"Ikut kami ke balai"

.

.

.

"Luth tak buat apa-apa dekat Maya, tolong lah faham!"

Aku hanya menunduk, aku tahu perasaan Tengku Darren saat ini. Bahkan aku sangat simpati dengan keadaan dia, dituduh percubaan merogol aku sedangkan dia lah yang selamatkan aku dari Rayyan

Tahap benci aku kepada Rayyan semakin membuak-buak, sanggup dia cuba untuk perkosa aku? Sanggup dia buat aku macam ni? Apa motif dia panggil JAIS? Untuk tangkap khalwat dengan aku, supaya aku kahwin dengan dia? Macam tu?

Di hadapan aku sekarang ni, Dato' Megat yang sedang bercekak pinggang sambil merenung tepat pada anak sulongnya itu. Jelas itu renungan maut, disebelah kiri pula ada Luthfy yang dari tadi diam membisu tanpa kata manakala disebelah kanan aku ada Tengku Darren yang sedang membela dirinya

Aku?

Hanya menunduk, menahan air mata dari mengalir sekali lagi

"Apa maksud kamu tak buat apa-apa? Luth tahu tak hampir pitam daddy bila dapat panggilan dari JAIS yang kamu kena tangkap basah? Mereka bagitahu yang Luth dengan Maya sedang berpelukan, betul ke?!" Suara Dato' Megat bergema didalam ruangan rumah ini, aku menggigit bawah bibir

Tengku Darren yang tadi berdiri, kini duduk diatas sofa yang empuk itu. Dia meraup wajahnya, jelas wajah lelaki itu kelihatan serabut. Terbit rasa bersalah dalam diri aku

Hanya sebab aku, dia terpaksa tanggung masalah ni. Kau memang pembawa malang, Maya Darena!

"Jawab Luthfan Darren, kenapa kamu diam? Betul kan apa yang daddy cakap tadi?" Gesa Dato' Megat, aku kerling Tengku Darren yang tersenyum

Senyuman sinis.

"Is it really hard to trust your own daughter? Untuk apa Luth jawab soalan daddy kalau daddy sendiri tak mahu percayakan Luth?" Suara Tengku Darren mulai kedengaran pasrah, ya Allah berdosakah aku? Kalau aku tak peluk dia tadi, ini semua tak akan berlaku

Mata Dato' Megat kini beralih kepada aku, dia mengeluh perlahan. "Macam mana Maya dengan Luthfan boleh ada dekat situ? Maya tahu tak yang dekat kawasan tu, ada ramai penagih dadah, ada ramai perogol dan ada ramai banduan?" Dato' Megat menyoal aku, namun nadanya mulai kendur

Aku menggeleng kepala.

"Maya tak tahu, tadi bila pulang daripada kolej. Yana yang hantarkan Maya, lepas tu tiba-tiba ada orang pengsankan Maya. Bila Maya sedar, Maya ada dekat situ.." Aku mengetap bibir, menahan esakan daripada keluar

"Bila awak sedar, siapa yang ada dengan awak masa tu?" Akhirnya Luthfy bersuara

Bibir seolah-olah tak mampu untuk berkata, secara tiba-tiba tangisan aku semakin kuat. Aku trauma dengan lelaki itu! Aku benci dengan Luqman Rayyan!

Dato' Megat dan Luthfy tergamam, serta merta Tengku Darren menyuruh seorang pembantu untuk membawa aku ke tingkat atas.

"Saya minta maaf, Maya" Ujar Luthfy, mungkin serba salah kerana membuat aku menangis. Tapi aku bukan menangis sebab dia, aku menangis sebab terlampau benci pada Rayyan!

"Luth perlu bertanggungjawab, kahwin dengan Maya." Walaupun suara Dato' Megat perlahan, aku masih lagi boleh dengar dengan jelas apa yang lelaki itu katakan

****

Air yang membasahi tubuh itu langsung tidak dapat menyejukkan hati aku, badan disandar ke dinding lalu membiarkan air mengalir keseluruh tubuh. Kenapa semua ini berlaku, Ya Allah?

Kenapa disaat aku di uji dengan satu ujian, pasti akan ada lagi ujian yang lain? Kenapa hanya aku, yang di uji seorang diri? Disaat orang lain di uji, mereka ada keluarga dan orang tercinta yang memberi sokongan kepada mereka

Tapi aku?

Hanya aku sendiri, tiada sesiapa disini yang memberikan sokongan pada aku. Air mata yang mengalir semakin lebat, sama lebat seperti pancutan air itu. Aku meraup wajah berkali-kali, merasa sangat kesal dengan apa yang berlaku tadi

Apa dosa aku pada kau, Rayyan?

Kenapa kau buat aku macam ni?

Ingin saja aku berteriak dihadapan wajah jijik Rayyan, hanya disebabkan dia semuanya menjadi kucar-kacir.

"Luth perlu bertanggungjawab, kahwin dengan Maya"

Kata-kata Dato' Megat kembali terngiang di fikiran aku, benarkah aku perlu kahwin dengan Tengku Darren? Dengan cara yang begini?

Mama..

Maya perlukan mama sekarang ni..

Maya tak kuat untuk hadap semua ni lagi..

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 25/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now