BAB 10

85 6 0
                                    

DHIA ARISYA melangkah keluar dari perut lif itu dengan langkah yang tergesa-gesa. Tanpa menghiraukan yang dia tidak punya banyak masa, kakinya terus melangkah ke arah tandas yang terdapat di situ.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk, pintu segera di kunci. Tubuh yang tiba-tiba terasa seram sejuk itu terduduk di atas bangku yang di sediakan di dalam tandas itu. Tandas di hospital itu sangat cantik. Yang juga di hiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.

Tangan memegang kuat pada bahagian bajunya di sebelah kiri, dimana jantungnya berada. Cuba merasai dengupan jantung yang laju berdetak seperti dia baru sahaja lepas berlari marathon.

"Astagfirullahalazim.. What's is wrong with you Dhia? Calm.. Calm.. Calm." Dia cuba melakukan teknik menarik nafas dan menghembuskannya beberapa kali. Masih cuba untuk tenangkan diri.

Dengan keadaannya sekarang ini, dia tidak rasa dia boleh berdepan dengan ketuanya nanti. Di perlu menstabilkan dirinya terlebih dahulu.

Teruk betul penangan yang diberikan oleh Tengku Farhan Mikhail.

"Dia betul-betul nak buat aku mati keras dekat situ agaknya. Ishh.. Parah. Parah." Kepalanya di ketuk beberapa kali. Tak pasal-pasal nanti dia yang perlukan bantuan oksigen.

Tidak sangka Tengku Farhan Mikhail akan seperti itu dengannya. Naik seram.

Pantulan wajahnya di cermin di lihat seketika sebelum dia menepuk pipinya beberapa kali. Cuba menghilangkan wajah yang kelihatan sedikit pucat itu.

Apabila nafas mula terasa stabil, dia melangkah keluar dari tandas tersebut. Sampai sahaja di pintu pejabat Doktor Samuel, dia menarik nafasnya seketika lalu mengetuk pintu itu beberapa kali.

Lantas tombol pintu di buka sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada tuan empunya.

"Assalamualaikum.. Maaf doktor, saya lewat sikit." Sapa Dhia lembut sambil mengukir senyum. Matanya memandang ke arah ketuanya itu yang sedang berada di kerusi empuknya.

"Its okay. Tetamu I pun belum sampai lagi. Have a seat, Dhia."

Dhia menarik kerusi yang berada di hadapan meja Doktor Samuel lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia masih cuba untuk menenangkan dirinya saat itu walaupun dia sedikit tertanya-tanya dengan tujuan sebenar ketuanya itu memanggilnya.

Ditambah pula apabila dia menyebut perkataan tetamu.

"Maaf, ada apa ya Doktor nak jumpa saya?" Soalan yang dari tadi cuba di tahan, akhirnya keluar juga.

Doktor Samuel tersenyum. Dia tahu doktor muda di hadapannya ini pasti tertanya-tanya. Tubuhnya di dekatkan ke meja.

"So, you ada kerja ke lepas ini? Maaf I terpaksa curi masa you sekejap. I want to give you something." Dia terus menyerahkan sampul surat kepada Dhia.

Dhia menyambutnya bersama kerutan seribu di dahinya. Tiba-tiba sahaja dia jadi cuak.

Aku kena buang kerja ke? Gumam Dhia di hati.

"Apa ni doktor?"

"Open it and read."

Tangannya laju sahaja buat kerja. Matanya terus tertacap pada setiap tulisan yang tertera di atas sehelai kertas yang juga di sertai dengan logo rasmi hospital terus.

Pantas sahaja Dhia mencari sepasang mata milik ketuanya itu. Cuba menghantar persoalan yang bermain di fikirannya.

"Apa maksud doktor? Saya tak faham. Sa-saya kena buang kerja ke?"

Doktor Samuel ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Terasa lucu pula bila melihat riak wajah Thea ketika itu. "You ada nampak apa-apa perkataan pecat ke dekat surat itu? Tak ada kan?"

MR FARHAN MIKHAIL WIFE Where stories live. Discover now