" Mungkin kalau awak fikir mengahwini dia akan senang, cuba awak fikir lagi. Dia akan bahagia ke? Awak akan bahagia ke? Kalau penceraian berlaku, akan lagi sakit kan? Awak pun susah nak jaga dia lagi lepas tu. "

Bagai terjaga, Jaemin menyedari setiap bait kebenaran yang lahir daripada bibir Marie. Semuanya benar.

Tak perlu mengahwini untuk menjaga.

Kerana mendiang Minju juga memintanya untuk menjaga, bukannya mengikat gadis itu.

Pantas Jaemin tersenyum. Senang mendengar penjelasan Marie.

" Saya rasa saya dah tahu apa yang saya nak. "

" Jaemin, awak jangan terbeban lagi. " Pujuk Marie, menyedari Jaemin mengelamun seketika. Sebelum pemuda Na itu tersenyum.

" Janji dengan saya, jangan pergi daripada saya, Marie. Tetap kat sini, biar saya jaga awak, rawat awak... "

Mata Jaemin utuh memandang Marie yang kelihatan kehilangan kata. Tangan itu naik, mengelus tangan Marie.

" Izinkan saya belajar sayangkan awak. "

---------------------

Krik..

Krik...

Krikk...

" Errr ehem! Sampai bila nak saling memandang ni? " Soal mama, tidak selesa apabila menyedari ketegangan didepannya ini.

Kini mereka semua berkumpul di meja makan.

Mama, papa, Jeongwoo dan Hyunjoo.

Tetapi mama jelas mulai rasa pelik dan tidak selesa.

Yelah siapa je boleh selesa.

Anak bongsunya, Park Jeongwoo sedang menatap tajam wajah Hyunjoo. Atas bawah, Jeongwoo memandang bagaikan mikroskop cahaya memerhatikan bakteria!

Bahkan bibir anaknya memuncung, jelas sekali tidak menyukai kedatangan Hyunjoo.

Dan bagi gadis yang hidup semula ini pula, dia juga membalas renungan tajam Jeongwoo. Berdecih sinis, dan sesekali menjeling Jeongwoo.

Mama merasakan ada arus elektrik diantara mata Jeongwoo dan Hyunjoo.

" Macam mana kau boleh bangun daripada kubur? "

Tegas Jeongwoo berbicara. Sedikit pun tidak berbasi basi. Hyunjoo mendengus.

" Tak geti nak terima kasih ke dah tolong kau tadi? Kalau aku biarkan kau pengsan je depan pintu, baru kau tahu! "

Haah, tadi Hyunjoo yang membantu mama serta Jeongwoo yang pengsan. Tubuh mama dipapah perlahan ke sofa, manakala Jeongwoo pula diseret kuat.

Menyedari tubuh adik Jihoon ini sedikit berat, memaksa Hyunjoo untuk menggulingkan Jeongwoo sehingga tiba di atas karpet.

Sehinggalah papa pulang, dan bantu mengejut mereka.

" Papa memang tahu Hyunjoo hidup lagi. Jihoon beritahu sebaik sahaja selamat daripada Afrika. " Papa membuka bicara. Jeongwoo membulatkan mata, memandang figura si ayah.

" HAH?! Papa dah tahu, tapi tak beritahu kitorang? Peh sorok dengan abang je, sorry papa, kami bukan golongan tentera. " Berpura mencebik, sebelum kepala si pemuda diketuk kuat oleh mama.

" Buat perangai budak sekolah lagi. Tak malu ke? "

" Dah Uwoo memang sekolah lagi. "

Ah menjawab je kerja. Pantas mama mencubit kuat peha anak bongsunya, mengundang aduhan Jeongwoo.

1437 / pjhHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin