" Tujuan aku kesini, aku nak bawa Heeso dan Heena pulang. Keduanya, pulang! "

" Huh? Balik? Apa nenek merepek? Kakak dah ada suami-- "

" Ceraikan cucu aku sekarang, Booji. "

Damn. Apa? Cerai?

" Eh nenek ni kenapa? Sukahati je. " Marah Heeso. Ni dah melampau.

" Diam, Kim Heeso. Kau tak ada hak nak bercakap. Baik kau tutup mulut kau sebelum petang ni juga aku nikahkan kau dengan Na Jaemin. "

Mendengus, Heeso mengunci mulut, memandang Heena yang memandang suaminya penuh tanda tanya, diikuti Booji yang menunduk.

" Ab--abang? Kena--kenapa? "

" Sesuai dengan perjanjian kita, Booji. Dah terlampau lama aku bagi kau peluang. "

Huh? Apa ni? Sungguh Heeso tidak mengerti.

" Perjanjian? Kenapa ni, abang? " Soal Heena keliru. Heeso juga kelihatan termangu, memandang Booji yang sedari tadi menunduk.

" Heena... Saya.. "

" Abang! Kenapa nenek cakap macam tu? " Desak Heena. Sungguh dia tidak memahami. Perjanjian apa? Apa yang dilakukan nenek?

" Saya ceraikan awak, Kim Heena. "

Terduduk. Heena kaku, lantas menghadirkan air mata yang membasahi pipi. Heeso juga tergamam. Memandang wajah nenek sebelum wajah tua itu dipandang tajam.

" APA NENEK BUAT NI?! "

" Perjanjian. Antara aku dan Booji. Kau dan Heena diam, dan jangan menyampuk! "

" Jangan menyampuk? Huh? " Kali ini raut wajah Heena berubah keruh. Senyuman sinis dilemparkan kepada nenek.

Sebelum matanya berubah tajam, merenung insan yang membesarkannya setelah kematian mama dan papa.

" Nenek sedar tak nenek dah menganggu hidup Heena? Urusan hidup Heena? " Lirih suara itu bertanya. Sedikit pun tidak menyentak nenek. Wanita itu masih angkuh.

" Aku tak layak campur hidup kau ke, Heena? Aku dah tak ada hak? Lepas aku besarkan kau, berani kau cakap macam tu kat aku? "

" Mama yang lahirkan Heena, mama yang menyusukan Heena pun tak pernah sekejam ni. Dia tak pernah sebodoh ni. "

" Jaga mulut, Kim Heena. " Kali ini suara lain yang menegur.

Suara Booji.

Heeso masih tergamam. Sejujurnya, ini kali pertama Heeso melihat Heena melawan nenek. Kerana seumur hidup kakaknya, dia hanya menurut, kecuali mengahwini Booji.

" Kenapa dulu kau je tak mati eh? Kenapa mesti mama papa aku yang mati?!! "

" HEENA! "

PANG!!

" Papa! " Teriakan lain berleluasa. Lantas Heeso menghampiri si kembar yang berdiri kaku didepan pintu bilik.

Tangisan membasahi pipi mereka apabila melihat papa mereka sendiri baru sahaja melempang mama mereka.

Heeso bertindak memeluk keduanya, cuba menenangkan. Walaupun sebenarnya dia juga takut melihat kemarahan abang iparnya.

" Pulang ke tempat asal awak. Bawa anak-anak sekali. Saya dah ceraikan awak, tolong sedar diri. "

-----------------------

" Awak okay? "

Hanya diam. Haechan menghembus nafas. Niatnya baik pagi ini, mahu menegur dan bergurau dengan Heeso. Namun yang dia dapati, hanya wajah masam doktor perempuan itu.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now