"Kaki aku sakit, Yana. Aduh.. tolonglah aku bangun" Adu aku, kali ini kaki aku benar benar sakit. Bukan lagi drama queen

Yana menggaru kepalanya. "Kau nak aku pimpin kau sampai rumah ke? Jauh tau rumah kita, kalau kaki kau makin sakit nanti macam mana?" Yana menyoal.

"Habis tu kau nak aku tidur dekat sini ke?" Soalku kembali membuatkan Yana ketawa terkekeh-kekeh

"Biar aku tolong"

Membulat anak mata aku apabila Darren menundukkan badannya, cuba untuk mendukung aku. Pantas kepala aku menggeleng

"Jangan cuba ambil kesempatan eh? Saya tak mahu bergaduh dengan isteri tercinta awak nanti, kang tak pasal-pasal saya dicop perampas!" Aku menolak tawarannya itu, eee tak mahu lah kena dukung! Dia ingat dia siapa, Lee Min Hoo?

Kelihatan Darren mengerutkan dahinya seolah-olah tidak mengerti

"Tunggu kejap, aku pergi panggil mak dengan ayah dekat sana" Terkocoh-kocoh Yana berlari, maka tinggal lah aku dan suami orang ni dekat sini berdua

"Kenapa pandang macam tu?" Aku bertanya dengan malas, ya. Malas melayan karenah lelaki yang berada dihadapan aku sambil berpeluk tubuh

"Asal kau tiba-tiba menjauhkan diri dari aku? Bila aku tanya, macam-macam alasan yang keluar dari mulut kau tu. Kau marahkan aku ke?"

Aku jegil mata memandangnya. Nampak gayanya orang depan aku ni nak lancarkan perang aje. "Sometimes I'm not angry, I'm hurt and there is a big difference. Apa awak buat dekat sini? Awak ikut saya ke?!" Soalku dengan nada garang, baru saja Darren ingin menjawab pertanyaan aku. Pak Mat, Mak Pah dan juga Yana menghampiri aku

Jelas sekali wajah mereka risau dengan keadaan aku sekarang

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni Maya? Kaki tu, biru dah tu!" Cemas Mak Pah menyoal, mata aku turut jatuh pada kaki aku yang lebam itu

Huwaaaa! Mamaa!

"Orang nak terjun dalam sungai tu, lepas tu ada satu makhluk Tuhan ni tiba-tiba buat orang terkejut! Tak pasal-pasal Maya jatuh atas akar besar gedabak tu" Aku mula membuka mulut, mengadu seperti budak kecil. Walhal aku terjatuh atas badan lelaki ni, alah tipu sikit tak apa kan?

Serentak Pak Mat dan Mak Pah mengerling kearah Tengku Darren yang tercegat didepan aku, mungkin baru perasan dengan kehadiran lelaki itu yang setia menjadi patung

"Anak ni siapa?" Pak Mat mula menyoal, bibir seksi lelaki itu menguntum senyuman membuatkan aku menjelingnya. Mula lah tu lakonan acah baik dia

"Saya Darren, boss kepada Maya dan Yana" Dia memperkenalkan dirinya, penuh sopan lelaki itu berbicara. Terangguk-angguk kepala mereka

"Bukan boss, tapi bekas boss" Selamba aku berkata membuatkan Yana menjegilkan matanya, aku? Hanya buat bodoh saja

Apa dia fikir aku takut? Salah ke aku cakap? Aku dah berhenti kerja dengan dia, kenapa masih lagi gelar diri dia sebagai seorang boss?

"Saya yang salah pakcik, makcik. Jadi saya akan bertanggungjawab atas 'bekas' pekerja saya" Kedengaran Tengku Darren sengaja menekan perkataan bekas itu, serta merta aku menjegilkan mata padanya. Menanti dia menyambung kata

"Saya akan bawa dia ke klinik dan dia akan berada dibawah jagaan saya, iaitu di Selangor"

"Apa?!" Terjerit aku dibuatnya, dia suruh aku ikut dia balik? Memang tak akan! Dalam mimpi pun aku tak akan biarkan dia heret aku pergi!

Aku menggeleng kepala pada Pak Mat dan Mak Pah, meminta secebis kasihan dari mereka. "Tolonglah, Maya tak mahu ikut dia. Maya tak kenal dia siapa, entah-entah dia perogol bersiri yang nak culik Maya lepas tu jual Maya. Maya tak mahu!" Aku membentak

Tergamam mereka mendengar kata-kata aku, apatah lagi Tengku Darren. Berubah terus reaksi lelaki itu

"Apa kau merepek ni Maya? Jangan reka cerita lah, berdosa tahu tak?!" Marah Yana pada aku membuatkan aku mencebik, dah kenapa kau nak berpihak pada dia pula ni

"Jom aku tolong kau bangun" Yana menghulurkan tangannya, perlahan-lahan aku menyambut huluran tersebut. Terhinjut hinjut kaki aku dibuatnya, sempat aku menjeling kearah Tengku Darren

"Boss datang dengan kereta ke? Apa kata boss tumpangkan kita orang, sebab dari sini ke rumah memang jauh" Cadangan Yana itu membuatkan aku mencubit kuat pinggangnya, terlompat gadis itu dibuatnya

Kelihatan lelaki itu tersenyum halus, aku memutarkan mata keatas

Apa senyum-senyum? Ingat kacak ke sengih macam kerang busuk macam tu?

"Kalau di izinkan, saya boleh tolong"

Serentak Pak Mat, Mak Pah dan Yana mengangguk. Tengku Darren mendekati aku, tak sampai sesaat. Terasa seperti tubuh aku berada di awang-awangan, serta merta mata aku membulat apabila dengan selamba Tengku Darren mencempung tubuh aku

Tangan mula berpaut pada leher putihnya itu, bimbang jika jatuh. Tak pasal-pasal dapat sakit untuk kali kedua

"Heh! Turunkan saya lah, saya boleh jalan sendiri! Lagi satu, Yana tak suruh awak dukung saya tau tak? Jangan ambil kesempatan boleh tak?!" Marah aku, badan meronta-ronta membuatkan pegangan Tengku Darren semakin ketat

"Maya.. si Darren tu cuma nak tolong kamu, janganlah meronta-ronta. Nanti jatuh macam mana, sayang?" Pak Mat bersuara seolah-olah ingin memujuk

Aku mengerling Yana, meminta bantuan. Namun gadis itu hanya menjongket bahu, seperti tiada kemampuan untuk membantu

Cis! Tak guna betul, nasib baik kaki aku ni sakit. Kalau tak memang aku terajang mamat ni sampai jatuh dalam sungai, baru dia kenal siapa Maya Darena

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 19/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now