Sehinggalah satu hari, sebuah gambar dihantar kepadanya.

Gambar Heecul yang sedang tidur bersama perempuan lain.

Akibat stres melampau, mama dikejarkan ke hospital, dan mengalami pendarahan. Janin itu keguguran, mama juga tak dapat diselamatkan kerana pendarahan yang banyak.

Peristiwa ini juga menghantui Heena dan Heeso kerana tiada dirumah pada waktu itu untuk menjaga mama. Mereka ada tugasan berkumpulan dirumah sahabat masing-masing.

Dan ketika itu juga diketahui rupanya Heecul diperangkap. Namun, nasi sudah menjadi bubur, mama sudah pun pergi.

Selepas kejadian itu, Heecul menjadi kurang siuman. Bahkan sering bercakap sendiri.

Menyebabkan satu hari dia mengakhiri hidupnya dengan menggantung diri didalam bilik.

Trauma? Bahkan Heena dan Heeso kekurangan tidur sejak kejadian itu. Hanya nenek yang menyalurkan kekuatan.

Yang mendidik.

Yang membesarkan.

Kerana itulah wanita ini hanya mahu yang terbaik untuk kedua cucunya. Melihat Heena yang sanggup merendahkan darjatnya mengahwini lelaki miskin sudah cukup melukakan hatinya.

Dan apabila mengetahui Heeso kini sudah mulai rapat dengan anggota berceloreng, sungguh merisaukan.

Choi Miso akan pastikan,

Park Jihoon tidak akan berjaya mendapatkan cucunya.

------------------

" Doc Jae--Jaemin... " Rintih Marie. Dia mengusap lembut sudut bibir Jaemin yang masih terluka. Darah yang mulai kering, dibersihkan perlahan.

Jaemin yang lemah, menggeleng kecil.

" Awak-- okay? "

" O--okay. Doc kena fikirkan diri doc. " Balas Marie.

Usai kejadian Marie dirogol oleh pengganas durjana itu, gadis ini tidak lagi diikat. Namun, dia dijaga ketat, menyebabkan dia selalu gagal membebaskan ikatan Jaemin.

Sungguh, tubuhnya remuk. Bahkan setiap hari dia menggigil kerana ketakutan yang melampau. Bayangan itu setiap malam menganggunya.

Lelaki itu...

Serta teriakannya yang tidak dihiraukan.

Kerana itulah Marie berusaha keras membebaskan Jaemin. Dan dia juga yakin, Captain Jihoon dan Doktor Heeso sedang berusaha untuk membantu mereka juga, melihat kepada kebuntuan pengganas kerana tidak menjumpai Jihoon sehingga kini.

" Maaf sebab gagal selamatkan awak, Marie. " Rintih Jaemin. Marie menggeleng. Bibirnya menggeletar, tangannya perlahan naik, cuba membersihkan kotoran darah diwajah Jaemin.

" Tak apa, doc. Jihoon dengan Heeso akan selamatkan kita kan? " Soalan Marie membuatkan Jaemin menunduk.

Saban hari dia ditendang, dipukul bahkan diludah kerana mengunci mulut untuk memberitahu lokasi Jihoon.

Kerana itu Jaemin bersabar.

Kerana tanpa diketahui, jam tangan yang melilit lengannya, merupakan alat komunikasinya bersama Jihoon.

Malam mereka berjaga bersama, merupakan malam mereka saling memberi maklumat.

Dan jam ditangan Jaemin, memberi maklumat keberadaan Jihoon dan Heeso yang semakin dekat dengan lokasi pesawat. Kerana itulah Jaemin bersabar.

Juga kerana jam tangan yang dipegang Jaemin mempunyai fungsi ' danger close '

Jika Jaemin menekan butang itu, signal akan diterima para anggota di Korea.

1437 / pjhTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon