Aku terbangun dari tidurku dan melihat jam sudah pukul 6.00 pagi. Masa untuk aku bersiap dan pergi ke tempat kerjaku di boba's bakery. Bakeri milikku.
Hari ini hari pertama aku membukanya. Setelah sekian lama papaku menghadiahkan kedai itu.
Jeongwoo juga turut bekerja denganku disana.
Aku turun ke bawah dan melihat Jihoon oppa sedang berseronok menonton televisyen.
"Kau tak masak ke oppa ?" soalku.
"Mochii kau ada tengah masak kat dapur." kata Jihoon.
"Ouh okay !" kataku lalu menuju ke dapur untuk memastikannya.
"Mochii !" kataku lalu terus memeluknya.
"Hey boba." sapanya pula sambil memelukku.
Aku menikmati sarapan dari mochii dan langsung ke tempat kerja.
"Annyeong !" sapaku kepada pekerjaku.
"Annyeong miss Hyejin." sapa mereka kembali.
"Annyeong everyone !" tegur Jeongwoo.
"Annyeong tuan Jeongwoo." sapa mereka.
Aku dan Jeongwoo masuk ke ruangan kami. Tiba - tiba seekor koala datang ke kedai kami. Siapa lagi kalau bukan Kim Junkyu. Jejaka yang dianggap koala ini datang menyerang kami tiba - tiba - apa masalah koala ni ?
"Hello Hyejin dan beruk." sapanya ramah.
"Kau memang nak kena kan ?" soal Jeongwoo.
"Bukan nak kena , tapi nak kena." katanya sambil ketawa terbahak - bahak.
"Astaga , kau tengok la koala mental ni , Hyejin." kata Jeongwoo kepadaku.
"Ada - ada je la." kataku sambil meneruskan kerjaku.
Aku turut membantu pekerjaku menyediakan sajian kepada pelanggan kami.
Tiba - tiba , seorang manusia yang sangat aku kenali datang ke kedai aku. Ni yang aku malas nak layan dia ni. Manusia yang paling aku tak suka , Kang Mi Na. Siapalah lagi aku nak berdendam.
"Hello , tak ada yang nak ambil order ke ?" kata Kang Mi Na selamba.
"Tak apa , biar saya yang ambilkan." kataku kepada pekerjaku.
"Hai cik. Nak order apa ?" kataku pada Kang Mi Na.
"Hm , tak jadi orderlah. Nyampah pula nampak muka manusia ni." katanya sambil menjeling ke arahku.
"Kalau menyampah , bla je la. Tak payah duduk sini. Kau ingat aku nak sangat ke tengok muka kau tu ?" kataku lagi.
"Jom laa kita pergi." katanya sambil menarik lengan rakannya.
Aku dan pekerjaku memandangnya hairan. Dia datang , pastu dengan selamba badak dia keluar. Dia memang saja nak sakitkan hatiku.
Aku dan Jeongwoo hanya memandang persekitaran kedai yang sesak akibat ramai pelanggan.
Setelah selesai bekerja di kedai bakeri , aku pulang ke rumah bersama Junkyu. Memandangkan si Jeongwoo pergi lepak dengan Haruto , aku pun ikut lah si Junkyu pulang.
Semasa di dalam kereta Junkyu , kami mendengar dengan asyik sekali lagu Hello yang dimainkan di radio. Setelah beberapa minit , mochii menelefonku.
"Hello mochii ? Wae ? Kenapa call ?"
"Jihoon oppa ...."
"Wae mochii ?"
"Jihoon oppa accident , baru tadi pihak hospital call mochii."
ESTÁS LEYENDO
UNTIL THE END II JEONGWOO (HIATUS)
De TodoKisah dua orang kembar yang hidup dengan ibu bapa yang hanya sibuk dengan kerja dan tidak pernah mempedulikan mereka. Dan ada seorang perempuan yang memusuhi mereka. "Cukup lah hidup kami dah macam ni. Kau tak berhak nak hina kami." Jeongwoo "Aku t...
