Deer 0-8

110 23 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

Perut dipukul-pukul kasar dengan kedua buku lima empunya diri. Air mata jatuh basah bak air hujan yang lebat. Menjerit bak orang gila. Bantal di baling dan cadar ditarik.

Luluh hati Areeq lihat Maya meracau sebegini. Tengah malam, di mana bulan mula penuh. Manusia lena diselimut cadar. Areeq pula diselimuti kerisauan. Rambut disasar bawa ke belakang.

Buntu keadaan Maya.

Pintu bilik diketuk beberapa kali, "Dear... Maya?"

Tiada sahutan tapi jeritan yang menyahut.

Areeq buntu.

"Kunci lebih!" Akhirnya Areeq berjaya keluar dari benak fikiran buntu.

Kembali Areeq dengan gugusan kunci. Bilik terkunci itu sepi. Maya berhenti meracau buatkan hati itu bertambah resah. Berjaya saja pintu bilik dibuka keadaan bilik bersepah.

Tapi itu langsung tidak mengganggu fikirannya sekarang. Apa yang perlu dia capai sekarang Maya.

"Maya!"

Maya terlantar di lantai buat jejaka itu laju berpaut. Pucat lesu wajah itu direnung.

Maya semakin teruk.

Kenyataan yang Areeq harap bukan realiti.



...

"Maya pregnant."

Ayat itu buat Areeq tergumam. Genggaman tangan setia terlekat antara Maya dan Areeq. Maya pula diam membisu memerhatikan jubin tersusun di lantai.

Terasa sejuk tubuh kecil itu.

Bermacam-macam yang bermain di benak fikiran. Mengandung? Ah, merepek! Karut betul. Tak mungkin. 10 tahun dia dirikan rumah tangga. Kenapa selepas 10 tahun baru nak hadir?

Pelipis disentuh buat kurangkan rasa pening.

Areeq perhatikan Maya di sebelah risau, "Dear?"

Teguran itu buat Maya kembali ke realiti nyata. Segala persoalan itu dibuang jauh. Wajah diangkat. Bertukar dia memandang Hanafee.

"Kalau Maya nak gugurkan kandungan ni boleh?"

Hening suasana bilik pemeriksaan itu. Hanafee hanya memandang Areeq di hadapan cuba elak menjawab soalan. Areeq pula tergamam mendengar soalan Maya.

Kerusi milik Maya dipusing Areeq menghadap dia. Mata polos itu memandang Areeq tepat.

Areeq cuba berteka-teki dengan dirinya sendiri mencari jawapan dalam pandangan Maya. Tapi dia hanyut tidak dapat jawapan di renungan itu. Kedua tangan digapai lembut. Ibu jari mula lakukan tugas melakar apa-apa bentuk di kulit lembut Maya.

"Pari-pari kecil ni hadir untuk kita, Maya."

"Kenapa selepas 10 tahun?"

Soalan Maya buat senyuman sahaja terpahat di bibir milik Areeq. Rusa kesayangannya hanya keliru.

My Dear Deer, Maya ©Where stories live. Discover now