1. Sekolah

26 0 0
                                    

Pagi jam 6 pagi terlihat seorang perempuan yang baru bangun dari tidur. Dia Erina. Erina adalah seorang perempuan yang baik, menghormati kedua ibu bapa, tidak teralu pandai dalam pelajaran, apatah lagi dalam percintaan.. Erina biasa biasa saja. Hari ini Isnin. Erina akan didaftarkan ke sekolah Vokasional. Bapa saudaranya Pakcik Hisham merekomendasi sekolah vokasional untul melanjutkan pelajaran ke bidang kejuruteraan. Awalnya Erina biasa biasa saja. Dan menerima ke sekolah tersebut asalkan sekolahnya baik dan Erina membuat prinsip untuk tidak lagi ke sekolah yang lama. Dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Erina POV

"Alhamdulillah. Finally, hari ni aku daftar sekolah baru. Tak sabar nak tengok suasana sekolah dan ada kawan2 baru dari pelbagai negeri" sambil melipat baju dan masukkan ke dalam bagasi . Kerana di sekolah baru nanti , Erina akan tinggal di asrama. Walaupun jarak sekolah dari rumah Erina hanya 20 minit sahaja. Erina berprinsip untuk berdikari walaupun usia 16 tahun. Tetap saja Erina nak tinggal di asrama. Aku pergi ke dapur untuk sarapan dengan mama dan abah. Aku mempunyai dua kakak. Kakak yang pertama sudah berkahwin dan kakak kedua belajar ijazah sarjana muda di Kuala Lumpur.

Aku tengok hanya ada mee goreng dan telur di meja makan. Mama masak sedap sangat dan selera aku bertambah bila teringat sekejap lagi aku akan ke sekolah baru. Hehe terkekeh aku sorang sorang. "Kenapa gelak? Apa yang lawak sangat?" Mama bertanya padaku. " Nothing ma. Ma, kak eliza and kak elisa tak balik ka nanti birthday erina? " Tanya ku kerana lagi satu bulan ulang tahun kelahiranku. Seperti biasa, aku akan mengadakan party . Tapi cuma keluarga sahaja. Itu pun hanya makan di restoran mewah. " Entah lah adik, mama call mereka nanti ok. Tapi yang pasti kita akan celebrate. Dont worry sayang" mama bagi respon yang baik. So aku okay saja.

Tiba-tiba abah bercakap "Jom, lewat dah ni. Daftar pukul 9 kan". Aku langsung tengok jam dinding pukul 8. Aku gelabah makan sampai terbatuk2. Dah jom gerak ke sekolah baru. Yay, batinku..

Setibanya di sekolah. Terlihat ramai sekali orang. Guru dan pelajar dan juga pembantu sekolah. Semangatnya aku berada di sekolah ini . Nama sekolah ini ada lah Sekolah Menengah Vokasional Bunga Megah. Sekolah yang penuh dengan pelajar lelaki berbanding dengan pelajar perempuan. Oleh kerana, kejuruteraan. Ya, dan aku juga telah daftar kursus kejuruteraan iaitu Elektrik dan Elektronik. Semasa daftar, terlihat kedua ibu bapaku sangat sibuk dengan soal pendaftaran. Lalu, mataku melihat sekeliling. Dan bersapa dengan pelajar lain. Tentunya dengan perempuan. Bukan lelaki, kerana aku seorang yang pemalu.

Setelah selesai daftar. Kini giliran pembahagian kelas mengikut prestasi. Aku juga dikategori pelajar yang tak pandai dan juga tak bodoh. Tetapi pada tingkatan 4 ini. Mereka agihkan kepada jurusan kursus yang di ambil. Aku masuk di kelas, fan aku lihat hanya ada 4 perempuan termasuk aku. Dan kami terpaksa duduk di bangku hadapan. Kerana lagi 20 orang pelajar lelaki yang sangatlah bising sudah copkan tempat mereka. Awalnya semua okay dan biasa saja. Aku sangat bahagia dapat duduk di kelas ni. Kawanku sekelas bernama Dina, misha dan wani. Aku sangat kagum dengan mereka . Dina perwatakan cantik, pandai . Misha pula baik dan lemah lembut. Ayu gituu. Dan wani? Dia paling cantik di kelas ini. Banyak pelajar lelaki yang minat dengan dia dan jadi fansnya. Wani bukan sahaja cantik, tapi dia juga baik.

Setelah 2 jam perkenalkan diri. Jam loceng bunyi. Tandanya waktu rehat. Aku yang sangat lapar , terus melompat riang.kami berempat pergi ke kantin. Dan membeli nasi ayam dan air sirap untuk makan. Kami sembang layaknya perkenalkan diri, tempat tinggal dan sebagainya. Maklom lah hari pertama kan. Pasti banyak dikongsikan.

"Erina, nak aku panggil kau apa? Erin? Ina? " Kata Dina. "Suka hati kau lah nak panggil apa pon. Jangan monyet sudah. Hahahahah" ketawa aku . Tiba-tiba Wani menyengol lengan ku..sambil melihat aku. "Erina, kau tengok kat hujung dinding . Ada mamat dok tengok kau dari tadi aku perati ja". Aku pun ikut mata wani tengok ke arah hujung dinding tersebut. Terlihat seorang lelaki. Pelajar juga. Mungkin jurusan lain tapi entahlah. Aku tak kisah sangat. "Dia tengok kau wani. Kau kan cantik. Mesti dia fans kau. Tak pon nak mengorat kau" Nafi aku. Aku pun malas ambil pusing sebab ni hari pertama. Aku malas nak fikir soal yang remeh.

Shafiq POV

First day sekolah. Sekarang aku dah Tingkatan 5. Tahun depan, aku dah habis sekolah dan boleh kerja atau sambung belajar diploma. Entah lah, benci aku study. Aku tengok ramai junior daftar diri . Dalam 20 orang perempuan yang ada. Terasa diri ni nak sangat bercinta tapi semua tak kena dengan hati. Semua tak sependapat dengan aku. Kawan kawan aku yang terlebih geng aku Wan dan Ijoy. Mereka sangat setia dengan aku. Mestilah setia sebab aku yang selalu suap. Siapa lagi nak bagi duit kat mereka, kalau bukan aku. Mungkin balaci aku. Entahlah .

Aku dahaga sangat dan aku meluat dengan Cikgu Kasim ni. Dah kenapa ajar beda yang tak berguna di masa hadapan. Bodoh. Aku dengan bangganya keluar dari kelas. Tak hiraukan si tua itu memanggil nama aku. Terus aku ke kantin. Aku tengok ramai sangat orang di kantin. Rupanya jam waktu rehat junior. Kisah pulak aku. Yang penting aku dahaga sangat. Aku pun beli mineral water dan keluar dari kantin. Sedang temgah minum. Dari jauh aku melihat cahaya. Aku tak pasti cahaya apa tapi yang pasti seseorang yang cantik tengah makan sambil senyum dan beramah mesra dengan kawan2nya. Jantung aku tiba2 dup dap dup dap. Aku pun terpaku melihat dan aku pasti dia pun melihat aku . Tapi selepas 3 saat dia buang pandang. Ya Allah, ini kah cinta pertama. Terasa geli pulak perut aku. Sebab sepanjang 17 tahun. Aku sama sekali tak pernah bercinta. Tiada siapa melarang. Hanya aku sahaja yang pelik. Sebab aku rasa tak berguna bila sangkut paut dengan perempuan. Sebelum, aku balik ke kelas hadap si tua cikgu kasim tu. Aku kembali toleh melihat angel.. " she's mine".

Salam semua hello uoolsss
Macam mana story?. Ni 1st story . Hope semua suka ya. Komen n like okay. Tq muah❤️

ERINA Where stories live. Discover now