Tersentak.

Tatapan lembut Jihoon tadi, terus bertukar dingin. Memandang Heeso yang tertunduk dengan lama.

" Oh, jadi awak ni tunang Doktor Jaemin? "

Soalan Jihoon menyentak Heeso. Mengangkat wajah memandang Jihoon yang turut sama memandangnya.

Mata si jejaka bergetar.

" Y--ya... "

" Oh saya faham. Wajarlah korang gaduh kat hospital tempoh hari, pasangan sedang bercinta akan ada masa berbalah. " Angguk Jihoon.

Faham.

Dia mulai faham.

Patutlah semasa Jihoon mengatakan Heeso ' my girl ' , raut wajah Jaemin berubah marah. Siapa sahaja boleh tahan jika tunang sendiri dipertahankan lelaki lain?

Jihoon tertawa miris.

" Ji.. tak, Ji. Saya dengan Jaem-- "

" Aku harap kau boleh berhenti bercakap dengan tunang aku, Captain Jihoon. Mesti kau faham kan, kita sama-sama lelaki. Kau mesti faham perasaan sayangkan seseorang sehingga tak nak dia diusik sesiapa. " Celah Jaemin, lagi. Jihoon memandang dingin wajah Jaemin yang bertutur.

Oh, mestilah dia faham.

Dahulu, semasa Hyunjoo masih hidup pun, dia sangat menjaga keadaan Hyunjoo sehinggakan tidak mahu lelaki sembarangan mendekati kekasihnya.

Jihoon faham perasaan Jaemin.

Come on, Jihoon. Takkan sebab cinta kau sendiri hancur, kau nak rampas cinta orang lain?

Jihoon menggeleng dan memandang Heeso yang mulai gelisah.

" Baik, Doc Jaemin. Aku faham, jangan risau. Aku takkan ganggu lagi Doc Heeso. " Lantas mata itu...

Memandang tepat ke mata Heeso.

" Semoga berbahagia, Heeso. Terima kasih jadi kawan saya selama beberapa minggu ni. Cuma saya nak pesan... "

Heeso menelan liurnya. Menanti Jihoon menyambung lagi bicara.

" Kalau dah berpunya, janganlah perlakuan tu seakan masih kosong. Takut ada yang dah letak harapan. Sakitnya nanti, dia yang rasa Heeso. Awak akan bahagia, tapi dia? Dia akan menderita, dan sakit LAGI. "

-----------------------------

" APA YANG YOU DAH BUAT NI, JAEM?! "

Teriakan si gadis.

Memukul, memukul dan memukul dada Na Jaemin.

Sungguh dia marah. Dia kecewa.

Apa hak Jaemin nak halang dirinya berkawan dengan Jihoon?

" Salah ke, Heeso? I ni tunang you! "

" I dont love you, Na Jaemin! This is just a force engagement! Jangan berlagak seolah kita akan bahagia! "

" Kita akan bahagia, I jamin! Whats wrong with you, Heeso? Huh? " Jaemin memegang utuh lengan si gadis. Membalas pandangan tajam Heeso.

" I? You tu yang masalah! "

" You sayangkan Captain Jihoon? "

Terdiam. Perlahan, rontaan Heeso mengendur.

Cukup membuatkan Jaemin tahu. Dan keluhan lahir.

" Lupakan perasaan bodoh tu. Jangan nak kecewakan nenek. "

" Kalau sebab you, I hilang Jihoon, I takkan maafkan you, Na Jaemin. "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now