"Huh ? Oppa... Mochii tipu kan ?"
"Mochii serius ni boba. Pergi hospital cepat. Woo pun dalam perjalanan. Oppa boba tu kritikal."
"Hikss okay mochii."
Setelah Junkyu mendengar perbualan kami berdua , dia terus bergerak pantas ke hospital. Setelah beberapa minit berlalu , kami sampai di hospital tersebut.
Aku ternampak Jeongwoo dan terus memeluknya.
Aku masih terkejut dengan kejadian ini.
Baru pagi tadi , oppa elok tengok televisyen kat luar , sekarang dia... Kemalangan.. Sumpah aku tak percaya langsung.
Tapi , ini takdir.
Jadi , aku tak mampu berbuat apa - apa.
Badannya besar
Tangannya kecil
Kalau mengaum yang lain langsung mundur
Jeongwoo Jeongwoo Jeongwoo
Itu namanya..
Bunyi telefon Junkyu yang berdering.
"Bengonglaa koala tu , orang tengah sedih , dia buat kelakar pula." Kata Jeongwoo bengang.
"Tak masalahnya , lagu tu yang kau suruh aku buat ringtone call. Kau yang suruh , kau amnesia ke beruk ?"
Balas Junkyu kembali.
"Diam ahh kau , tampar muka tu baru tahu." kata Jeongwoo sambil menjeling ke arah Junkyu.
Junkyu hanya membiarkan Jeongwoo dan memujukku.
Selepas beberapa jam kemudian , doktor keluar dari ruangan ICU.
Doktor itu mengatakan bahawa Jihoon oppa baru sahaja lepas keadaan kritikal sebentar tadi. Jihoon oppa selamat , cuma oppa perlukan masa yang sedikit lama untuk sedar. Sedar tu bergantung pada diri oppa. Hyejin tahu , oppa kuat !
Aku ditemani Jeongwoo disebelahku tertidur di ruangan Jihoon oppa kerana kepenatan.
Hello , hello , hello
Where you been all my life
Yeah , yeah , yeah , yeah
Where you been all my life
Segera aku mengangkat telefonku yang berdering tadi.
Raihana menghubungiku.
"Annyeong bestie ! Macam mana keadaan oppa kau ?"
"Dia okay , cuma tak sedarkan diri lagi."
"Ouh , get well soon , Jihoon oppa. By the way , kau sihat ?"
"Aku sihat je. Jangan risau laa."
"Okay laa , aku ada kerja ni. See you again , bestie. Bye !"
"Bye too bestie."
Setelah menghentikan perbualan di telefon tadi , aku bergerak ke bilik air untuk membasuh muka.
Jeongwoo juga kelihatan sudah terjaga dari tidurnya.
Aku duduk di sebelah oppa dan mengusap tangannya.
Tangannya yang dingin , bibirnya yang pucat dan mata yang tertutup tenang seperti dirinya.
Jujur , aku merinduinya.
Walaupun baru sehari , dia tidak menyedarkan dirinya.
Aku rindu senyuman manisnya , gelak tawanya , gurauan manjanya denganku.
"Woo ?"
"Ye ?"
"Kau rasa Jihoon oppan bangun ke ?"
"Dia pasti bangun walau apa pun terjadi."
"Tapi.."
"Tiada tapi - tapi. Dia kuat. Dia abang kita. Aku tahu dia macam mana dan kau juga tahu."
"Harap - harap begitulah."
Kami disuruh keluar dari ruangan oppa kerana doktor mahu memeriksa keadaan oppa yang terkini.
Aku hanya menatap oppa dari pintu.
Aku sangat berharap oppa sedar dengan cepat.
Doktor pun keluar dari ruangan oppa dan mengatakkan bahawa keadaan oppa bertambah baik dan berkemungkinan dalam masa terdekat ini , oppa akan sedar.
♡♡♡
Yujin mengajak kami berdua untuk lunch bersama - sama.
Aku pulang ke rumah bersama Jeongwoo dan bersiap untuk mengikuti mereka lunch bersama.
Jeongwoo turut bersamaku dan memandu sekali.
Junkyu dan Haruto menumpang kereta kami. Macam biasa lah kalau ada Junkyu pasti happy group kami. Haa gitu.
"Korang ni asal diam ? Bercakaplah sikit." tegur Junkyu tiba - tiba.
"Huh ? Nak borak pasal apa nyah ?" jawab Haruto.
"Alaa pasal apa - apa je la , Hartono." balas Junkyu kembali.
"Oii nama aku Haruto ehh bukan Hartono. Mak aku sedap - sedap bagi nama tu , kau pandai je ubah eh." bengang Haruto.
"Aku memang pandai pun." kata Junkyu senang hati.
"Pandai kepala hotak kau." marah Haruto kembali.
"Eh beruk - beruk sekalian , korang nak gaduh , sila keluar. Ni kereta aku , jangan buat kereta ni tempat korang nak bergusti." tegur Jeongwoo selamba.
"Alahh berlagak pula pemandu kereta ni." balas Haruto.
"Lantak aku lah." jawab Jeongwoo ringkas.
Mereka melanjutkan pergaduhan mereka sampai dekat tempat Yujin ajak lunch. Diorang punya gaduh tu , bising nak gempa bumi dunia ni.
Aku yang ada dalam kereta tu , sabar je laa.
Ending for part 2
Thanks for reading , vote and comment ♡♡
Love you gaisssss (づ ̄ ³ ̄)づ
ŞİMDİ OKUDUĞUN
UNTIL THE END II JEONGWOO (HIATUS)
RastgeleKisah dua orang kembar yang hidup dengan ibu bapa yang hanya sibuk dengan kerja dan tidak pernah mempedulikan mereka. Dan ada seorang perempuan yang memusuhi mereka. "Cukup lah hidup kami dah macam ni. Kau tak berhak nak hina kami." Jeongwoo "Aku t...
PART 2 ^^
En başından başla
