Kenapa hidup aku tak seceria kehidupan orang lain? Kenapa keluarga orang lain lengkap? Seolah-olah langsung tiada duka yang mereka tanggung? Kenapa hanya aku.. yang bersendirian disini tanpa keluarga disisi?

Tak semena-mena air mata aku mengalir membasahi pipi, dada merasa sesak, hati aku sakit ya Allah. Sungguh aku hanya insan biasa, bukan seperti kekasih Mu iaitu Rasulullah S.A.W yang selalu berada disisi Mu

Terkadang aku cemburu, dengan mereka yang ketawa bersama ahli keluarga.

"Haih.." Aku mengeluh berat, air mata diseka dengan kasar. Ingin menepis rasa ini, hampir sepuluh tahun aku bersendirian, tanpa mama, tanpa papa dan tanpa sesiapa. Sepatutnya aku dah kuat untuk hadap semua ni, tapi kenapa..

Kenapa aku masih lagi lemah disini?

"Astagfirullahaladzim" Cepat-cepat aku beristighfar, sungguh lemah iman mu Maya Darena. Orang lain pun di uji juga, tapi tiada pula mereka mengeluh macam kau sekarang ni

Aku melontarkan pandangan pada pemandangan dihadapan, ada sebatang pohon besar yang berada disebelah kiri. Bibir tersenyum saat melihat ada buaian yang tergantung dipokok itu, seronoknya kalau boleh pergi naik buaian tu kan? Dah lama tak main buaian, seingat aku. Kali terakhir aku main buaian tu

Sewaktu mama masih ada.

Baru aku perasan, dihadapan pokok itu ada tasik yang airnya mengalir. Nampak jernih, sekali lagi hati aku merasa teruja. Mesti tenang kan kalau pergi dekat situ?

TOK! TOK! TOK!

Aku menoleh pada gerangan yang mengetuk pintu bilik, kelihatan tombol pintu itu dipulas oleh seseorang daripada luar. Kelihatan wajah Tengku Darren disebalik pintu, bibirnya mengukir senyuman pada aku

Lelaki itu melangkah setapak demi setapak mendekati aku yang berada di koridor, dia turut melontarkan pandangan kehadapan. Entah bila dia balik aku pun tak tahu, walhal sekarang ni masih awal. Malas pula mahu bertanya

"Tenangkan?" Suara husky itu menyapa di gegendang telinga, aku tersenyum nipis

"Tenang sangat. Lagi-lagi kalau dapat pergi dekat tasik tu, lepas tu duduk atas buaian tu sambil termenung" Balasku. Seketika badan Tengku Darren terpusing menghadap aku

"Nak pergi sana?"

Bersinar terus mata aku, kepala pantas mengangguk. "Boleh ke?" Soalku ingin kepastian, melihat anggukan daripada lelaki bertubuh sado itu membuatkan aku menepuk-nepuk tangan sambil melompat kecil

Tengku Darren ketawa halus, mungkin terhibur dengan reaksi aku.

"Jom"

****

Aku menarik nafas dalam-dalam, lalu di hembuskan perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menarik nafas dalam-dalam, lalu di hembuskan perlahan. Gembiranya rasa bila dapat tengok pemandangan yang sangat indah ni, tak sangka disebalik rumah modern itu. Ada tempat rahsia yang boleh mengubati hati seseorang disaat sedang berduka

Tengku Darren yang berada disebelah aku itu hanya tersenyum nipis, dia memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan sinaran matahari. Buaian yang dinaiki oleh kami itu bergerak kedepan dan juga ke belakang

Bunyi burung yang berkicauan itu makin membuatkan hati aku merasa tenang, masyaallah terima kasih ya Allah sebab Engkau memberikan ketenangan untuk aku

Tengku Darren mendongak, memandang sepasang burung yang berada diatas pokok. Mereka kelihatan sangat gembira, mungkin itu adalah pasangan suami isteri. Siapa tahu?

"Awak.." Aku memanggil, dia menoleh pada aku dengan sebelah kening yang terangkat. Bibir bawah diketap, indah sungguh ciptaan Mu Ya Allah. Pemandangan yang dekat depan dan dekat sebelah, semuanya cantik!

Eh gedik pula kau ni Maya?

Rambutnya yang lembut itu turut bergerak kerana ditiup angin, hidungnya yang mancung, kulit yang putih tanpa sebarang jerawat ataupun pori-pori

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambutnya yang lembut itu turut bergerak kerana ditiup angin, hidungnya yang mancung, kulit yang putih tanpa sebarang jerawat ataupun pori-pori. Semuanya cukup sempurna

Langsung tiada cacat cela!

"Kenapa?" Soalnya hairan, aku tersengih kecil. Alamak kantoi pula, kau lah ni Maya. Usha anak teruna orang macam tu!

"Can I ask you something?"

"Sure"

Mendengar saja jawapan Tengku Darren itu membuatkan aku menarik nafas

"Which is more important? To be love, or to be loved?" Soalku. Pandangan ditumpukan seratus peratus pada lelaki yang berada disebelah aku, lelaki itu kacak memakai kemeja putih

"Which is more important to a bird? The left wing, or the right wing?" Tengku Darren menyoalku kembali, dia mendongak lagi sekali untuk memandang kearah dua ekor burung yang berada diatas dahan pokok yang besar itu

"Both" Jawabku, seketika lelaki itu ukir senyuman hingga menampakkan lesung pipitnya

"So the answer is. Both need to be in love like the bird, need their wings"

Terdiam seketika aku dibuatnya, jawapan Tengku Darren itu sangat mendalam. Singkat, tapi padat. Aku ketawa kecil, entah kenapa rasa lawak dengan soalan sendiri

Kau dah gila, Maya Darena

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 23/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now