₊˚ʚ Zhafran Aurel 6 ⨾ଓ

Depuis le début
                                    

Eh?!

"Sejak bila pula you tu bakal isteri Tuan Zhafran? Setahu I, Tuan Zhafran tu tak rapat dengan mana-mana perempuan-"

"Termasuk kau kan Rehan? Tapi itulah, kau je yang terlalu gedik nak dekat-dekat dengan Tuan Zhafran? Bukan begitu, Rehan?"

Rehan Rehan Rehan.

Tak malu betul lah kau ni! Orang dah tak pandang tu, bawa-bawa lah jauhkan diri. Ni tak! Sibuk aje nak dekat dengan Zhafran. Dia ingat Zhafran tu nak ke dengan perempuan yang tak cukup kain ni?

Nak kata tak ada duit, orang kaya juga katakan. Haih.

Rehana tersentak dengan kata Aurel yang begitu pedas itu. Apa masalah Aurel ni hah?! Rungut Rehana dalam hati.

Zhafran menilik kertas kerjanya, sekali sekala dia menghempaskan kertas itu

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Zhafran menilik kertas kerjanya, sekali sekala dia menghempaskan kertas itu. Stres! Taktahu lah dimana silapnya sehingga rakan kongsi nya tidak mahu bekerjasama dengan syarikat mereka.

Syarikat Delima telah menolak kerjasama syarikat Zhafran. Kenapa semua ini berlaku dengan pantasnya?

"What happen right now.. Allahuakbar." Zhafran mengeluh seketika. Zhafran mengucapkan kalimat suci untuk menenangkan dirinya yang gundah-gulana itu.

Bagaimana jika semua syarikat tidak mahu berkolaborasi dengan mereka? Husnuzon sahaja Zhafran! Banyak lagi syarikat lain yang boleh kau ajak.

Apa yang harus dia lakukan sekarang?

"Ya Allah, tenangkan hati ini ya Allah..."

Tidak lama kemudian, pintu bilik kerjanya diketuk kuat. Almaklumlah pintu bilik kerjanya kalis bunyi dan kerana itulah jugalah jika pekerjanya mengetuk dengan ayu, dia tidak akan mendengari nya.

TOK TOK

"Masuk!"

Pintu bilik dikuak dan terpampang wajah Aurel di depan pintu. Lah bakal isteri pula. Desis hati Zhafran Auden.

Dengan pantasnya, Aurel melangkah masuk ke dalam bilik kerja Zhafran. Walaupun mereka saling kenal, waktu kerja, mereka akan bersikap profesional.

Kawan tidak kawan, hal kerja jangan campur dengan hal peribadi.

"Tuan Zhafran." panggil Aurel dengan penuh formal. Tiada lagi panggilan Zhaf buat lelaki itu.

Aurel selaku PA lelaki itu akan bertanggungjawab atas segala masalah yang syarikat ini hadapi.

"Ada apa Aurel?" tanya Zhafran dengan nada biasa. Tiada senyuman langsung tercalit di bibir lelaki itu.

Sangat serius. Mungkin terlalu stres dengan kerja agaknya.

"Ni fail yang perlu Tuan turunkan tandatangan." terang Aurel kepada Zhafran.

Zhafran tersedar seketika daripada alam mimpinya.

ZHAFRAN AUDEN ©️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant