BAB 13

90 1 0
                                    

"How do you feel, princess? Much better?"  Dokter Danish sambil melabuhkan punggung di sebelah Dhia.

Dhia yang sedang bersandar di kepala kati itu hanya mengangguk kecil. Walaupun hakikatnya dia masih tidak larat. Sudah dua hari dia demam dan hari ini baru bertenaga sikit untuk bangun.

"Papa dah bagitahu Doktor Sam?" Tanya Dhia dengan suara sedikit serak.

Sepatutnya semalam dia perlu laporkan diri tapi disebabkan keadaan di tambah dengan emosinya kurang stabil, dia terpaksa meminta tolong papanya. Dia masih belum bersedia untuk memulakan tugasnya. Semuanya seakan berubah sekelip mata.

"Dah. Papa dah call dia bagitahu Dhia tak sihat. Kenapa anak papa boleh demam ni?  Dhia tak cukup rehat ke?" Soal Doktor Samuel sambil tangannya mengusap lembut pipi Dhia. Dia tahu ada sesuatu yang anak perempuannya itu cuba sorokkan.

Tapi bukan dia jenis yang memaksa.

"Dhia busy sikit lately ni, selalu skip breakfast and lunch. Maaf papa."

Kedua belah tangannya di mainkan sesama sendiri. Cuba hilangkan rasa gugup apabila papanya memandang dengan pandangan yang mencurigakan.

Tak akan sesekali dia bercerita tentang apa yang berlaku. Cukuplah rahsia itu tersimpan sebagai mimpi buruknya.

"That's why papa pesan pesankan. Sibuk macam mana sekali pun, kita kena juga cari masa untuk diri kita sendiri. Kalau kita tak sihat, macam nak rawat pesakit sendiri. Hurm?"

Dhia hanya diam sambil menunduk.

"I'm sorry" Ucapnya perlahan.

"Hurm.. Don't do that again. Esok Dhia ada temu janji dengan Puan Elena kan? Larat ke nak masuk kerja esok?" Soalan Doktor Danish itu betul-betul buat Dhia tersentak.

Bibir bawahnya di gigit perlahan.

"Dhia nak cuti seminggu. Nanti Dhia call Doktor Samuel."

Kalau boleh dia tak nak lagi berjumpa atau berkait dengan keluarga itu. Walaupun papanya selalu pesan, jangan campur adukkan between personal and kerja tapi bukan untuk kali ini.

Doktor Danish mengangguk kecil. "Okaylah kalau itu yang Dhia cakap. Papa kena pergi kerja sekarang. If you need me, just call okay. I will always be with you, sweetpie." Dahi Dhia di ciumnya lembut sebelum dia bangun dan berlalu dari situ.

Dia mengeluh.

Macbook yang berada di atas meja sisi katil itu dicapai lalu diletakkan di atas pangkuannya.

Dengan lafaz bismillah, jarinya mula menari di atas papan kunci laptop tersebut.

Dhia mula nekad. Dan dia sanggup menanggung segala risiko yang akan dia hadapi selepas ini. Tapi dengan keputusan ini, mungkin cara ini adalah yang terbaik.

"I'm sorry but I have to do this. Bismillah.." Bisik Dhia lalu surat yang di taip tadi terus
di hantar ke alamat email ketuanya.

"Harap tak mengamuk Doktor Samuel nanti." Dhia terus menutup laptopnya kembali dan diletakkan di tempat yang asal.

Dia terus merebahkan dirinya di atas katil. Tanpa menunggu lama, matanya mula layu kembali.

_______________________________________

Dahinya sedikit berkerut apabila melihat satu email yang masih belum dibukanya. Lagi bertambah kerutan di dahinya apabila melihat nama penghantar.

Laju sahaja tangannya mengerakkan tetikus pada email tu dan membuka email tersebut. Terus matanya membaca isi kandungan email daripada Dhia.

"What the... Ish.. Masalah apa pula si Dhia ni." Samuel mendengus kuat. Bengang kerana tiba-tiba sahaja Dhia mengambil keputusan tanpa berbincang dengannya.

MR FARHAN MIKHAIL WIFE Where stories live. Discover now