Deer 1-0

143 21 14
                                    

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

...

Cermin terpantul dengan refleksi seorang Maya yang jelita serba merah. Gaun merah paras lutut dilengkapi dengan kasut tumit tinggi merah. Bibir tercalit gincu merah bak delima. Rambutnya biar terurai diselit pula sekuntum mawar merah di telinga. Manis tersenyum.

"Dear?" Panggilan magis buat Maya laju menuju ke ruang tamu.

Areeq pula berdiri segak dengan kot putih. Areeq dalam putih buat Maya cair. Maya dalam merah buat Areeq menggila.

Pinggang ramping Maya laju dipaut tangan kekar Areeq. Senyuman tak lepas di wajah Maya dan Areeq. Dahi Maya dikucup lembut. Beralih ke sepasang kelopak mata. Turun pula ke batang hidung. Hampir bibir Areeq mendarat di bibir delima itu terhenti bila kaki terasa dipeluk.

Maya tertawa lihat Areeq terhenti. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu diangkat ke dalam dakapan Areeq. Terus pipi gebu itu dicium kasar.

Tertawa menampakkan gusi kosong tanpa gigi.

"Tengoklah anak rusa Areeq, sama comel macam Areeq."

"Comel ikut Dear bukan Areeq. Kalau hensem itu ikut Areeq."

"Bukan aku?"

Terdiam Maya, Areeq dan anaknya memandang Hanafee yang menyampuk.

Hilangkan rasa janggal terus anak kecil itu diambil Hanafee daripada Areeq. Pari-pari kecil yang hadir selepas 10 tahun itu membesar sihat.

"Jaga Ayqal macam anak kau, eh!" Pesan Areeq.

"Baik, aku tahulah jaga anak orang!"

"Bye, Ayqal! Mama dengan papa pergi dulu," hidung Ayqal dicuit manja Maya.

Ayqal tertawa lagi.



...

Gramofon memutarkan piring hitam. Banyak mata tertumpu pada mereka. Mereka menjadi tumpuan bawah cahaya purnama pada malam itu sahaja. Maya terasa hangat cinta Areeq dan Areeq terasa hangatnya manja Maya. Kaki mengikut rentak melodi. Menari ikut irama.

Hanyut di dalam dunia mereka. Lagu ini memang diciptakan buat mereka. Hanya untuk mereka.

Kata Paul Anka,

'Put your head on my shoulder'

'Hold me in your arms, baby'

'Squeeze me oh-so-tight'

'Show me that you love me too'

"Dear tak bosan lagu ni?" Maya menggeleng perlahan.

Sambil leka menari senyuman manis terukir gembira, "Ini lagu kita. Kenapa nak bosan?"

Cinta Areeq tak pernah mati. Tapi ingatan Maya tentang Areeq bakal mati. Maya yakin Areeq akan usaha sentiasa berikan Maya ingatan untuk terpahat tentang Areeq. Suami halal paling sempurna Maya.

Lebih sepuluh tahun kisah cinta mereka. Manis dan pahit bercampur. Hal biasa dalam rumah tangga.

Jadi benar belaka kata Areeq.

Areeq tercipta buat Maya.

Dan Maya istimewa buat Areeq.

Selamanya.

'Put your head on my shoulder'

'Whisper in my ear, baby'

'Words I want to hear, tell me'

'Tell me that you love me too'


...

'Put your head on my shoulder'

'Whisper in my ear, baby'

'Words I want to hear, baby'

'Put your head on my shoulder'

Semua mata masih tertumpu pada mereka. Pasangan tua itu buat ramai tertangkap pandangan. Tersenyum melihat pasangan itu hanyut di dunia mereka sendiri.

Hanyut yang sangat lama.

Tangan berkedut itu dicium lembut. Senyuman pula tidak pernah berubah buat seorang Maya. Tapi senyuman Maya yang buat Areeq hanyut itu sudah lama terpadam bak saat yang hilang detik. Helahan dilepaskan perlahan.

Mungkin orang lain nampak pasangan tua tapi dunia mereka sendiri masih Areeq dan Maya sedang tersenyum lebar saling menatap wajah.

Biarlah mati senyuman dan ingatan sekali pun tapi cinta Areeq buat Maya tak pernah mati dimakan usia.

"My Dear deer, Maya."

Suara tampan itu berubah getaran seorang lelaki tua.

"Maya bukan rusa," harap Areeq Maya menjawab. Tapi hanya pandangan kosong daripada Maya yang membalas.

"Still, my Dear deer."

the end

My Dear Deer, Maya ©Onde histórias criam vida. Descubra agora