BAB 11

85 4 0
                                    

DHIA menghela nafas lega. Selepas balik daripada kerjanya, dia terus bergegas mengemas pakaian untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur malam ini. Dan petang tadi juga, anak buah Tengku Farid telah pun datang mengambil keretanya untuk di bawa pulang ke sana.

Dia boleh je balik sendiri. Bila diberi alasan seperti itu, mencerlung mata Tuan Farid Luthfan memandang ke arahnya. Boleh kecut perut dibuatnya. Terpaksa la dia mengikut apa saja yang di perkatakan oleh sahabat ketuanya itu.

Kepada kedua ibu bapanya juga telah dia maklumkan. Dan apa yang mengejutkan Dhia, Papanya terlebih dahulu mengetahui tentang itu. Patutlah awal-awal lagi papanya memanggil Mak Hajah balik ke sana.

Seorang yang bernama Farid Luthfan memang tidak boleh di buat main. Segala perancangannya begitu teliti sekali.

Jam di tangan di lihatnya sepintas lalu. Orang Luthfan akan mengambilnya pada pukul 9 malam tapi sekarang sudah hampir pukul 10 malam.

Sekali lagi Dhia mengeluh.

"Janji melayu betul la. Kalau aku drive sendiri dari tadi, confirm dah sampai rumah papa dah. Nasib kau la Dhia." Bebel Dhia sendirian.

Badan yang terasa penat buat dia merebahkan badannya ke sofa. Cuba untuk berehat sementara menunggu orang datang ambil. Seharian ke hulu ke hilir buat dirinya mudah saja tertidur kalau kepala di sorongkan bantal.

Ping! Ping!

Bunyi hon di luar automatik tubuhnya menegak. Baru saja nak terlelap. Kalau dia terlelap, memang dia tak akan sedar dengan mudah kalau bukan sampai waktunya. Dia segera bangun dan sebelum melangkah keluar, sempat lagi dia mengemaskan pakaiannya di tubuh. Jeans hitam di padankan bersama hoodie putih dan shawl hitam.

"Simple and nice, Dhia Arisya." Pujinya untuk diri sendiri apabila melihat pantulan di cermin.

Sebaik saja dia buka pintu rumah, kereta Audi Q8 betul-betul berhenti di depan pagar rumahnya. Terus saja dia mengunci pintu rumah dan pintu pagar. Seorang lelaki yang bertubuh tegap iaitu lelaki sama yang berada di dalam lif dengannya petang tadi mengambil beg di tangannya lalu membukakan pintu di bahagian belakang penumpang.

Hati Dhia mula berdebar-debar.

"Jangan fikir bukan-bukan Dhia." Gumam Dhia di hati.

"Silakan Miss Dhia. Sorry, we are late!" Pelawa lelaki itu. Muka langsung tanpa senyuman.

Dhia mengangguk sambil tersenyum kepadanya. Kakinya segera melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. Hatinya makin berdebar apabila bau maskulin yang sejak kebelakangan ini sudah sebati dengannya menerjah rongga hidungnya.

"Allah.. Astagfirullahallazim.."

Dhia mengurut dadanya beberapa kali apabila melihat figura di sebelahnya itu sedang memandang tajam ke arahnya. Akibat suasana dalam kereta yang sedikit gelap itu, dia tidak perasan akan kehadiran lelaki di sebelahnya.

"What's wrong? Do I look like a ghost?" Tanya Farhan tanpa nada.

Pantas saja Dhia menggelengkan kepalanya. Terus dia memandang ke luar tingkap. Masih lagi cuba untuk tenteramkan hati yang makin kuat bergelora itu. Tidak dia sangka akan kehadiran lelaki itu.

Macam mana dia nak tempohi perjalanan yang memakan masa tiga jam lebih bersama lelaki di sebelahnya itu kalau sesaat pun buat nafasnya tidak stabil.

"I did not hear any answer from you, tesoro." Kali ini nadanya kedengaran sedikit tegas.

Pantas Dhia menoleh ke arahnya. Gulp!

"Hah? Ohh. Erkk.. Sorry. No, you are not. Cu-cuma saya terkejut ingat tak ada ora-orang tadi. Sorry" Jawap Dhia gugup. Kedua belah tangannya di genggam sesama sendiri.

MR FARHAN MIKHAIL WIFE Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum