Telinga aku mendengar siulan yang memenuhi segenap ruangan bangunan, aku teguk liur bila badan aku melekat di dinding. Tiada lagi tempat untuk aku bersembunyi

"Do you miss me, sayang?" Rayyan menyoal dengan sangat romantik, aku ketawa sinis. Ingin menutup rasa gentar yang mula menguasai diri

"Rindu? Untuk apa aku rindukan lelaki tak guna macam kau ni?" Penuh sinis aku berkata membuatkan Rayyan ketawa, penuh menjengkelkan

Gila!

"Kenapa awak garang sangat dengan saya, sayang? Apa salah saya?" Rayyan menyoal, nadanya berubah menjadi lirih. Aku terus memicit dahi, masih lagi pening kerana ubat tadi

"Bayangan kau dengan Syasya.. akan sentiasa ada didalam memori aku, kau tipu aku, kau curang dengan aku dan kau bodohkan aku. Lepas tu, boleh lagi kau tanya aku. Apa salah kau?" Aku membidas, mamat ni dah amnesia ke?

"Tapi kita masih boleh bincang, kenapa awak langsung tak bagi saya peluang?" Rayyan masih lagi dengan drama nya itu, aku ukir senyuman sinis

Mamat ni nak aku cakap bahasa apa lagi? Tamil? Mandarin? Jawa? Thailand? Nampak gayanya dia tak faham Melayu, aku memang perlu cakap bahasa lain mungkin!

"Luqman Rayyan, dengar sini. Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi, hati aku dah cukup terluka dengan luka yang kau bagi. Jadi untuk apa? Untuk apa aku bagi kau peluang, kalau kau langsung tak berubah?"

Rayyan meraup wajahnya kasar, dia makin mendekati aku.

"Kahwin, kita kahwin. Saya janji yang saya akan jaga awak, saya tak akan curang lagi dengan awak sayang. Saya janji" Bersungguh sungguh lelaki itu berkata, aku mengatup mata beberapa saat

Menggali udara, tadi Tengku Darren yang nak kahwin dengan aku. Sekarang Rayyan pula, ya Allah dugaan betul

"Aku tak akan kahwin dengan kau, aku tak akan bercinta dengan kau dan aku tak akan pernah jadi milik kau. Faham tak?!" Tinggi suara aku berkata membuatkan riak wajah lelaki itu berubah, dapat aku lihat urat hijau yang mula timbul dileher lelaki itu

"Kenapa susah sangat untuk kau buka hati kau untuk aku?!" Tersentak aku bila Rayyan tiba-tiba menjerkah, dia merapatkan tubuh dengan aku membuatkan aku terkurung dalam perangkap badannya

"Kau tolak aku hidup-hidup, hanya sebab lelaki tak guna tu kan? Luthfan Darren, lelaki yang konon-kononnya suci tu? Sebab dia kan?!" Semakin tinggi suara lelaki itu, air mata mula bergenang membuatkan aku mengetap bibir

Menahan esakan, jangan menangis Maya! Jangan tunjuk yang kau lemah depan lelaki ini!

"Bila aku tanya, jawablah!" Sekali lagi lelaki itu menjerkah, perlahan-lahan aku menggeleng kepala

"Bu.. bukan!" Jawabku perlahan, Rayyan tersenyum manis. Jelas wajah lelaki itu kelihatan kacak, dia mendekatkan bibir ke telinga aku membuatkan aku menjauhkan kepala. Mengelak dari bibirnya yang jijik itu

"Kenapa awak menangis, sayang? Saya tak buat apa-apa pun, kan?" Dia menyoal dengan lembut, tangan kanannya naik mengusap pipi aku membuatkan aku menepis kasar

Rayyan tersenyum sinis, mungkin geram dengan tindakan aku. "Selama ni aku sabar dengan kau, Maya. Tapi kenapa bila aku cuba untuk pikat hati kau balik, kau tolak? Kau tolak aku mentah-mentah, malahan kau bagi peluang pada lelaki tak guna tu!" Sekali lagi lelaki itu naik angin, aku perhati sekeliling. Berharap ada sesiapa yang boleh membantu aku

Ya Allah, bantu aku!

Perlahan-lahan bibir lelaki itu mendekati bibir aku membuatkan aku menolah badannya dengan kuat hingga dia terundur ke belakang. "Don't you dare to touch me, Rayyan!" Aku memberi amaran, dada berombak laju apabila lelaki itu ketawa.

Memang sah, lelaki ini ada masalah mental!

"Kenapa aku tak boleh sentuh kau? Kenapa lelaki tu boleh? Dia cium bibir kau, Maya!" Tengking lelaki itu, aku mengatup mata. Dugaan apa lagi yang aku perlu hadap ni, Ya Allah

"Aku nak balik" Ujarku tanpa mempedulikan lelaki itu, baru saja aku ingin berlalu. Rayyan menyambar lengan aku membuatkan aku terdorong kedalam dakapannya, dia meletakkan kepala diatas bahu aku lalu dia menyandarkan kepalanya dileher aku. Tangannya memeluk erat badan aku. Aku meronta-ronta kerana geli

"I'm sorry sayang, saya tak berniat untuk tengking awak"

Aku cuba untuk merungkai pelukan lelaki itu, ya Allah gelinya! Selama aku hidup, aku tak pernah dipeluk, disentuh ataupun dicium oleh mana-mana lelaki! Kecuali adegan Tengku Darren dukung aku tempoh hari, ya Allah maafkan aku ya Allah

Semakin aku cuba rungai, semakin Rayyan memperketatkan pelukan.

"Lepas!" Aku memberi peringatan, kaki sudah bersiap sedia untuk menendang apa yang patut

"Saya tak akan lepaskan awak selagi awak belum bersetuju untuk kahwin dengan saya!"

Tiga... Dua... Satu!

"Arghh!" Rayyan menjerit kuat apabila aku menendang alat sulitnya, serta merta lelaki itu melepaskan aku. Inilah masanya untuk aku melarikan diri, kaki pantas berlari kearah cahaya. Aku tak tahu mana jalan keluar dari bangunan ni

Aku hanya melangkah, tubuh sudah lemah namun aku tetap berlari. Aku perlu keluar dari bangunan yang gelap ni!

Mama, tolong Maya!

Dari jauh, aku mendengar tawa Rayyan yang bergema. Sungguh menjengkelkan, aku buntu. Mata memerhati kawasan sekeliling, mata aku tertatap pada satu lubang yang menembusi cahaya. Kaki pantas melangkah kearah cahaya itu, nasib berpihak pada aku. Ada lubang yang besar untuk keluar dari bangunan itu, namun aku perlu merangkak!

"Sayang.." Suara lelaki itu mula kedengaran lagi, aku menunduk. Perlahan-lahan aku merangkak untuk keluar dari bangunan ini, namun membulat anak mata aku bila kaki kanan aku ditarik dengan kasar dari belakang

Dapat aku lihat wajah Rayyan yang sedang bengang dengan aku, dia menarik tudung aku hingga rambut aku terjuntai lalu  tangannya naik mencekik aku membuatkan aku sukar untuk bernafas. Badan aku terbaring diatas lantai lalu Rayyan naik menindih badan aku. Tangan menepuk-nepuk tangan Rayyan apabila nafas aku mulai berkurang

"Erkk.."

Rayyan semakin menekan leher aku, tangan mencapai satu cebisan bata yang tajam lalu dihempas kuat di kepala Rayyan

DUSH!

Bata itu berkecai, Rayyan melepaskan aku. Dapat aku lihat ada cairan merah yang keluar dari kepala lelaki itu

Baru saja Rayyan ingin menerkam aku, pantas aku berpusing dan bangun dari duduk. Aku terus masuk kedalam lubang tersebut. Akhirnya aku berjaya untuk keluar!

Kawasan sekeliling dikerling, gelap! Hanya ada satu lampu yang menerangi kawasan itu

"Mana kau nak lari, sayang?!" Apabila suara itu semakin dekat, aku mula melangkah pergi meninggalkan kawasan tersebut

Ke mana aku harus pergi?

Aku pun tak pasti, aku hanya berharap Allah membantu aku sekarang ini. Seketika aku menyentuh bahagian kepala, ya Allah tudung aku! Argh! Apa aku patut buat sekarang?

DUSH!

Aku terlanggar seseorang membuatkan aku terduduk diatas jalan, serta merta dahi berkerut menahan perit.

"What are you doing here, young lady?"

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 23/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now