Zariel menolak bola menggunakan kakinya dan pergi dari situ. Itu bukan hal dia. Pelik kenapa dia boleh ada sekali padahal sepatutnya dia ada dekat sekolah. Jawapan mudah je, Zariel malas sekolah jadi dia ponteng jelah. Mama papa tak ada. Jadi tak jadi masalah. Kecuali kalau mama tahu memang kena lah dia nanti.

" Tolong aku sekejap. ". Ujar Zakiff kepada Zafril yang menatapnya. Zafril menggerakkan dagunya bermaksud apa yang nak di tolong. Jarang Zakiff nak minta tolong macam ni kalau bukan ada sesuatu. Sesekali, Zakiff mengerling Zariel yang membawa bola di sana.

Bagaikan ada satu tali menghubungkan kedua fikiran kembar itu. Zafril tergelak sendiri melihat senyuman penuh makna yang terlakar di muka Zakiff. Entah kerana kembar jadi mereka mudah berkomunikasi tanpa bicara. Zafril melagakan penumbuknya dengan Zakiff.

Keduanya menahan senyuman di bibirnya. Terutamanya Zafril, nampaknya akan ada drama lah sekejap lagi.





Lyne menanti di sebuah meja setelah bersiap sesuai kebiasannya. Menunggu kedatangan Zakiff dengan setianya tidak merungut walau sekali. Dalam hatinya penuh memohon agar Zakiff datang makan tengah hari bersama dia. Sekali pun dah cukup buat hati Lyne gembira.

Lima minit berlalu..

Sepuluh minit berlalu..

Lima belas minit berlalu...

Lyne masih menunggu dengan tenangnya. Kepalanya tidak henti menoleh ke arah luar restoran. Menunggu susuk tubuh Zakiff datang tapi sampai sekarang tak nampak pun. Jangan kata perkara dua minggu lepas berulang lagi harini. Tertunduk Lyne sebentar menahan perasaan kecewa.

Dia memeriksa telefon berfikir akan ada satu mesej daripada orang yang dia cintai. Kosong.. Tiada satu pun mesej yang masuk. Tanpa sedar Lyne menolak jarinya turun, melihat setiap mesej yang dia hantar. Zakiff tak pernah balas mesej dia langsung. Satu patah perkataan pun tak ada.

Titik pun tak ada. Hanya ada tulisan read sahaja. Menandakan Zakiff membacanya tapi tidak membalas. Jarinya beralih menekan tombol off. Dalam sekelip mata, skrin terpadam menjadi hitam. Di balik skrin yang gelap terlihat wajahnya yang berubah muram.

Tahu tak macam mana sakitnya hati Lyne sekarang. Sakit sangat tapi tak mampu dia gambarkan. Kepalanya makin jatuh menunduk. Apa yang kau harapkan Lyne?

Semua fikiran Lyne mendadak pecah terhapus apabila mendengar bunyi kerusi bergeser kerana ditarik dan orang yang Lyne nantikan sejak tadi sudah duduk di depannya. Tanpa boleh di kontrol, senyuman gembira Lyne terbit menghias wajahnya.

Seluruh wajah Zakiff menjadi renungan gembira Lyne. Termasuk coat biru yang tersarung muat pada badan lelaki itu tidak lepas daripada mata Lyne. Sumpah dia teruja sangat. Mimpi apa dia harini sampai harapan dia di kabulkan. Zakiff benar benar datang!

" A-Abang datang? ". Entah itu soalan yang patut Lyne tanya ataupun tidak. Dah jelas jelas Zakiff ada depan mata dia. Tanya lagi. Lelaki di depannya menjeling sesaat sebelum menghentikan tatapan pada mata Lyne.

Membekukan badan gadis tersebut seketika. Tidak tahan di pandang seperti itu, pantas Lyne melarikan matanya membuka buku menu yang ada di atas meja. Salah tingkah dia dibuat oleh Zakiff. Selama ni, Zakiff tak pernah pandang dia bila pertama kali bersuara ketika bertemu.

Sekejap— tadi Zakiff pandang lurus ke anak mata Lyne bukan? Lyne menurunkan buku menu yang digunakan menjadi penghalang antara dia dengan Zakiff. Mencuri lihat di balik buku menu dan tubuhnya kembali menegang kerana Zakiff masih memandangnya.

" Abang n-nak makan apa? ". Sambil menyemak isi menu Lyne bertanya masih tak berani menatap Zakiff terus. Ada rasa janggal dengan sikap Zakiff sekarang ni.

The Zakiff Haikal Desire Where stories live. Discover now