopter. Mata masing-masing mengecil sebaiknya, mengelak daripada pusaran pasir masuk kedalam kornea mata.

Dan Heeso juga tidak kurang dengan itu.

Memerhatikan kelibat beberapa sosok tubuh beberapa pegawai yang menapak kearah mereka. Para askar itu sudah lama berada disini, lebih awal daripada para doktor.

Dan tugas mereka menjemput para doktor ke kawasan perumahan Uruk.

Dan sosok tubuh yang mendahului mereka, menapak paling hadapan, meraih perhatian Heeso.

Matanya mengecil, cuba melihat sebelum pantas dia memejam kerana angin yang membawa pasir dan debu kecil memburu masuk kedalam matanya.

Segera si gadis menggosok matanya, dengan rakus.

Ah pasti matanya akan merah.

" Eh telefon saya! " Teriak salah seorang doktor, cuba membongkok meraih telefonnya yang terjatuh, sebelum salah satu tangannya tanpa sengaja menyiku Heeso yang masih menggosok mata.

BUK!

" ARGH! "

Heeso memejam matanya, kuat. Kerana hilang keseimbangan, tubuhnya jatuh. Dia menanti sebarang rasa sakit menghempap diri, nyatanya tiada.

Bahkan, nafas panas yang dia rasakan.

Bukan angin yang dicetuskan helikopter.

Bukan juga angin panas cuaca.

Ini seperti angin panas nafas seseorang.

" Awak tak jatuh. Boleh bukak mata. "

Dan suara itu...

Menyentak Heeso. Sebelum dia menyedari kini tubuhnya berada dalam pangkuan seseorang. Tubuhnya didakap sebelum jatuh.

" Si--siapa.. "

" Miss you, angel. "

Mata Heeso membulat. Bibirnya bergetar.

Lelaki ini...

" Ji--Jihoon... "

--------------------------

" Beria lah kau. "

" Beria? Hello, siapa yang kena sambut tadi? Kena dakap siot. Kalau camtu, aku pun tak ada. " Jeling Eunjeong, mengundang tawa Heeso.

Mereka kini sudah pun dibawa ke kawasan perumahan Uruk, dan sedang mengemas baju. Suasana agak panas, tidak sesejuk di Korea.

Namun mereka bersyukur kerana masih diberikan tempat tinggal.

Eunjeong, Heeso dan Surin tinggal dalam satu rumah, manakala dirumah sebelah, Haechan dan Jaechan menghuni bersama para askar.

" Itu ke Captain Jihoon? Yang minat kat Heeso? " Sengih Surin, sambil melipat baju. Heeso pantas menggeleng.

" Taklah! Jihoon dengan Doktor Hyunjoo.. "

" Perempuan tu sebenarnya perampas! Sejak dia datang, huru hara hidup Heeso. " Balas Eunjeong. Surin tertawa.

" Jihoon nak Heeso je kan? "

" Kak Surin! " Jeling Heeso. Surin tersenyum manis.

" Haechan pun nak Heeso, kak. Tapi tulah sahabat kita ni, jual mahal. "

" Haechan pun sukakan Heeso? " Soal Surin, menghampiri para gadis yang sedang melipat baju diatas katil.

" Taklah, kak. Cuba dia kata dia berminat nak kenal dengan Heeso. "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now