Part 1

6.7K 525 52
                                    


Korang awesome gila dekat chap lepas 🥺

Sorry korang, mabuk dah author ni. Tertukar Daim tu jadi abang Lyne padahal Daim abang Aresyah anak Harris. Thanks yg tegur tu. 😭💜

———

Seorang lelaki bertubuh sasa dengan otot membentuk sempurna di tubuhnya sedang melakukan exercise dengan tangan berada di palang pull up bar. Menarik turun badannya. Melakukan setiap pagi selepas bangun dari tidurnya. Beberapa minit kemudian, dia turunkan badannya melepaskan palang yang dia pegang.

Sambil berjalan dia mengatur nafasnya, membuka freezer mengambil sebotol mineral di teguk dengan santai. Melanjutkan langkahnya ke dalam bilik utama. Tuala putih berukuran kecil yang terletak di atas katil, dia ambil untuk mengesat peluh.

Bermula dari muka, berlalu pada lehernya dan mengusap tuala di dada bidangnya. Tidak menghiraukan sejuk udara yang menyapa tubuh setengah telanjangnya dan hanya menyarung jogger pants berwarna hitam. Kemudian tuala di campak ke dalam bakul pakaian kotor.

Di memilih duduk di balkoni bilik, menikmati angin pagi. Meja bergegar kesan daripada deringan telefon yang nyaring berbunyi memecahkan kesunyian. Dia membuang nafasnya sekejap, membaca nama yang tertera sebagai pemanggil yang menganggu paginya.

Mama.

Sebaik dia menjawab suara mamanya kedengaran menyapa terlebih dulu sementara dia hanya diam mendengar.

" Assalamualaikum, good morning anak mama. Zakiff tak balik rumah ke harini? Mama ada masak nasi goreng kesukaan Zakiff ni. ".

Suara lembut dan merdu itu menerbitkan senyuman lelaki yang di panggil sebagai Zakiff tadi. Dialah : Zakiff Haikal. Anak kepada Zarif Haikal dan juga Zara. Memiliki seorang kembar dengan nama Zafril Haikal. Kiranya walaupun kembar, Zakiff sering di sapa dengan sebutan along manakala Zafril pula ialah angah.

Masa berlalu terlalu cepat sehingga sedar atau tidak. Semuanya sudah membesar dengan baik. Menjadi lelaki sejati dan sempurna. Usianya menjejak angka 24 tahun. Mempunyai dua orang adik lagi bernama— Zayfa Ayana dan juga si bongsu Zariel Haikal.

" Hello, Zakiff? Mama cakap ni dengar ke tidak? ".

Suara Zara memusnahkan lamunan panjang dia tadi. Zakiff bersandar pada kerusi dengan tenang. Memerhati bangunan bangunan tinggi di depannya. Dia bawah sana terdapat kenderaan yang bergerak untuk pergi kerja dan sebagainya.

" Zakiff dengar mama. ".

Balas Zakiff ringkas membuatkan telinga dia mendengar mamanya menghelakan nafas sebelum berbicara lagi.

" Kamu balik tak harini. Mama dah masak ni. Cepat balik mama tunggu. Nasi goreng pun tunggu kamu juga. ".

Setelah itu, Zara ketawa sendiri dengan apa yang dia cakapkan. Zakiff makin tersenyum lebar. Senyuman dia kawal sedangkan tiada orang yang melihat pun. Dia berdehem membetulkan tekaknya. Sengaja mengambil masa yang lama.

" Zakiff baru lepas exercise mama. Macam mana nak makan nasi goreng pulak. Habislah otot Zakiff nanti. ".

Zakiff membalas seperti biasanya. Sebenarnya sebelum sebelum ni pun Mama sering menelefon di waktu pagi untuk mengajaknya pulang breakfast bersama. Sejak umur dua puluh tahun, dia tinggal di apartment. Katanya lebih seronok tinggal sorang sorang.

Kembarnya Zafril pun tinggal di apartment pemberian papa. Sama juga dengan Zakiff. Apartment yang papa mereka belikan sejak berumur tujuh belas tahun lagi. Alasan biar budak budak pandai berdikari. Sampailah Zakiff bekerja mewujudkan keinginannya sendiri.

The Zakiff Haikal Desire Where stories live. Discover now